Feri Triso buka cerita sedih tahun 2021

Feri Triso bukan asing bagi penduduk Sarawak. Ia adalah alternatif untuk laluan jalan pesisiran berbanding jalan Pan Borneo yang kini masih belum siap sepenuhnya.

Berita kereta pacuan empat roda yang terjunam di feri Triso amat menyayat hati. Sembilan mangsa terkorban akibat kereta pacuan empat roda terjunam di sungai berdekatan feri tersebut pada 1 Januari 2021. Mereka dalam perjalanan dari Sibu menuju ke Kuching.

Menurut laporan portal tempatan, kereta tersebut hilang kawalan lalu menjunam ke dalam sungai. Kesemua mangsa yang terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita tidak sedarkan diri ketika diselamatkan oleh orang awam. Semua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

WAJIB BACA :   Pengalaman Beli Baju Bundle Berjenama Yang Sukar Untuk Dilupakan

Turut dilaporkan bayi berusia empat bulan turut terkorban dalam tragedi di Feri Triso tersebut. Mangsa merupakan korban paling muda dalam tragedi di feri Triso.

Boleh bayangkan bagaimana perasaan mereka ?

Boleh gambarkan betapa cemasnya mereka hadapi detik maut tersebut ?

Sudah tertentu kita tidak mampu bayangkan keadaan mereka pada masa tersebut

Dengan jeritan, tangisan atau apa sahaja dalam beberapa minit terakhir. Sayang sekali kerana tiada siapa yang terselamat untuk menjadi saksi sebenar kejadian.

Malang tidak berbau. Kemalangan juga tidak bertempat. Baik di jalan raya atau dalam sungai.

Pengajaran buat kita semua tidak lain dan tidak bukan ialah berhati-hati. Sikap berhati-hati dalam semua perkara boleh jadi penyelamat terakhir untuk kejadian tidak diingini.

WAJIB BACA :   Covid-19, PKP dan darurat

Semoga keluarga mangsa di tragedi feri Triso tabah, sabar dan reda untuk hadapi tragedi tersebut.

Al-Fatinah untuk mangsa beragama Islam.

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge