Duit BR1M Bonus Untuk Rakyat…Dua tiga hari ini kawan-kawan mrhanafi seronok.Mereka girang dan ria seketika.Mana taknya dapat bonus dari negara tercinta.Tambahan pula duit RM400 untuk kawan-kawan mrhanafi yang masih bujang.Ia betul-betul memberi manfaat kepada mereka dan tauke kedai.
Sehingga artikel ini ditulis mrhanafi belum rasa lagi duit BR1M.Dua hari yang lepas duit belum masuk dalam bank lagi.Agak lambat pula rezeki kali ini.Tapi tak pelah.Lambat masuk lambat pula habis.Yang risaunya kepada ahli tanggungan.Mereka nak juga rasa kenikmatan duit RM200 sebagai bonus meskipun mrhanafi sudah membayangkan lebih baik mrhanafi ada pendapatan RM20k sebulan.
Dengan duit tersebut mrhanafi boleh tarik nafas panjang dan pendek sesuka hati.Tak ada duit BR1M pun bukan suatu halangan.Malah jauh lebih baik kerana pendapatan RM20K sebulan boleh memastikan mrhanafi cukup keperluan batin zahir kepada keluarga.
Belanja dapur dan bayar bil itu dan ini bukan halangan lagi.Boleh membeli makanan yang berkhasiat,sedap dan menyelerakan setiap masa.Boleh membeli pakaian yang menutup aurat buat mereka.Boleh mengaji pembantu rumah agar mrhanafi tak perlu masak,basuh baju dan jaga anak setiap hari.Boleh lebih masa untuk membaca dan menulis blog.Segalanya-galanya boleh.Oh bahagianya ada pendapatan RM20K sebulan.Aamiin.
Berbalik kita kisah duit BR1M.Tahun sebelum ini ramai penerima BR1M gemar berbelanja untuk makan-makan.Tahun ini nampaknya agak perlahan,Mereka amat berhemah berbelanja kerana faham keadaan ekonomi dunia sekarang ini kurang menentu.Fikiran mereka telah hantui agar sama-sama susah,risau dan gusar.
Sebagai insan yang akan bakal menceburi bidang motivasi,mrhanafi sudah latih fikiran untuk tenang dan waras setiap masa.Memberi gambaran yang bagus,indah dan bahagia ke dalam minda mrhanafi adalah cara untuk menarik kehidupan yang lebih baik.Kita tidak mungkin mengubah keadaan.Namun mrhanafi amat yakin kita boleh mengubah diri sendiri supaya lebih hebat untuk menghadapi apa jua cabaran hidup mendatang.
Duit BR1M adalah kemudahan untuk merancakkan ekonomi negara.Dengan wang tunai ini maka rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM4 ribu sebulan merasa bonus dari negara yang tercinta ini.
Realiti pelik berlaku sekarang ini.Rakyat mengharapkan sesuatu sumbangan dari negara dan bukannya negara memerlukan sumbangan kepada rakyat.Tepuk poket sendiri sama ada tebal atau tidak.Kalau tebal dengan duit tentu seronoklah jawapnya.
Kalau macam ini bagus mrhanafi intai-intai >>>Rahsia Jutawan Emas Terbongkar! Klik disini!
Saya dah check semalam, memang belum masuk lagi. Tunggu aje lah… BR1M. BR1M… khas untuk rakyat.
sensasi2020 recently posted…WowApp Aplikasi Terbaru Jana Pendapatan
he..he..sabarlah bro..belum masa lagi tuu..
Sepatutnnya rakyat yang berpendapatan 5000 ke bawah pun layak lagi nak dapat Br1M dengan keadaan ekonomi sekarang, just my 2 cent opinion la
Noriza Rahman recently posted…10 Tanda Kehamilan yang Wanita Perlu Tahu
gaji bawah RM5K ..rasanya tak perlulah kot..cuma adjust perbelanjaan sahaja dah ok punya
tak minta pun.. biar yang layak
mereka yang layak memamg golongan yang tak mampu
tak dapat pula saya tahun nih… takpelah usahakan yang lain pulak…
zik recently posted…Sah!! Harga kereta Proton Naik, berkuat kuasa 15 februari 2016
bro mampu..tak kisah la..duit tu untuk mereka yang kurang mampu
bukan bonus untuk rakyat ni sebab bukan semua rakyat yang dapat
ya..batul tu..sepatutnya untuk rakyat miskin
semoga Allah bagi hidayah kepada pi em untuk letak jawatan.
Raihanah Ahmad recently posted…Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Virus Zika
sampai begitu sekali…saya pun pening kepala nak fikir dah
lambat betul masuk…bukan sepatutnye 28 Januari…tapi takpelh lambat asalkan masuk juga bagi yang layak kan…
cik tom recently posted…GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID
masa kita nak guna duit tu lah yang terasa peritnya