Sejak kebelakangan ini saya semakin kurang rajin berblogging. Adapun kemas kini konten dalam blog ini, ianya dihasilkan oleh pembantu digital saya iaitu AI.
Konten oleh AI tidak sebaik manusia walaupun bahasa sudah sempurna, struktur ayat kemas dan tatabahasa lengkap. Tersangat jarang saya jumpa kesalahan dan kelompongan.
AI masih lemah dalam beberapa perkara dan rasanya tidak mampu menghasilkan seperti penulisan blogger yang asli.
Blogger yang asli pasti ada banyak kelemahan tetapi penyampaian penulisan ada emosi yang tidak mungkin boleh ditiru oleh robot AI.
Jika tidak percaya jom cari perbezaan antara penulisan asli dengan janaan konten AI dalam topik, Hidup ini macam mentol.
Penulisan manusia
Mentol sangat indah. terang dan bercahaya apabila ada arus elektrik mengalir di dalamnya. Mentol ada jangka masa dan jangka hayat. Cukup masa dan tamat jangka hayat maka mentol aakan padam dengan sendirinya.
Kehidupan manusia juga umpama mentol. Manusia hidup sejak hari pertama dilahirkan dan mungkin akan meninggal pada usia setelah mencecah 80 tahun. Ada kebarangkalian tidak sampai dan mungkin juga boleh melepasi tempoh tersebut.
Tiada jaminan kerana nyawa itu bergantung 100 peratus kepada kehendak Allah. Sebab itu amat sinonim mentol dan nyawa boleh diganding bersama atas dasar jangka masa iaitu hidup dan kematian.
Penulisan hasil AI
Hidup ini, kalau kita fikirkan, memang macam mentol. Kadang-kadang terang, kadang-kadang malap, dan ada masanya terus padam. Mentol yang menyala terang memberi cahaya kepada sekeliling, sama seperti manusia yang berjaya memberikan manfaat kepada orang lain.
Namun, mentol juga ada hadnya. Bila sudah lama digunakan, ia boleh menjadi malap atau terbakar. Begitulah manusia – kita perlu berehat dan mengisi semula tenaga agar tidak cepat ‘terbakar’ oleh tekanan hidup.
Ada juga mentol yang berbeza jenis dan warna, seperti manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan keunikan. Tidak semua mentol sesuai di setiap tempat, sama seperti manusia yang perlu mencari keserasian dalam persekitaran mereka.
Yang paling penting, mentol perlukan sumber tenaga untuk terus menyala. Begitu juga dengan kita, perlukan ilmu, semangat, dan sokongan untuk terus berfungsi dengan baik dalam kehidupan.
Jadi, dalam menjalani kehidupan, ingatlah – jangan biarkan diri terlalu lama dalam kegelapan. Carilah sumber cahaya dan teruslah menyala, kerana hidup ini… macam mentol.
Kesimpulan
Cara terbaik untuk mendekati kesempurnaan dan saling melengkapi tentulah guna keduanya.
Sama seperti mentol dan nyawa. Ada persamaan meskipun perbezaan amat ketara.
Walahualam.
saya memang belum pernah pakai AI dlm tulisan saya. Krn tak suka juga 😅. lagipun saya yakin dia ga bisa menulis pakai perasaan saat menceritakan traveling atau aneka kuliner yg saya coba. Krn itu sampai skr blm pernah lagi utk gunakan Ai
tp saya sesekali guna dia kalo nak bikin Itin saat traveling berikut nya. walaupun tak semua rekomendasi dia saya pakai, tp okelah lumayan membantu
Saya mengerti, banyak orang merasakan hal yang sama tentang AI. Menulis dengan perasaan, terutama saat berbagi pengalaman traveling atau kuliner, memang sulit ditiru oleh mesin. Keunikan setiap pengalaman itu penting dan sulit untuk disampaikan oleh AI.
Tapi senang mendengar bahwa Anda menemukan AI berguna untuk merencanakan itinerary! Meskipun tidak semua rekomendasi diterima, itu tetap bisa membantu memberikan ide-ide baru. Semoga perjalanan Anda berikutnya menyenangkan dan penuh cerita menarik! 😊
idea pun macam mentol juga!
Ya betul dan ini tidak dinafikan kebenarannya
Penulisan AI masih nampak skema, mungkin bila kita sendiri yg tulis ada emosi dalam ayat-ayat yang dilontarkan. hidup tok nang mcm mentol, bila-bila boleh off, rami famili kmk tgh diuji kinek tok, bila ke hospital bukan sorg jak dilawat, sampei 3 orang dilawat… semuanya sakit zaman² nektok.. kita pun x sangka, mcm sihat jak, bila diuji terus berubah 360 dah sidak… mcm mentol juak, terang pasya tetiba malap dan akhirnya terus off terus mtk diganti
Kakmim recently posted…Sedap Rupanya Kunafa Chocolate Bar
Yalah tek…kita semua menunggu giliran
bila-bila masa akan padam
Sekarang ni orang dah susah nak tentukan penulisan sendiri atau yang berbantukan AI, jadi di universiti ubah cara menilai dari menilai penulisan kepada menilai pemahaman melalui percakapan.
Faizal R recently posted…Travelog Monumen Semulajadi Vrelo Bosne, Terowong Sarajevo, Kota Mostar Dan Dicopet di Blagaj (Bosnia Herzegovina)
Kalau penulisan standard macam saya selalu tulis memang macam AI juga
sebab itu saya baca tulisan blogger yang langgar hukum tatabahasa dan sebagainya.
lebih dekat di hati
betul tu, kita tak tahu bila waktu kita padam T__T
Kalau boleh jangan padam awal sangat
sgt sedih bila mentol lampu di umah ni terbakar. terutama sekali jika x de stok dlm laci.
abe kie recently posted…Mencari keserasian dalam perkahwinan
sebeb itu sentiasa sediakan stok..
jika tidak susah jadinya
x semua penulisan AI boleh diterima… kalau 1000 ayat tu… 300 je kot boleh diterima utk idea. last2 kite yg kena tulis n olah😁
Sebab ITU saya suka buat kombinasi antara AI dgn tulisan sendiri