Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida

Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida.Wow.Tak sangka baru-baru ini mrhanafi berpeluang untuk mendengar sendiri cara jadi kaya dari mulut Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hajjah Hasmizah Othman.Hari bersejarah tersebut sempena pembukaan rasmi Borleaf, kedai produk kecantikan dan kesihatan di Aiman Mall,Kota Samarahan.

cara jadi kaya

Pasti ramai yang nak jadi kaya.Kalau boleh semua orang ada keinginan untuk jadi kaya supaya penyakit sosial akibat kemiskinan boleh dikurangkan pada tahap paling minima.

Siapa sebenarnya Dato Seri Vida ?

Dato Seri Vida

Dato Seri Vida bukan calang-calang orangnya.Tahap pendidikan tertinggi beliau ialah Phd dalam Biologi di Universiti Monash.Beliau adalah pengasas Syarikat Vida Beauty sdn bhd  yang popular dengan jenama produk Qu Puteh Pamoga dan Qu Puteh Millenia.

Beliau pernah bekerja di kilang,restoran segera dan menjadi cikgu selama 12 tahun dalam hidupnya.Hari ini beliau sudah mendapatkan gelaran orang kaya.

Kekayaan Dato Vida sangat mengujakan.Beliau memiliki rumah mewah yang bernilai RM20 juta,kereta pelbagai jenis termasuk kereta mewah ada 20 buah.Ini belum termasuk cincin,beg mahal dan sebagainya.Pendek kata kaya dan sangat kaya.

Tentulah mrhanafi teruja nak tau bagaimana Dato Seri Vida jadi kaya sebegitu.Mrhanafi teringin juga nak jadi kaya.Tak sanggup nak hidup susah kerana susah nak membantu orang susah.

Jadi kaya maka senang untuk bersedekah sesuka hati tanpa pening kepala nak fikir bayar hutang itu dan hutang ini.Mujur ada Pamoga.Itu adalah tagline Dato Seri Vida.Tagline mrhanafi pula tengah memukat FI$H.Kalau dah jumpa 100 orang beli FI$H maka tempias orang kaya Samarahan akan terasa juga akhirnya.

dato seri vida seksi

Bagaimana cara jadi kaya menurut Dato Seri Vida?

1.Niat yang betul

Terpana juga mrhanafi mendengarnya.Menurut Dato Seri Vida,niat yang betul untuk jadi kaya adalah untuk kesenangan keluarga.Kita jadi kaya supaya keluarga beroleh apa yang mereka perlu.Kita nak mereka cukup serba serbi.Bersekolah dengan sempurna dan memiliki masa depan yang cerah.

Selepas keperluan keluarga termasuk ibubapa terlaksana barulah kita melihat cara untuk membantu orang lain yang memerlukan seperti anak yatim atau orang miskin diluar sana.Niat yang terbaik untuk jadi kaya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang dalam tanggungan serta masyarakat sekeliling.

2.Barang mudah jual

Dato Seri Vida sangat minat berniaga sejak dari berumur 9 tahun lagi.Beliau pernah menjual pokok bonsai.Tidak hairan beliau menyatakan cara untuk jadi kaya ialah menjual barang yang mudah dijual.

Produk kecantikan menjadi keperluan wanita.Tambahan pula wanita zaman kini mempunyai kuasa membeli yang tinggi.Dengan kemampuan kewangan dan keperluan wanita kepada kecantikan pasti memberi kelebihan dalam pasaran.

[Nota blogger]

Sejujurnya mrhanafi belum puas dengan apa yang dikatakan oleh Dato Seri Vida.Terlalu sedikit dan masih teringin lagi nak tahu.

Cuma mrhanafi dapat perhatikan teknik beliau menjual barang menggunakan teknik promosi dan ayat-ayat mengoda.Misalnya minyak wangi yang dijualkan secara gempak melalui mainan emosi seperti minyak wangi orang kaya.

Tambahan pula mrhanafi kini tengah menpromosikan Formula Income Seumur Hidup.Sekiranya tepat pada masa dan kena pada sasarannya tidak keterlaluan pendapatan pasif boleh meningkat dari bulan ke bulan.

Penghujung cerita pembaca  jadi orang kaya sebagaimana Dato Seri Vida juga.

(Visited 141 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida

Leave a Comment

CommentLuv badge