Demi kerjaya, sanggup memandu lebih 200KM setiap hari

Kisah ini agak menyentuh hati, terutama kepada mereka yang senasib, sekufu dan sewaktu dengannya. Nak tahu teruskan pembacaan.

Penafian, ini bukan kisah rider penghantar makanan atau pemandu e-hailing.

Mereka memang berada di jalan raya sepanjang hari.

Menurut portal ini, dikhabarkan dua orang insan yang cekal, gigih dan tabah memandu 200KM lebih setiap hari.

Seorang pengurus restoran segera dan seorang lagi penjawat awam.

Demi kerjaya

Demi kerjaya

Kita ceritakan dulu seorang pengurus restoran.

Beliau seorang ayah kepada tiga orang anak.

Tinggal di Alor Gajah, Melaka dan bekerja di Cheras, Selangor setiap hari.

Seawal jam 5.30 pagi, dia bertolak dari rumah dengan menunggang motosikal.

WAJIB BACA :   Kisah jutawan jadi papa kedana

Hanya selepas 12 tengah malam atau selepas restoran ditutup dia memulakan perjalanan balik.

Ketika sampai di rumah, anak-anak serta isterinya sudah ketiduran.

Lelaki ini cuma mampu tidur antara dua hingga tiga jam sehari.

Katanya isteri dan anak-anak jadi sumber kekuatan untuk menghadapi rutin seharian demi kerjaya dan rezeki

Bayangkan rutin hidup anda sedemikian rupa.

Kisah kedua pula seorang penjawat awam yang sanggup memandu kereta sejauh 266KM untuk pergi balik kerja.

Rumahnya di Masjid Tanah, Melaka dan pejabat di Sentul, Kuala Lumpur.

Seawal 5 pagi emaknya menghantar hingga ke pagar rumah.

Emaknya sudah kurang sihat dan belum mampu untuk berpindah jauh dari rumah atas alasan kesihatan.

WAJIB BACA :   Kisah gadis cantik pengangkat simen 50kg

Begitulah rutin setiap hari.

Dalam menempuh perjalanan begini jauh, penjawat awam ini mengakui pernah mengalami kemurungan dan kepenatan.

demi kerjaya

Namun dengan memohon kekuatan kepada Allah SWT, dan ibu sebagai pendorong, dia mampu melalui dengan tenang serta tabah.

Kos untuk perjalanan begini jauh memang tinggi.

Kos tambahan saja sudah mencecah RM5 ribu setahun.

Ini belum termasuk kos wajib yang perlu dibiayai harian atau mingguan .

Sudah tentu belum termasuk servis kereta, tayar dan sebagainya.

Kesimpulan

Saya berpendapat hanya orang tertentu sahaja dan mereka terpilih untuk menghadapi ujian begini.

Bagi mereka yang tidak sanggup boleh saja berhenti kerja dan mencari pekerjaan yang tidak jauh dari rumah.

WAJIB BACA :   Alangkah bestnya jadi seorang jutawan...nak tahu wajib baca !

Paling tidak pun bekerja dari rumah yang diakui menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.

Pengorbanan dua insan hebat ini bukan untuk diri sendiri tetapi kepada keluarga.

Benar kata orang berjaya, jika berjuang untuk orang lain maka kekuatan, ketabahan dan kesabaran akan datang tanpa di sedari.

Jika berjuang untuk diri sendiri, ada kemungkinan akan terhenti sekerat jalan.

Hidup itu satu perjuangan untuk menuju kehidupan kekal abadi.

Semoga kisah ini memberi iktibar, tauladan dan pengajaran buat kita semua.

16 thoughts on “Demi kerjaya, sanggup memandu lebih 200KM setiap hari”

  1. Ramai sebenarnya orang macam ni. Dulu, ofismate saya yang tinggal di Seremban, hariĀ² naik bas datang kerja di KL, Jalan Yap Kwan Seng. 2 jam pergi, 2 jam balik. Berkorban demi keluarga.
    Nur recently posted…All the Bright PlacesMy Profile

    Reply
    • dua jam dalam perjalanan…boleh stress saya dibuatnya jika begitu keadaannya

      saya suka depan komputer berbanding depan stereng kereta atau handle motosikal

      Reply
  2. saya pun ada baca pasal ni juga. pengorbanan mereka bukan sahajq utk keluarga tetapi jg utk majikan. harap majikan hargai pekerja macam ni.

    yg ulang alik naik bas melaka – kl pun ramai..sy penah naik bas awal pagi dr melaka ke kl (weekdays). bas penuh walaupun baru 5 pg. waktu ptg pn sama. penuh. kalau penumpang biasa x penuh mcm tu melainkan nk dkt hari perayaan

    Reply
    • Itulah pengalaman yang pahit tetapi manis untuk dikenang kembali…

      saya pun harap majikan hargai mereka sebaik mungkin dan jangan menggunakan penat lelah mereka waktu ada kepentingan sahaja

      Reply
  3. VM dulu travel 80KM tambah jem pon sakit kepala dan menjerit dalam kereta. its no joke :’) dah la jem kadang sampai 2 jam. la alhamdulillah tempat kerja dekat. i dont want to go through it again huhuhuhu

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge