3 bahan terlarang untuk diet peribadi

Kali ini saya nak menulis artikel yang sangat santai tentang diet peribadi. Ingat ya, ini diet peribadi.

Mungkin tidak sesuai dengan orang lain.

Namun orang lain boleh  juga mencuba.

Objektif diet peribadi ini untuk memastikan peratusan lemak dalam badan saya pada tahap sesuai.

Dalam erti kata yang lainnya, mencapai impian untuk dapat perut enam pek.

Cabaran memang tinggi menggunung kerana faktor umur dan sebab-sebab diluar jangkaan.

Bulan Ramadan yang lepas, berat badan saya naik beberapa kilogram.

Peningkatan tidak juga mendadak tetapi merisaukan juga.

Jadi sebagai usaha untuk menurunkan berat badan saya akan mengelakkan tiga bahan terlarang berikut.

WAJIB BACA :   Senaman jalan kaki bakar kalori

Diet peribadi

Tips kurus

1.Gula

Buat permulaan, saya akan mengurangkan pada tahap 50 peratus.

Apabila sudah semakin biasa, saya akan mengurangkan pada tahap yang lebih rendah lagi.

Matlamat akhirnya pada tahap zero sugar.

Waima nasi putih pun akan saya elakkan.

Nasi merupakan sumber karbohidrat atau gula juga.

Pilihan yang ada cuma beras perang atau beras basmathie.

2.Minyak

Minyak yang dimaksudkan di sini ialah menu yang bergorengan.

Setakat ini saya sudah meminimumkan bahan tersebut.

Dulu lain.

Kalau bukan ayam goreng memang tidak sah untuk makan ayam.

Pada diet kali ini saya akan mencuba pada tahap paling minimum atau langsung tidak ada berminyak.

3.Tepung

WAJIB BACA :   Senaman jalan kaki bakar kalori

Kuih-muih dan biskut menggunakan tepung sebagai bahan utama.

Jadi pada kali ini, saya akan mengelak bahan yang berasaskan tepung sebagai menu.

Memang dijangka sukar kerana kebanyakkan kedai atau rumah sendiri memang menyukai menu dari bahan tepung ini.

Sebagai alternatif, saya hanya makan bahan seperti roti wholemeal sahaja.

Kalau terpaksa juga hanya mampu mengurangkan saja.

Kesimpulan

Selain disiplin pemakanan begini, saya sudah bersedia untuk dua latihan fizikal, kuasa minda dan usaha spiritual.

Pertama, latihan workout yang kini sudah menjadi rutin lima kali seminggu.

Kedua, senaman kardio yang meliputi berjalan kaki dan jogging.

Kuasa minda pula merujuk kepada visualisasi, minda setting dan berfikiran positif.

WAJIB BACA :   Senaman jalan kaki bakar kalori

Akhir sekali meletakkan rasa tawakal dan pasrah kepada Allah SWT dengan doa yang tidak putus-putus.

In shaa Allah semua plan diet peribadi ini akan berkuatkuasa secara rasmi pada Jun 2023 ini.

In shaa Allah result atau hasilnya akan diumumkan enam bulan dari sekarang yakni Disember 2023.

Doakan usaha saya berjaya mencapai impian hebat ini.

Aamiin.

20 thoughts on “3 bahan terlarang untuk diet peribadi”

  1. semoga berhasil ya..di tunggu Desember mendatang😀,memang sebagusnya mengurangi yg serba manis, berminyak dan tepung”an,tapi kadang susah sekali kalau tak ada niat yg kuat,sayapun akan mulai mencoba

    Reply
  2. proses diet selalu berkaitan dengan makanan yang dikonsumsi. kemudian diimbangi dengan olahraga agar hasilnya lebih maksimal.

    pilih program diet yang sesuai dengan diri kita.

    Reply
  3. Chaiyok, Encik Hanafi! You can do it!
    Saya dah mula kurangkan gula. Sudah stop minum air manis. Tapi, ada hari, rasa ketar….. minum juga kopi kurang manis, tapi 3-4 hari, sekali saja.
    Nak cuba ikut la, Encik Hanafi, kurang pengambilan 3 bahan ni. Tapi nasi…. huhu….
    Takpe, takpe… visualize six packs… 😀
    Nur recently posted…Naik Bukit 300My Profile

    Reply
  4. bagi sy antara 3 ni tepung rasanya paling sukar nak elak. sbb kadang termakan jg mi, kuih muih dsb. kalau gula tu ok lg😁

    Reply
  5. Bulan puasa aritu berat banyak turun sebab 2minggu akhir saya cuma bersahur dengn kurma dan berbuka makanan minimum tapi lps raya berat naik berganda. Ini pun cuba kurangkan ambil makanan tapi berat payah nk turun. Gula boleh kurangkan tapi tepung tu saya kene kurangkan juga

    Reply
  6. diet gula bisa membuat kulit sehat dan awet muda, bang. saya dah lama kurangi gula sebab arwah mama dan nenek saya adalah diabetesi, so saya takut bila terkena jua. Memang kulit nampak lebih sehat

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge