i-sinar tanpa syarat boleh dipohon mulai 8 Mac 2021

i-sinar tanpa syarat

i-sinar tanpa syarat boleh dipohon bermula 8 Mac 2021 nanti. Ia merupakan berita baik kepada ahli atau pencarum KWSP yang ingin merasa duit sendiri dalam keadaan pandemik COVID-19 ini. Urusan pengeluaran RM10k secara berperingkat selama 6 bulan.

Mereka yang terjejas dan amat memerlukan wang tersebut boleh menarik nafas lega dengan pelambung kecemasan yang disediakan.

Berbelanjalah dan rancang wang ini sebaik yang mungkin kerana setiap sen yang dikeluarkan amat bernilai pada masa yang sukar dan mencabar begini.

Maklumat lanjut sila baca kenyataan rasmi daripada KWSP berikut:

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2021: Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

a.   Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b.   Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac. Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Artikel berkaitan

2 thoughts on “i-sinar tanpa syarat boleh dipohon mulai 8 Mac 2021

  1. sy ckp bimbang mrk yg dpt i-sinar ni, then duit tu digunakan sepnuhnya utk (modal) berniaga. xslh diorg nk berniaga tp diorg kn bersedia utk hadapi kerugian sekiranya mrk berniaga tanpa ilmu. sng ckp ‘main terjah’ je nk berniaga. end of the day, terpaksa mkn stock sendiri akibat tak laku. klu ada ilmu then trs kn berniaga sebaiknya…

    1. saya faham dan sangat terkesan bila dengar orang terdesak.

      orang terdesak sukar untuk membuat keputusan dengan tepat.

      jika buat bisnes tergesa-gesa..hasilnya tidak ke mana-mana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge