Harga beras naik !

Sebelum harga beras naik, saya sudah terdengar ura-ura berita tersebut. Bagaimanapun saya tidak ambik kisah kerana sudah biasa harga barang makan sentiasa akan naik.

Sangat jarang harga makanan boleh turun. Apabila sudah naik, jangan harap harga tersebut boleh turun seperti sebelumnya.

Apabila difikir balik ada hikmahnya dengan kenaikan harga beras ini.

Nasi adalah makan ruji dan ia menjadi sumber karbohidrat yang sangat biasa buat kita semua. Sebenarnya sumber karbohidrat bukan dari nasi sahaja.

Boleh jadi kentang, ubi, tepung gandum dan pelbagai lagi.

Jaidi kalau harga beras naik, maka inilah peluang terbaik untuk kurangkan pengambilan nasi dalam porsi menu harian.
Kurang pengambilan karbohidrat bermakna kurang pengambilan gula.

WAJIB BACA :   Ketika Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

Setidak-tidaknya boleh kurangkan berat badan yang berlebihan. Kan sekarang kita mahu menjadi rakyat yang cergas dan sihat.

Walau bagaimanapun pasti golongan B40 terkesan dengan kenaikan harga beras.

Dahlah harga telur masih mahal, harga sayur semakin naik dan banyak lagi barang keperluan lain yang naik serta tidak turun-turun.

Kos hidup semkin tinggi dan kuasa membeli semakin rendah.

Macam mana tu ?

Maknanya golongan marhaen akan struggle untuk hidup dan peluang untuk melepas diri ke golongan M40 semakin tipis.

Tidak ada gunanya mutiara kata orang muda,

“Buat apa takut bini kalau beras suami yang beli…”

Sekarang lebih baik takut Allah dan perbanyakkan amal agar dapat penghidupan yang lebih baik.

WAJIB BACA :   Kupikupi FM Sarawak - Sama Dirik Pok!

Amal yang banyak mengundang reda dan rahmat dari Allah SWT.

Manakala banyak kemungkaran dan kemaksiatan boleh mendatangkan bala dan malapetaka untuk kita semua.

Nauzibillah min zalik.

Comments 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge