Saya suka matematik kerana logik.
Jika langkah pengiraan betul maka jawapannya pasti tepat.
Senang cerita.
Pengiraan dalam matematik tidak pernah menipu hasil.
Contoh.
Satu tambah satu pasti jadi dua.
[ 1 + 1 = 2 ]
Sama juga dalam pengiraan tolak.
Jawapannya memang tepat dan betul.
Satu tolak satu menjadi kosong.
[ 1-1 = 0 ]
Namun ada cara pengiraan di atas mempunyai jawapan yang jauh lari dari landasan.
Formulanya begini.
Satu tolak satu menjadi sepuluh.
[1 -1 = 10 ]
Bagaimana jadi begitu ?
Kita lari dari hukum logik matematik.
Sekarang kita beralih kepada cara pengiraan dalam sedekah.
Sebelum itu wajib melalui 10 langkah berikut untuk memahami pengiraan luar logik ini.
1. Wajib yakin
2. Wajib yakin
3. Wajib yakin
4. Wajib yakin
5. Wajib yakin
6. Wajib yakin
7. Wajib yakin
8. Wajib yakin
9. Wajib yakin
10. AMALKAN
Saya sangat yakin kepada Surah Al- Annam ayat 160:
Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).
Ya. Perlu buat baik untuk dapat ganjaran 10 kali amal tersebut.
Amalan sedekah adalah perkara baik yang sangat dituntut agama.
Kalau kita habiskan atau tolak apa yang kita ada untuk sedekah, pasti akan diganti 10 kali ganda.
Contoh:
Sedekah RM1 akan diganda menjadi RM10.
[ RM1-RM1 = RM10 ]
Sekali lagi saya ingatkan kepada diri sendiri.
Tidak semestinya dengan sedekah RM1 menjadi juga duit dalam RM10 atau lebih.
Ada kemungkinan dalam bentuk lain.
Mungkin juga dapat menghindar bala yang sepatutnya bakal menimpa kita tetapi tidak menjadi asbab kita suka bersedekah.
Fahamkan konsepnya begitu.
Sekarang saya dan juga pembaca perlu berani guna formula tidak logik ini tetapi luar biasa keajaibannya.
Kalau macam tu, saya wajib sedekah duit jawapnya ?
Tidak semestinya duit.
Mungkin masa. Mungkin tenaga atau idea ataupun perkara yang memberi manfaat kepada orang lain.
Semasa menyumbang sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain tersebut, anggap sahaja sedekah atau hadiah ataupun amalan itu dengan ikhlas sebaik mungkin.
Cuma dalam artikel ini saya fokus kepada duit kerana ia mudah untuk kita membuat pengiraan.
Saya suka matematik gara-gara suka duit walaupun hakikatnya bukan duit yang saya fikirkan setiap masa.
Habis tu fikir apa ?
Yang pasti saya fikir bagaimana untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain agar mereka bahagia dan berjaya.
Akhir kata saya belanja pembaca dengan pautan kejayaan ini.
Boleh layari sesegera yang mungkin untuk mencapai impian yang kita tangguh selama ini.
p/s: Jika rasa artikel ini menarik buatlah amal kebaikan dengan share kepada orang lain seramai mungkin. Terima kasih.
betul tu
kena percaya pada amalan sedekah tidak akan memiskinkan
In Sha Allah ada ganjarannya daripada Allah 🙂
Hans recently posted…Yiruba Food Basket Aid Campaign
semoga kita ada kekuatan untuk melakukannya
Macam dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki je. Dalam buku tu pun ada cakap tentang 1-1=10.
Betul la tu. Jangan takut untuk sedekah, takut duit atau harta kita jadi kurang pula. Dengan sedekah la, hidup kita bole jadi lebih senang. 🙂
Nur recently posted…Selamat
ya memang saya ambik konsep tersebut dalam buku Nudahnya Menjemput Rezeki…sebelum itu dengar ceramah dalam Youtube Ippo Santoso
Bersedekah walau tanpa wang ringgit, dengan kudrat dan senyuman pun dikira sedekah. Semoga kita semua menjadi insan yang pemurah..
tepat juga tu.
bersedekah la apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada orang lain
Rabia singgah ke sini
Nice entry 👍🏻
terima kasih Rabia.
moga ada memberi manfaat walau[un sedikit
dulu masa sekolah cikgu cakap 1+1 tak semestinya 2. dulu tak faham skrg dah faham hihi
tak semua logik dan matematik diguna pakai dalam kehidupan ini.
kalau
1+1= 11 ( betul tak hehehe)
‘matematik Allah’ mmg x terjangkau dek fikiran manusia. bertuahlah.mereka yg sentiasa bersedekah tanpa.mengira situasi
betul tu.
bersedekah setakat mampu.
doa untuk orang juga sedekah paling baik kerana tidak terasa ” kehilangan “