Fokus Boleh Dilatih Untuk Berjaya

Fokus Boleh Dilatih Untuk Berjaya…Fokus adalah tabiat yang hebat.Dengan fokus seseorang boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.Namun untuk menjadi fokus bukan perkara mudah.Sebab itu kita mesti berlatih dan berlatih supaya semakin mahir dari sehari ke sehari.

fokus

Memandangkan mrhanafi sedang menjalani Segmen Sukses maka proses melatih fokus dalam percubaan.Ternyata masih mencabar.Selalu sahaja hilang fokus.Banyak perkara yang hendak diselesaikan dalam satu masa.Perkara ini adalah senario biasa bagi kebanyakan kita semua.

Mrhanafi nak ajak pembaca berfikir sebentar.Kita ambil contoh seorang pemanah.Ada anak panah dan busar yang terbaik dan berkualiti.Dapatkah kita membuat andaian bahawa kita boleh memanah tepat pada sasaran tanpa latihan dan fokus.

Sudah tentu tidak dapat kerana tanpa fokus dan tanpa latihan amat sukar untuk mengena pada sasaran.Kalau tak percaya boleh cuba.Mrhanafi yakin apa yang mrhanafi katakan ini ada kebenarannya.Begitu juga dalam kehidupan yang sebenar.Tanpa fokus maka sukar untuk berjaya mencapai apa yang diimpikan,dirancang dan diingini.

WAJIB BACA :   Jom bantu saya dengan sumbangan LIKE

Fokus boleh dilatih.Minda kita boleh dikendalikan dengan penetapan kata kunci ‘FOKUS’.Buat catatan,rekod,nota atau apa sahaja perkara yang hendak difokuskan.Lakukan selama 21 hari supaya ia menjadi satu tabiat yang berkekalan.Pesan mrhanafi untuk tetapkan satu perkara sahaja dalam satu masa.

Ciptakan perasaan yang positif dan hidupkan fikiran terhadap perkara tersebut dengan betul betul fokus.Abaikan perkara lain dahulu seketika.Sebab itu gunanya fokus dalam mencipta kejayaaan.

Mrhanafi dah buat.Mrhanafi fokus untuk menulis satu artikel setiap hari tanpa henti selama 21 hari.Ada atau tidak ada idea,mrhanafi kekalkan fokus untuk menulis.Mrhanafi abaikan sementara perasaan tiada mood,tiada masa dan pelbagai lagi alasan yang bermula dengan ‘TIADA’.Hasilnya mrhanafi boleh lakukan.

p/s :Kaya sahaja belum kerana dalam proses.Nak cara tahu cara untuk kaya boleh layari pautan ‘Saya pasti akan KAYA’

Yakin boleh dan in shaa Allah kita akan dapat apa yang diimpikan.Itupun setelah berusaha sedaya upaya dengan tenaga,pemikiran dan idea yang selalunya  datang bersama ujian kesukaran dan kesempitan.Sesiapa yang berusaha penuh keikhlasan dan pengharapan terhadap Allah SWT akan berjaya.Mungkin cepat,lambat atau ditangguhkan.

WAJIB BACA :   Pengertian Sebalik Lagu Kelmarin -Seventeen | Cover Nissa Sabyan

{sekilas pandang}

Fokus boleh dijadikan tabiat yang hebat.Boleh menjana wang dan mencipta kejayaan dalam apa jua bidang tak kira percintaan,kerjaya,bisnes ataupun keagamaan.

Mrhanafi nak ceritakan apa yang berlaku semalam (1 Julai 2016).Mrhanafi mengakses  Hukum Tarikan dengan rasa ceria semasa bekerja.Secara jujurnya belum lagi ceria sepenuhnya.Apa yang berlaku pada hari tersebut ialah tugasan rutin sangat lancar dan mudah sekali,Dijauhkan dengan perkara negatif.Alhamdulillah menjadi seperti yang diingini.

Buat pembaca semua mengakses Hukum Tarikan adalah universal tanpa dibatasi agama dan ideologi.Semua boleh.Semua dapat.Jika tak percaya boleh menjadi belajar dari mrhanafi pada masa akan datang.In shaa Allah mrhanafi akan kongsikan segala ilmu yang bersifat teori dan rasai sendiri  praktikalnya.Bukan sekarang tetapi akan datang.

WAJIB BACA :   Projek Tujuh Hari Bermula

Terima kasih kerana sudi membaca dan ringankan tangan untuk memberi komen.

Comments 2

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge