5 tips memikat hati wanita agar mudah tergoda

Hati wanita umpama kerak nasi. Terkena air akan cair. Kalaulah begitu keadaannya tentu lelaki hebat berbicara dan bijak berkata-kata mudah mencairkan hati wanita.

Realiti tidak juga. Tapi ada benarnya.

Sewaktu saya berada pejabat baru-baru ini, ada seorang rakan sekerja berkongsi tips untuk memikat hati wanita.

Cuma saya tidak ada jaminan tip tersebut boleh mengoda wanita atau tidak.hahaha

Boleh cuba namun jangan disalahguna. Tak pasal-pasal jadi dosa dan porak peranda rumahtangga 

Jika untuk sang suami boleh praktikkan kepada isteri masing-masing.

Kepada para wanita terutama yang sudah berpunya, berhati-hati la ya. Jangan terjerat dengan pujuk rayu seorang lelaki yang nawaitunya tidak begitu elok.

Ini dia cara pikat hati wanita…

1.Ambil tahu tarikh lahir

Tarikh lahir sangat penting. Lelaki yang bijak perlu ambil berat perkara ini terutama kepada isteri atau bakal isteri.

WAJIB BACA :   5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

Raikan hari lahir dengan memberi hadiah ataupun ucapan. Jika tak mampu sekalipun cukup dengan doa dari jauh.

Doakan panjang umur, murah rezeki dan dapat jodoh.

Mudah tak ?

Tunjukkan dengan keikhlasan dan kesungguhan. Pasti hati wanita akan lembut, sayang dan tergoda.

Cewah.

2.Ambil tahu makanan kesukaan

Terus terang sahaja siapa yang tidak suka makan. Semua orang suka makan walaupun kadang-kadang dinafikan atas macam-macam alasan.

Lelaki yang terbaik wajar mengenal pasti makanan kesukaan wanita yang diingin digoda.

Bila dah tahu. Apa lagi ajaklah untuk candle light dinner atau belanja makanan kesukaan mereka.

Paling tidak tapaw je.

Tidak rugi untuk belanja orang makan. Dapat pahala dan dapat keseronokan.

Pahala kerana bersedekah dan sanggup berkongsi rezeki dengan orang lain.

Keseronokan kerana dapat lihat wanita yang digilai tu makan di depan mata.

3.Ambil tahu warna kesukaan

WAJIB BACA :   Bertuahnya Dapat Minum Air Lemon Panas

Wanita dan kecantikan mana bisa dipisahkan. Warna juga sinonim dengan kecantikan.

Kenal pasti warna kegemaran akan memudahkan kita ‘tackle’ mereka dari sudut diluar jangka.

Misalnya mengenakan baju dengan warna yang disukai akan memberi signal persamaan dalam minda. Bila sudah ada rasa persamaan tentu mudah dalam mendekati dan memaut hati wanita.

Fuh ! Dahsyat !

4.Ambil tahu muzik kegemaran

Ada juga yang tidak gemar muzik. Namun tidak semua. Memang ada yang suka muzik dan menjadikan muzik sebagai keperluan dalam hidup mereka.

Cuba cari dan selidiki. Jika dah tahu, mudah untuk menawan mereka dengan muzik.

Muzik boleh  dijadikan alat untuk ekspresi perasaan dan keinginan kita kepada mereka. Bila dah masuk salurannya maka terbuka peluang untuk memaut hati dari dalam.

Pergh….serius tu.

5.Ambil tahu fesyen disukai

Lelaki suka fesyen. Wanita lagilah suka dengan fesyen. Dengan mengetahui fesyen yang disukai memudahkan lelaki mencari ‘angle’ yang sesuai untuk memanah hati mereka.

WAJIB BACA :   Rumah adalah maruah seorang suami

Bukan mudah dan bukan juga susah. Jika kena pada caranya soal cari jodoh menjadi perkara yang terindah dalam hidup kita.

Mahu atau tidak, lelaki harus memiliki pengetahuan yang terkini tentang fesyen. Kena rajin dan kena usaha sungguh-sungguh.

Percayalah. Usaha tersebut memang berbaloi dan pasti diberi ganjaran. Tentunya dapat memiliki hati wanita yang diingin dikahwini.

Pastu hidup bahagia hingga ke Jannah.

Aamiin.

Kesimpulan

Hati wanita milik Allah SWT.Boleh berbolak balik atas izinNya. Semua tips di atas tidak akan menjadi tanpa keizinan Allah.

Jangan pula berputus asa dan terus mencuba selagi belum berjaya. Lama-lama pasti berhasil juga.

Tak percaya dengan tips tersebut boleh mentelaah dan mendalami ilmu dalm buku ” 20 Tip Memilih Jodoh

  • Kemas kini 24/12/22
  • Kemas kini 30/12/22

019-8068007

Comments 23

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge