Hebatnya Kuasa Pen Dalam Kehidupan

Hebatnya Kuasa Pen Dalam Kehidupan…Pen sangat penting.Dengan pen kita boleh tandangani surat perjanjian.Selain itu pen juga boleh menjatuhkan maruah atau kedudukan seseorang.Tetapi itu dulu-dulu.Sekarang tidak lagi.Pada zaman ini tak guna pen pun boleh.Cukup menggunakan telefon pintar.Kemudian sebarkan viral fitnah di media sosial.Akhirnya boleh memberi negatif secara tuntas.

Walau bagaimanapun pen tetap hebat.Masih mempunyai keistimewaan tersendiri.Pen boleh digunakan bila-bila masa.Tidak perlu bateri.Harga murah dan hampir semua manusia boleh memilikinya.Dari orang miskin hinggalah orang yang kaya  (termasuk bakal kaya seperti saya : aamiin)

Pernah mendengar kiasan cinta monyet.

“pen merah pen biru”

“You marah i love you”

Nampak tak lambang konflik percintaan boleh disinonimkan dengan pen.Pen boleh digunakan untuk tandangani surat nikah.Pen juga boleh dijadikan alat untuk membubarkan perkahwinan.Aduh! Pen tak salah.Pen cuma pengantara yang digunakan untuk tujuan baik atau tujuan negatif.

WAJIB BACA :   Isu Duit Hantaran Dalam Perkahwinan

Baru-baru ini saya ada membeli pen.Ia cuma berharga RM2.00.Yang peliknya pen ini saya gunakan untuk tandangani banyak bil dan invois yang bernilai ratusan ringgit setiap hari.Kerja macam hebat.Hakikatnya tidak.Tandatangan itu berisiko jika berlaku perkara tidak diingini.Saya berharap pembaca boleh memahami setiap tindakan yang kita buat ada kesannya.Terpulang untuk kesan baik atau sebaliknya.

kuasa pen

Teringat saya memori zaman kanak-kanak dulu.Ada seorang makcik yang suka berseloroh.Ketika itu saya teman akrab kepada salah seorang anak jiran.Mak cik ini tanpa was-was telah melabelkan saya sebagai seorang yang berjaya dan bekerja memegang pen.Kawan saya pula dikatanya bekerja menggunakan kapak.Macam kerja buruh kasar.

Alhamdulillah apa yang dikatakan mak cik itu selepas 30 tahun kemudian betul-betul terjadi.Saya menjadi penulis blog manakala kawan saya jadi kerja seperti yang didakwa.

WAJIB BACA :   Petua Mudah Untuk Bangun Pagi Dan Mitos Untuk Ramai Orang

Selain menjadi blogger memang kerja saya memegang pen kerana perlu menandatangi pelbagai bil,invois dan dokumen setiap hari.

{sekilas pandang}

Saya tetap berpegang teguh bahawa pen itu hanya berkuasa kerana tuan punya.Pembaca jangan pula silap faham.

Kuasa pen yang dimaksudkan sini adalah autoriti.Ia jauh sama sekali memberi mudharat atau kebaikan seseorang tanpa izin Allah SWT.

p/s : Saya baru kemaskini blog Panduan Hipnosis.Ada video hipnosis beramai-ramai oleh Dr Ben Fadzil

Comments 4

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge