Isu Duit Hantaran Dalam Perkahwinan

duit hantaran

Isu duit hantaran baru-baru heboh dalam media sosial.Sebab majlis pernikahan dibatalkan kerana wang hantaran perkahwinan tidak mencukupi seperti yang dijanjikan.

Sejujurnya mrhanafi tak nak ulas dengan lanjut perkara ini.Apatah lagi menulis selengkap yang mungkin berkenaan kekecohan tersebut.Benda yang tak elok  lebih manis jangan diperbesarkan.

Namun begitu izinkan mrhanafi memberi pandangan berkenaan isu duit hantaran dalam perkahwinan secara umum.Mrhanafi sudah berkahwin.Bahkan perkahwinan mrhanafi dibuat secara sederahana dengan adat Melayu yang perlu bersanding dipelamin.

Memang seronok menjadi pengantin kerana kita adalah raja sehari.Sungguhpun begitu keseronokan tersebut tidak akan kekal dalam perkahwinan jika terlalu fokus kepada keperluan material dunia semata-mata.Bab akhirat wajib diseimbangkan.

WAJIB BACA :   15 Petanda Ajaib Untuk Lelaki Segera Ke Alam Perkahwinan

Kehidupan pasca perkahwinan lebih mencabar.Nak beli rumah ataupun nak bayar kereta,minyak dan servis kenderaan tersebut perlu duit yang banyak.Ini belum termasuk belanja bayi yang bakal dilahirkan selepas pernikahan tersebut.

Semua ini memerlukan duit sebagai medium utama.Tak akan lah nak minta dengan ibubapa atau sanak saudara untuk membiayai keperluan sebegini.Jadi secara logiknya jika nak kahwin perlukan rezeki yang lebih terutama soal duit.Bukan bermaksud mrhanafi nak takut mereka yang nak berkahwin sekiranya belum mempunyai kewangan yang kurang mantap sekarang ini.

Soal jodoh dan rezeki dalam pengetahuan Allah SWT.Kita cuma merancang,berusaha dan berikthiar sebaik mungkin untuk menjadikan perkahwinan itu lancar dan dipermudahkan.Untuk itu kita sebagai orang lelaki tiada pilihan lain selain menjana duit dengan banyak setiap bulan.

WAJIB BACA :   Kisah Sebak Seorang Penagih Najis Dadah

Jika anda makan gaji usahakan untuk naik  pangkat dan kenaikan gaji.Sekiranya peluang kat situ terhad usahakan pula untuk menjana pendapatan sampingan.

Lupakan dulu soal malu,tak pandai bisnes,tiada minat dan pelbagai alasan negatif yang lain.Jika nak juga kahwin dengan duit yang mencukupi maka cubalah untuk mencari pendapatan lebih.Kalau bukan sekarang maka bila lagi.Nak tunggu buah hati dikebas orang baru nak bermula.

duit hantaran perkahwinanKesimpulan

Mrhanafi amat faham keinginan untuk berkahwin bagi orang bujang melonjak-lonjak bagaikan letusan gunung berapi.Jika duit hantaran perkahwinan  menjadi halangan utama maka izin mrhanafi memberi solusinya dengan mencari duit lebih.

Usahakan sebaik yang mungkin.

Comments 20

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge