Hebatnya Cinta Sejati Seorang Lelaki

Hebatnya Cinta Sejati Seorang Lelaki…Perlu mrhanafi tegaskan apa yang tertulis dalam penulisan ini bukan mengambarkan situasi sebenar.Biarlah ia dianggap umum sifatnya.Tidak ditujukan kepada sesiapa baik kepada diri sendiri maupun orang lain.Untuk tidak menyesakkan fikiran, molek sangatlah kalau ia disandarkan kepada hiburan semata-mata.

cinta sejati

Selagi ia makhluk bergelar manusia memang akan ada perasaan cinta.Tak kira perasaan cinta yang kekal sifatnya atau yang sebaliknya.Perasaan yang ingin mrhanafi kupas ini merujuk kepada cinta sejati sesama makhluk.

Konsep cinta luas.Tidak terbatas.Malah menjadi tema yang begitu kreatif sekali dalam lirik lagu,filem,drama maupun kehidupan sebenar.Tanpa cinta kehidupan akan hambar.Boleh sepi dan sunyi.Diibaratkan malam yang sangat panjang tatkala anda tidak mampu melelapkan mata waima sedetik pun.

‘’Kalau mrhanafi lagi suka kalau tidak tidur malam.Boleh layan blog,facebook atau youtube yang ada video klip lagu Janam Janam Dilwale.Sambil buat promosi Buku Online.’’

Perasaan cinta sejati seorang lelaki sangat hebat.Mrhanafi tak tahu la pulak bagaimana rasa cinta seorang wanita.Sebab mrhanafi adalah lelaki dan bukannya wanita.Cinta sejati seorang lelaki adalah untuk menakluki hati dan keseluruhan hidup wanita.Dengan hasrat yang tulus suci akan disunting untuk dijadikan teman sejati yakni isteri di dunia dan di akhirat.

Setelah rasa cinta lelaki itu dipenuhi maka secara alami lelaki hebat ini  sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan cintanya itu kekal terpelihara.Malah diletakkan pada tempat yang tinggi namun tidaklah mendahului Allah SWT dan Rasullullah saw.Hebatkan cinta sejati lelaki.Cinta begini akan membawa wanita yang dicintainya yakni isteri ke jannah.

Namun hukum dunia percintaan amat mudah difahami.Jika seorang lelaki mendapati cintanya tidak berbalas apa tunggu lagi.Carilah wanita lain yang kini masih menanti mr right dalam hidup mereka.Wanita ini adalah padanan cinta lelaki hebat.Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.Itulah jodohnya.

‘’Susah nak faham.Cuba bayangkan cinta itu seperti permainan Jigsaw.Pejam mata dah boleh masuk tanpa sebarang masalah.Jangan fikir lain pulak.Dosa tau!’’

Mrhanafi akur bagaimana hebat pun cinta terhadap wanita yang diingini jika tiada tindak balas boleh pudar juga.Sebab cinta adalah pautan dan jalinan dua hati antara lelaki dan wanita.Ia mesti ada pada kedua belah pihak.Biar mrhanafi kaitkan dengan bertepuk tangan.Sebelah tangan mana bisa berbunyi kecuali ditepuk pada dinding.Sebab itu, ada kata bidalan cinta bertepuk sebelah tangan.

Wahai para lelaki hebat diluar sana.Kejarkan cinta sejati.Abaikan cinta nafsu.Elakkan cinta satu malam.Perbaharui cinta jika semakin pudar dan rapuh.Namun cinta sejati tanpa syarat tidak bisa berubah walau apa keadaan sekalipun.Cinta sejati adalah benteng utama kecurangan.Teras paling dalam kepada kesetiaan dan kejujuran.

Cinta sejati yang terbaik ialah hubungan lelaki dan wanita yang disahkan melalui ikatan pernikahan.Sebab ia adalah tuntutan agama.Lumrah kehidupan dari zaman Nabi Adam dan Hawa sehingga ke dunia yang pasti akan kiamat nanti.Namun dengan cinta, si suami dan si isteri akan tetap bersama baik di dunia maupun di syurga kerana ia adalah jodoh manusia.

{sekilas pandang}

Seronok tak membaca blog yang ada topik cinta.Jika seronok apa kata luahan rasa cinta itu dalam ruangan komen dibawah.

(Visited 82 times, 1 visits today)

28 thoughts on “Hebatnya Cinta Sejati Seorang Lelaki

  1. bro mr hanafi ni dah boleh jadi doktor cinta dah tahap ni. Kalau bro memang ada skill niche cinta ni lagi bagus bro kongsikan selalu sebab susah nak jumpa blog perihal cinta

Leave a Comment

CommentLuv badge