Hebatnya Kuasa Aura Kasih Sayang

Hebatnya Kuasa Aura Kasih Sayang…Mrhanafi kali ini nak bersembang tentang kasih sayang.Perlu juga ingat kasih sayang adalah nilai murni yang neutral sifatnya.Semua orang ada memiliki dan ingin dimiliki.Agak-agak kasih sayang itu tentang apa ya sih?

aura kasih sayang

Kasih sayang elemen subjektif.Lain orang lain takrifan.Namun tidak banyak berbeda.Asasnya bila berkasih sayang hati akan asyik teringat bahagia.Hati mekar bak bunga-bunga ditaman.Kembang berseri membawa haruman wangi disekitarnya.

Bertuah orang yang menerima kasih sayang begini.Pada dasar hatinya tiada mengharap.Tiada paksa maupun kepuraan.Semuanya bersandarkan kepada keikhlasan yang berpaksi terus kepada Sang Maha Pencipta..Allah SWT yang memegang hati seseorang.

Aura kasih sayang boleh terlihat.Boleh terpancar pada wajah.Bercahaya dengan keikhlasan.Mampu membangkitkan seseorang yang jatuh dari kekecewaan.Terus melonjak inspirasi dengan semangat baru yang tinggi menjulang.Bahkan langit pun tiada hadnya.Lantas aura kasih sayang ini akan memimpin  seseorang menuju alam kekal bahagia iaitu Jannah.

WAJIB BACA :   Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

Getaran aura kasih sayang tidak nampak dengan mata celik.Aura kasih sayang hanya mampu dirasai oleh hati si pemberi dan si penerima.Kuatnya tidak boleh diukur.Kuasanya tidak ada julat sukatan tepat.Tidak keterlaluan kasih sayang ialah tenaga infiniti yang Allah SWT bekalkan sepada sekalian makhluk ciptaanNya.Kita berkongsi kasih sayang atas rahmatnya.Itulah kalimat Basmallah.

Kasih sayang boleh menceria hati yang berduka.Kasih sayang memberi kesan pelali kepada kesengsaraan.Kasih sayang adalah ubat paling ampuh untuk menyembuh perasaan yang terluka.Mungkin juga kecewa kerana hasad denggi,cemburu dan tamak haloba  gara-gara menuruti hawa nafsu godaan dunia.

Jom berkasih sayang.Hayati dan perhalusi ayat-ayat yang Mrhanafi persembahan untuk anda ini.Ulangi sehingga aura kasih sayang ini meresap jauh ke dalam minda.Biarkan ia berakar umbi untuk terus kekal.Jangan khuatir kerana kasih sayang adalah elemen yang neural.Ia milik anda semua dan anda berhak untuk menggunakan dalam kehidupan ini.

WAJIB BACA :   2 kunci buka pintu keajaiban

Wahai para gadis yang tengah mencari pacaran cocok dan pasangan padan.Anda gunakan aura kasih sayang.Anda sampaikan dengan pancaran kasih sayang dengan yang ikhlas.Anda singkirkan nafsu kemaksiatan.Anda pilih hanya insan yang jiwanya penuh kasih sayang dengan ikatan iman kepada Allah SWT.Tiada pilihan kerana ia adalah paling baik dikalangan terbaik.Akuinya dengan hati nurani yang tulus suci.

Wahai para isteri yang diluarkan sana.Tumpahkan kasih sayang dan taat setia pada suami anda.Dia berhak kepada anda.Dia insan pilihan dan dia anugerah terindah buat anda.Dia segala-segala buat anda selepas Allah swt dan Rasullullah.Dia adalah nakhoda kehidupan buat anda.Oleh itu curahkan kasih sayang ini sepenuhnya.Biar penuh-penuh agar hatinya tiada ruang lagi untuk diisi oleh wanita lain yang hebat kasih sayangnya.

WAJIB BACA :   Nikmatnya makan cokelat hingga menjilat bibir

{sekilas pandang}

Sehingga ke saat ini Mrhanafi ingin mengakhiri perbicaaran aura kasih sayang.Memang benarkan.

Mrhanafi dapat rasa getaran dan kuasa kasih sayang anda selepas membaca artikel.

Jangan lupa untuk teruskan pengembaraaan ilmu dengan kasih sayang di dalam artikel Kisah Cinta Yang Menyentuh Hati Wanita

Comments 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge