Harga Sebuah Kejujuran Tak Ternilai

Harga Sebuah Kejujuran Tak Ternilai…Setelah beberapa hari menulis artikel promosi,saya nak alihkan juga perhatian pembaca tentang akhlak.Ia kisah benar.Ada berlaku di tempat kerja saya.Nak tahu lanjutkan bacaan anda hingga ke penghujung.

Saya bertugas macam biasa.Dah rutin harian walaupun kini semakin aktif menjadi blogger.Kerap dijemput menulis artikel untuk blog sendiri.Dua artikel untuk dua blog setiap hari.Setakat ini belum lagi ponteng.Ala perasan la tu.

kejujuran

Dalam kesibukan menjalani kehidupan offline (kerja makan gaji) sempat saya berfikir sejenak tentang satu kejadian.Memang meruntun jiwa dan tersentuh hati pun ada.Rasa-rasanya jelah atau sekadar penyedap kata.he..he..

Pada suatu ketika ada pelanggan yang teringgal telefon pintar mereka.Langkah selamat kami simpan dan cuba menghubungi nombor yang sepatutnya sesegera yang boleh.Alasannya supaya mereka boleh berpatah balik sekiranya sedar telefon sudah hilang.

WAJIB BACA :   Artikel Bulan Ramadan Berbentuk Cerita

Siapa yang cuai kalau bukan pelanggan sendiri.Harga kecuaian mereka ialah kehilangan telefon tersebut.Kebiasaannya pelanggan yang menghadapi insiden ini boleh mendapatkan kembali telefon mereka.

Bukan sekali dua ada kes begini.Berkali-kali.Sebab itu saya cukup tersentuh hati dengan kejujuran para pekerja di tempat saya bertukar.Mereka ada peluang untuk mengambil dan menyorok telefon tersebut.

Alhamdullilah mereka ada kejujuran yang tak ternilai.Meskipun dikumpul seluruh dunia harga telefon  tersebut maka tidak mampu menandingi kejujuran yang mereka miliki.

Apa yang peliknya ada pelanggan yang sekadar senyum dan terus beredar setelah memperolehi semula telefon yang tercicir.Nak ucapkan terima kasih pun sambil berjalan.Adakah patut berbuat begitu dengan nilai kejujuran yang mereka temui pada pekerja tempat saya bertugas.Sejujurnya nilai akhlak seseorang berbeza`antara satu sama lain.

WAJIB BACA :   Selamat datang 2021, selamat tinggal 2020

Kami tidak mengharap apa-apa sebenarnya.Jauh sekali untuk menagih budi.Apa yang saya dan pekerja yang jujur mahukan ialah penghargaan dalam bentuk keikhlasan mengucapkan terima kasih.

{sekilas pandang}

Mengambil hak orang tanpa  diredhai adalah satu kezaliman.Saya tak sentuh soal dosa.Namun saya suka nak tarik perhatian bahawa dengan kejujuran mampu membentuk akhlak yang hebat dan terpuji.Tak kira sesiapa dia.Baik pemimpin maupun orang yang dipimpin.

Akhlak jujur sangat berharga.Orang akan suka sama ada kita sedar atau tidak.

Program Terpantas Jana Income Online [KLIK SINI]

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge