Harga Minyak Petrol Ogos 2016

Harga Minyak Petrol Ogos 2016…Mrhanafi adalah pengguna minyak petrol RON95 kerana masih guna kereta biasa sahaja.Setakat ini belum memiliki kereta mewah yang menggunakan diesel ataupun RON97.Sebab itu sentiasa hendak tahu berapa kenaikan minyak petrol pada bulan Ogos 2016.

minyak petrol

Berita baik kepada pengguna seperti mrhanafi yang menggunakan petrol RON95.Harga kekal kepada RM1.75 sen seliter.Tidak berubah sebagaimana harga pada bulan Julai 2016.

Mrhanafi tarik nafas lega.Itupun sekejap sahaja.Kalaulah harga minyak petrol terus naik mrhanafi akan bercadang untuk tukar sahaja kereta jenis Hybrid.In shaa Allah boleh angkat Toyota Camry  Hybrid 2.4V  yang berwarna hitam.Impian dulu sebelum menjadi kenyataan.

WAJIB BACA :   Kesan Perceraian Yang Memilukan Perasaan

Harga minyak tentunya akan naik dan belum tentu turun.Kos hidup naik dan sentimen emosi juga bisa naik.Situasi ini mesti dielakkan dari berlaku ke atas diri kita.Caranya kawal perbelanjaan harian,mingguan atau bulanan.Selepas itu pelbagaikan sumber pendapatan.Dah tak boleh harap duit gaji semata-mata.

Jika ada lubuk membuat duit seperti di Wafymobile jangan dilepaskan begitu sahaja.Fikir dan jengok sekali sekala.Rezeki orang berusaha pasti ada.Banyak atau sedikit itu urusan Sang Pencipta menurut pelaturanNya.

Minyak petrol adalah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.Apabila dah habis tutup sahaja cerita.Ada juga yang berpendapat emas hitam atau sumber minyak ini tidak akan habis kerana dalam pengetahuan Allah SWT.

WAJIB BACA :   Berkampung Seminggu Sempena Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019

Sebagai orang biasa minda mrhanafi belum dapat memastikan sama ada benar atau tidak.Benak fikiran mrhanafi tengah sibuk menjayakan Cabaran Segmen Sukses 21 Hari  seperti yang dihebohkan dalam blog Hero Borneo.

Kita mahu atau tidak mahu,harga bahan api seperti petrol tetap naik.Tiada pilihan untuk kita menurunkan harga tersebut dengan kecaman atau rungutan.Yang pasti senario ekonomi memang begitu.Ada masa terus naik dan naik.Jarang-jarang akan turun.

Harga barang semakin naik dan semuanya akan naik sebagaimana roh kita setelah meninggal dunia akan juga naik ke langit.Roh orang yang berhutang pula akan tergantung antara langit dengan bumi.Naubillah Min Zalik.

Mari kita ambil iktibar dari kenaikan harga minyak setiap bulan.Yang pasti kita tetap meneruskan kehidupan dengan pertambahan.Misalnya bilangan anak bertambah.Ada juga bilangan isteri juga bertambah.Paling tidak pun berat badan bertambah setara dengan bertambahnya iman dan amalan takwa.Aamiin.

WAJIB BACA :   Telco Malaysia Yang Dalam Nostagia

{sekilas pandang}

Harga minyak petrol naik,turun atau tidak berubah adalah faktor luar yang bukan dalam kawalan.Hadapinya dengan hati yang lapang dan buat keputusan untuk menambah pendapatan dari bulan ke bulan,.

Oh ya.Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Jika sudi teruskan pembacaan pula ke blog Buku Best.

Comments 18

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge