Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017

Alhamdulillah saya sudah selesai menjalani kursus eUsahawan Sarawak Trainer 2017 pada 25 Ogos 2017 yang lepas.Selama seminggu kami berkampung di Maktab Koperasi Malaysia cawangan Kuching.

Dah lega.

Saya amat syukur kerana terpilih.Kini saya tengah menunggu jawapan sama ada lulus atau kecundang selepas menduduki ujian penilaian tempohari.

Jika lulus saya layak untuk menjadi jurulatih eUsahawan bertauliah.

Jika gagal saya cuma mendapat ilmu menjana duit digital yang tinggi nilainya.

Keberangkalian adalah seperti berikut.

Peratusan untuk saya lulus cuma 50 peratus memandang saya tidak mampu menjawab soalan ujian dengan kemampuan sebenar.Banyak benda yang saya tahu dan faham tetapi semasa ujian seolah-olah keliru dan tidak ingat apa benda yang saya buat.

sarawak Trainer

Saya ambil dua senario .

1.Worst senario

Saya kecundang kerana markah rendah.Saya redha dan saya akan aplikasi ilmu yang dipelajari untuk penulisan blog dan menjana pendapatan sendiri.Mungkin itu satu hikmah bahawa apa yang kita rancang dan inginkan belum confirm akan dapat.

Sekurang-kurangnya sudah mencuba sedaya upaya.

2.Miracle senario

Jika lulus  saya sangat bersyukur.Saya anggap satu keajaiban yang berlaku diluar dugaan.In shaa Allah kalau itu dah dinamakan rezeki untuk membantu orang lain.Permulaan yang baik dalam bidang kejurulatihan.

WAJIB BACA :   Pengalaman pertama di tempat swab test Kuching

eUsahwan trainer

Imbas kembali..

Saya teruja.

Saya adalah peserta pertama yang datang ke lokasi kursus Sarawak #YCD Trainer 2017.Ramai juga para peserta dan tentu tidak molek saya menyatakan secara tepat jumlah para peserta.Lain la saya diberi tugas untuk melaporkan secara rasmi aktiviti tersebut.

Semasa hari pertama juga kami diberi ujian pra kelayakan.Pada masa tersebut saya boleh menjawab dengan yakin.

Hari yang seterusnya..

Kami belajar banyak perkara.Segala ilmu dari sifu kami hadam dengan penuh minat.

Saya tidak memohon  kebenaran secara rasmi untuk melaporkan perjalanan kursus ini maka saya ceritakan seimbas lalu sahaja.Tidak wajar untuk saya ceritakan secara lengkap apa yang kami pelajari sepanjang tempoh tersebut.

Lain la kalau pada masa akan datang saya dijemput khas untuk membuat paid review tentang kursus tersebut.hehehehe

Dua hari terakhir yang mendebarkan..

Hari pertama diadakan ujian pada sebelah paginya.Petang pula kami belajar secara teori bersama sifu Tuan Wan Nong Muzafar.Ramai  juga rakan blogger tahu tentang beliau.

WAJIB BACA :   Artikel Tanpa Sentuhan Actionable SEO

Sifu Wan Nong Muzafar

Hari terakhir yakni hari ketujuh kami ada sesi perbentangan manakala sebelah petangnya ujian untuk kali kedua.

Rupa-rupanya cara untuk menilai seorang itu layak untuk menjadi jurulatih eUsahwan adalah lulus ujian.

Dalam memudahkan pemahaman pembaca, saya sertakan cara untuk terpilih menjadi Jurulatih eUsahawan.

Prosedur ini yang telah saya lalui.

★ ★ Memohon melalui link Whatsapp

★★ Lepas ujian kelayakan secara online

★★ Duduki ujian bertulis pra kelayakan

★★ Lengkap 7 hari kursus

★★ Duduki 3 jenis ujian bertulis.

Cuma sayangnya ada dua perbentangan yang kami lalui tidak diberi markah.Sebab itu sesi perbentangan kurang ‘kaw-kaw’ kerana tiada point yang diberikan.

eUsahawan MDeC

Kesimpulan.

Akhir kata saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pihak MDEC,KOBIS,MKM dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus Sarawak  #YCD Trainer 2017.

Penghargaan khas juga saya dan rakan-rakan peserta kursus tujukan kepada:

1.Tuan Zaiwin Kassim [Pengerusi KOBIS]

2.Tuan Sifu Wan Nong Muzaffar [Master Sifu]

3.Bro Hud [Sifu]

WAJIB BACA :   Kisah Benar Lelaki Terdesak Bayar Zakat Fitrah

4.Bro Ammar [Urusetia KOBIS]

5.Bro Ahmad [Staff Sifu]

peserta terakhir eUsahawan

Ramai lagi sebenarnya.

Saya ucapkan terima kasih dan minta maaf jika ada terkasar bahasa yang menyebabkan rakan-rakan peserta terasa di jiwa.

Tak dapat la pula saya tulis nama rakan-rakan peserta kursus [kalau saya tulis satu persatu macam prospek la pulak].

Mungkin ada diantara mereka berjaya ditauliahkan sebagai eUsahawan Trainer maka  saya ucapkan tahniah.Buatlah yang terbaik dan pikul amanah tersebut denga penuh komitmen.

Tak ketinggalan juga kepada mereka yang kecundang untuk meneruskan perjuangan [mungkin termasuk saya] jangan berputus asa dan kecewa.

Ada banyak lagi peluang untuk kita membina jenama,pendapatan dan bakti kepada rakyat Sarawak.

Cari dan terus cari.

Untuk itu ingat sahaja kata-kata ini.

“Jika anda menemui satu pintu tertutup maka ada sembilan lagi pintu lain terbuka untuk kita lalui meraih kejayaan”

Sekian.

Jumpa lagi dan jangan malu-malu untuk pilih antara satu pilihan dibawah ini.

♥♥ Tolong Like Fanpage 

♥♥ Sertai Group Whatsapp 

♥♥ Bagi komen ikhlas

♥♥ Share artikel ini

-mrhanafi- 

 

Comments 48

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge