Fokus: Senjata kejayaan yang luar biasa

Dalam zaman media sosial ini, cabaran paling besar ialah gangguan.

Ada gangguan dari segenap penjuru.

Apabila ada gangguan memang sukar untuk fokus.

Fokus untuk membaca. Fokus untuk belajar. Fokus untuk beribadah dan fokus untuk membina kejayaan.

Kejayaan Team Siber Sukses adalah indikator terbaik untuk kecemerlangan masa hadapan.

https://mrhanafi.com/team-siber-sukses/

Apakah gangguan yang menghilang fokus kita?

Jangan tanya ?

Memang banyak.

Gangguan terbesar apabila masa luar waktu bekerja ditanya tentang kerja.

Masa bekerja pula ditanya tentang perkara peribadi dan perniagaan.

Gangguan yang bersimpang-siur dan bersilih ganti begini memberi kesan kurang baik kepada produktiviti.

Masa bekerja jadi kurang optimum.

Lebih menyedihkan jika masa luar waktu bekerja terheret sama seperti juga waktu bekerja.

WAJIB BACA :   Cara Betul Menggunakan Produk Delourva

Tidak perlu timbul soal berkira dalam bekerja sekiranya masa untuk rehat dan santai tetapi masih digunakan untuk bekerja.

Wajar kita fahami bahawa masa seseorang amat berharga untuk dilaburkan pada tempat yang bukan sepatutnya.

Jadi apakah solusi terbaik untuk jadi fokus dan serius dalam menangani gangguan begini.

Saya mencadangkan dua solusi.

1.Offline mode sejam dalam sehari

Sejam ini amat berharga. Tiada panggilan luar atau masuk. Tiada media sosial dan sebagainya. Pendek kata, putus hubungan dengan dunia luar.

Peraturan ini boleh dilakukan hanya lepas waktu bekerja bagi mereka yang makan gaji.

Untuk mereka yang menjadi usahawan sepenuh masa, inilah masa rehat sebentar bersama Kit-Kat.

WAJIB BACA :   PKP dan Covid-19: Ketakutan perlu berasas…

Lupakan tentang bisnes dan lupakan segala permasalahan cuma dalam satu sejam sehari.

Masa untuk recharge energi agar lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.

2.Buat jadual secara  terperinci

Ingat lagi tak masa sekolah dulu. Pada masa itu sudah siap jadual pelajaran dari Isnin hingga Jumaat.

Jam pula dari pagi hingga tengah hari.

Pembelajaran lebih teratur dan terancang.

Sekarang bawa budaya tersebut ke alam pekerjaan atau perniagaan.

Ada yang menggelarkan sebagai planner atau sebagainya.

Rancang masa sebaiknya dari awal bangun tidur hingga tidur waktu malam.

Kesimpulan

Kejayaan untuk fokus sepanjang hari amat bergantung kepada kekuatan menguasai diri.

Jika gagal kuasai diri maka sebaik mana pun perancangan tidak akan menjadi.

WAJIB BACA :   Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati

Ujian pertama boleh dilihat cara bangkit pagi.

Jika liat untuk bangkit pagi maka kejayaan itu masih jauh untuk didakapi.

Begitulah sebaliknya.

Selamat bermuhasabah diri.

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge