Fikirkan Kehidupan Ini Mudah Sebenarnya

Fikirkan Kehidupan Ini Mudah Sebenarnya…Siapa kata hidup susah dan mati pun susah.Orang begini memang tidak memahami Hukum Tarikan.Sedangkan kehidupan dunia memang mudah untuk dijalani sesuai dengan fitrah dan kejadian manusia itu sendiri.

Adapun cabaran yang anda hadapi sepanjang hidup ini cuma ujian yang memang mampu anda pikul.Fikiran kita sahaja yang kata ia susah,berat dan getir.Selain dari itu ada sebab dan musabab.Hikmahnya supaya kita bergantung harap kepada Allah SWT di dalam setiap tindakan dan perbuatan.

hidup ini mudah

Apabila sudah yakin ada pertolongan dariNya maka segala-gala menjadi mudah,lancar dan licin sehingga menjilat jari (selepas bersungke atau bersahur).Rasional dari apa yang nak mrhanafi sampaikan ini ialah kita mesti menikmati rasa tenang,bahagia dan cerita selalu.Segala cabaran dan dugaan itu mudah jika kita sudah berupaya aplikasi Hukum Tarikan dalam kehidupan.

WAJIB BACA :   Cuti 5 Hari Sudah Berakhir

Baiklah hari ini mrhanafi nak implimentasi konsep hidup ini mudah untuk dijalani.Bukan bermakna ambil jalan mudah kerana ia bagaikan sikap sambil lewa.

Contoh terdekat,mrhanafi tulis blog.Mrhanafi boleh buat keputusan untuk tidak tulus kerana fikirkan ia susah untuk ditulis kerana kekangan masa.Sedangkan selepas ini mrhanafi bekerja.Ada banyak urusan rumah tangga yang perlu diselesaikan.

Namun mrhanafi tetapkan dalam minda bahawa tulis blog itu mudah dan boleh dihabiskan dalam masa 30 minit sehari (jika penulisan santai).Mrhanafi mudah dapat idea dan mudah menterjemahkan dalam tulisan berkomputer begini.Dah terbukti sebelum ini dan bukti tersebut boleh dibaca dalam entri bertajuk Cabaran Tulis Blog 30 Minit Untuk 300 Perkataan

WAJIB BACA :   Cara Blogger Mengurangkan Emosi Stress

Dalam masa terdekat ini mrhanafi akan setkan pemikiran untuk mudah dapat duit dari berblogging.Pada permulaan hari mrhanafi mesti bersangka baik bahawa rezeki itu ada di mana-mana.Rezeki menunggu untuk ditarik bila-bila masa sahaja mengikut peraturan yang Allah SWT wujudkan.

Mrhanafi bersyukur kerana mampu bernafas dan celik mata lagi  berbanding mereka yang sudah dijemput pulang selama-lamanya.Mudah mudahan mereka ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.Aamiin.

Yang pasti selagi kita ada kesempatan waktu dan nyawa ini maka optimis sahaja untuk mencapai impian.Usahakan dengan buat kebaikan kerana setiap kebaikan akan dibalas.Kebaikan yang paling dekat ialah bersedekah kerana sedekah dijamin oleh Allah SWT untuk dibalas.Sungguh mudahkan.

WAJIB BACA :   Broadband M Bermasalah Bikin Panas

{sekilas pandang}

Kehidupan dunia menjadi mudah disebabkan ada manusia yang menggunakan potensi minda mereka.Minda yang hebat mampu memudahkan segala yang sukar dan mencabar.Misalnya nak dapat duit tambahan melalui bisnes seperti yang ada dalam pautan [ INI ]

Mengapa perlu ragu ragu kerana pertolongan Allah akan datang apabila hambaNya meminta.Minta tolong kepada Allah SWT sebelum meninta bantuan kepada sesama manusia.Itu dah maksud ikhtiar dan usaha yang cekal.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 4

Leave a Reply to Jie Susanos Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge