Harga sebuah kesungguhan

Saya telah merakam video Youtube tentang topik harga sebuah kesungguhan.

Terkial-kial juga untuk menerangkan dalam tergesa-gesa.

Memang silap saya juga.

Saya tidak mengunakan skrip atau point-point tertentu.

Itu dinamakan secara spontan sahaja.

Sekarang baharu saya sedar.

Antara menulis dan bercakap, rupanya bercakap lebih sukar.

Bercakap perlu idea dan perkara yang banyak untuk diperkatakan.

Tanpa bahan mencukupi, komunikasi akan jadi hambar, kaku dan lesu.

Orang yang nak menonton pun akan rasa buang masa.

Tapi tidak apalah buat permulaan.

Sebab ia cuma latihan untuk saya mengasah kemahiran lisan.

Kemahiran ini perlu dan wajar saya kuasai kerana tuntutan bisnes networking yang saya ceburi sekarang ini.

Tidak boleh tidak.

Saya juga faham, jika kita belajar dan terus belajar in shaa Allah akan dapat juga hasilnya.

Bak kata pengasas Siber Sukses,

“hasil tidak pernah mengkhianati usaha.”

Ada beberapa perkataan yang saya tengah dihafal sekarang ini iaitu “Methoxyflavone” dan “bioflavonoid

Bayangkan dua perkataan tersebut salah saya sebut depan prospek yang educated, mungkin kredibiliti saya akan terjejas sebagai seorang Networker.

Rasanya cukup dulu perkongsian saya kali ini.

Nanti ada masa kita sambung lagi.

Sambil-sambil tu jom layan video Youtube seperti di bawah:

18 thoughts on “Harga sebuah kesungguhan”

  1. Hebatlah Mr. Hanafi, kalau saya mana berani bicara langsung di depan kamera walaupun hanya kamera handphone sendiri. Maka konten Youtube saya hanya berisi suara saya saja, saya rasa malu bila wajah saya harus muncul di depan kamera tu.. ahahaaha..

    Reply
  2. saya malah tidak percaya diri bila harus berbicara langsung di depan kamera, walaupun hanya untuk merekam diri sendiri menggunakan handphone. Jadilah saya membuat konten youtube hanya dengan mengandalkan suara saja.. Hahaha sebab saya malu bila wajah harus terlihat..

    Reply
    • kita serupa kot..

      saya low esteem melihat muka sendiri kurang hensem.

      bagaimana pun saya lawan kerana hensem atau tidak ia, cuma persepsi minda sahaja

      Reply
  3. Setuju dengan tuan. Lebih mudah menulis dari berikan penerangan melalui youtube .. saya dah cuba beberapa kali tapi masih tidak konsisten jadual postingnya

    Reply
  4. Teruskan berkongsi ya Mr Hanafi, mana tau ada anak muda berjaya hasil daripada pengisian tuan suatu hari nanti.

    Btw saya sekarang sedang bersungguh menghasilkan content di Youtube. Apa yang saya lihat, hasil janaan wang Adsense adalah lebih laju di Youtube berbanding blog. Semoga kita sama-sama berjaya membina content di Youtube..aamiin

    Reply
    • wah,,,tak sangka awak pun berminat untuk menjadi Youtuber.

      kalau dari income memang Adsense Youtuber lebih laju.

      cabarannya nak dapaatkan followwer dan trafik.

      sama juga macam blog

      Reply
  5. “Methoxyflavone” dan “bioflavonoid” nak sebut pun berbelit…. hahaha

    betul2… nk ckp dpn camera ni secara spontan bkn sng… sy yg buat recording tu pun siap ada skrip, entah berapa puluh take kena ambil…

    good luck ya!

    Reply
  6. Tapi tak sedikit pula ada orang yang mengalami kesulitan membuat entri tulisan daripada membuat konten yutub, loh ..

    Sebaiknya membuat konten yutub, teks ditulis dulu kemudian sambil dibaca saat recording.

    Reply
  7. memang bukan mudah nak bercakap berbanding menulis..saya sendiri pun belum dapat keyakinan tu tuan..ada sekali aje saya bercakap depan kamera untuk iklan produk skincare..entah berapa ribu kali take baru la lepas…hahahah

    Reply

Leave a Reply to Shubhi Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: