3 Idea Kerja Dari Rumah Menurut Zamri Nanyan

bekerja dari rumah

Pagi-pagi saya sudah buka email.Berdebar dan teruja sangat bagaikan sang raja sehari nak menghadapi malam pertama.Cewah.Dah tua-tua nak buang tabiat.

Akhirnya debaran kian reda setelah membaca satu email dari seseorang.Beliau ialah tuan Zamri Nanyan.Siapa Zamri Nanyan sudah saya tulis sebelum ini.

Zamri Nanyan mengirimkan informasi tentang 3 idea kerja dari rumah untuk suri rumah.Ini merupakan usaha menjana pendapatan secara online secara mudah dan senang buat jika kena caranya.

Berita baik beliau memberi izin kepada saya untuk menyalin artikel tersebut dan diletakkan dalam blog ini.Terima kasih tuan Zamri Nanyan.

Saya bukan suri rumah.Namun saya sangat teruja nak berkongsi informasi ini kot-kot boleh menbantu mereka mengubah taraf hidup ke arah yang lebih baik.Alhamdulilah saya nak tumpang gembira atas kejayaan tersebut.

Lagipun saya selalu mendapat personal wasap dari ahli Grup Whatsapp Pembaca Blog.Mereka ada bertanya bagaimana nak menjana pendapatan dari rumah menggunakan internet.

Ikutkan hati mahu sangat saya buat seminar khas untuk mereka.Pergi seminar dulu dan bayar kemudian.

Hakikatnya saya pun masih belajar.Masih merangkak mengalahkan baby.Kadang-kadang merengek bagaikan anak bongsu minta perhatian dan belaian.Nampak sangat dah buang tabiat.hehehe

Akan datang, in shaa Allah.Cuma doakan kejayaan tersebut dan saya kongsikan untuk mereka yang memerlukan.

Sekarang saya tumpang gembira dengan kejayaan orang lain kerana saya bahagia melihat orang berjaya.

Eleh..Betul ke?

Sejujurnya buat apa saya nak tipu.Tambahkan dosa lagi ada.

Dah.

Saya berhenti membebel dulu.Jom kita baca idea dari tuan Zamri Nanyan pula.

Idea kerja dari rumah yang mudah 

kerja dari rumah

Di dalam ekonomi yang tidak menentu ini, bukan suami sahaja yang berusaha untuk menambah pendapatan keluarga tetapi ramai juga si isteri yang menghulurkan tangan untuk membantu si suami di dalam mencari rezeki.

WAJIB BACA :   Aplikasi Duit Ajaib Sudah Tamat

Baguslah sekiranya kedua-dua suami-isteri berganding bahu untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Semoga kehidupan berumah tangga menjadi lebih selesa.

Sebenarnya, memang ada banyak peluang kerja dari rumah untuk surirumah tangga ini. Ada yang memberikan pulangan yang ala kadar dan ada yang dapat memberikan pulangan yang amat lumayan, mengalahkan gaji orang bekerja sepenuh masa.

Walaubagaimanapun, kerja atau bisnes bagaimanakah yang bersesuaian untuk surirumah ceburi untuk membantu si suami?

Disebabkan surirumah sudah pun sibuk dengan aktiviti harian di rumah, adalah lebih bijak sekiranya kerja/bisnes dari rumah yang dilakukan ini adalah kerja/bisnes yang tak memerlukan surirumah ini keluar dari rumah, mungkin boleh dilakukan sambil mengemas dan menghias rumah atau pun sambil memasak.

Jadi, fokus kita pada kali ini adalah lebih kepada peluang kerja dari rumah secara online untuk surirumah.

Berikut adalah 3 idea untuk surirumah melakukan bisnes atau kerja dari rumah secara online:

1. Menjadi agen “dropship”

Maksud “dropship” di sini ialah anda menjual barangan orang lain sebagai agen jualan mengikut harga yang anda tetapkan dan barangan tersebut dihantar oleh syarikat “dropship” tersebut bagi pihak anda.

Contohnya, anda adalah agen “dropship” jubah dari Mesir. Harga jubah untuk agen jualan ialah RM150 dan harga pasaran yang boleh anda jual adalah RM200.

Anda iklankan jubah dari Mesir ini di laman sosial seperti FB dan instagram pada harga RM200. Apabila ada pembeli berminat untuk mendapatkan jubah ini, mereka akan melakukan pembayaran RM200 kepada anda. Anda pula bayar RM150 kepada syarikat “dropship” dan syarikat akan poskan jubah tersebut kepada pembeli anda.
Untung anda ialah RM50 bagi setiap helai jubah yang dijual dan anda tak perlu simpan stok, hantar jubah kepada pelanggan dan semestinya tak perlu keluar rumah untuk melakukan bisnes atau kerja dari rumah sebegini.

WAJIB BACA :   Jurulatih eUsahawan Sarawak Edisi Kenyalang 2017

2. Menawarkan perkhidmatan

Saya pernah menggunakan servis terjemahan dan penulisan artikel untuk bisnes internet saya, jadi saya tahu yang ini merupakan satu lagi peluang untuk surirumah bekerja dari rumah.

Contohnya, ebook yang saya jual di www.rahsiamlm.com asalnya adalah dari Bahasa Inggeris. Selepas mendapat kebenaran menerbitkan ebook ini di dalam Bahasa Malaysia, saya upah penterjemah untuk mengalih bahasa. Siap ebook saya tanpa saya mengarang satu ayat pun.

Jadi, sekiranya menulis adalah minat anda, anda boleh jadikannya sebagai sumber pendapatan. Kerjanya mudah sahaja. Anda cuma perlu war-warkan servis terjemahan atau penulisan anda ini di internet dan mula menjana pendapatan sampingan daripadanya.

Pada permulaannya, anda boleh tawarkan servis menulis 1 atau 2 artikel secara percuma kepada pelanggan anda dahulu dan minta mereka berikan testimoni kepada anda. Daripada testimoni ini, kembangkan tawaran perkhidmatan anda kepada lebih ramai pelanggan. Disebabkan anda sudah ada testimoni, maka lebih mudahlah anda mendapat kerja yang boleh dilakukan di rumah sebegini.

Lakukan ini secara sambilan dahulu dan kemudian anda sendiri pun boleh kumpulkan beberapa orang surirumah lain untuk dijadikan “team” menulis dan menterjemahkan artikel (atau buku). Semuanya boleh lakukan kerja ini dari rumah sahaja.

3. Menjadi agen “affiliate”

“Affiliate” juga adalah agen jualan. Beza affiliate dengan “dropship” ialah affiliate tidak mengambil bayaran daripada pembeli dan mereka cuma mempromosikan link laman web produk yang dijual.

Untuk memudahkan anda memahami konsep affiliate ini, saya berikan anda contoh produk digital saya sendiri, “Formula Income Seumur Hidup” (FI$H) di www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

WAJIB BACA :   Karakter Teman Dan Hikmah Berjanggut

Anda boleh menyertai program affiliate FI$H secara percuma sahaja dan selepas daftar sebagai affiliate, anda akan diberikan link unik untuk anda promosikan di mana-mana sahaja di internet. Sekiranya ada pembelian melalui link unik anda tersebut, anda akan menerima komisyen jualan RM100 bagi setiap unit jualan.

Mudah kan? Cuma kongsikan link affiliate anda dan anda boleh menjana pendapatan yang lumayan melaluinya, tak perlu keluar dari rumah pun untuk melakukan kerja promosi di internet ini.

Untuk mendaftar sebagai affiliate FI$H, anda boleh layari http://formulaincomeseumurhidup.com/jv

Sekiranya anda tidak berminat dengan program affiliate daripada FI$H, ada banyak lagi syarikat yang menawarkan program affiliate ini.

Contohnya, Lazada juga ada program affiliate mereka tersendiri. Daftar sahaja sebagai affiliate dan mula promosi link ke produk-produk yang terdapat di dalam Lazada.

Secara ringkasnya, 3 idea di atas bolehlah anda ambil sebagai panduan untuk anda melakukan bisnes atau kerja dari rumah tanpa meninggalkan “profession” anda sebagai surirumah.

Sekiranya kena caranya, anda mungkin dapat menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan tanpa perlu keluar dari rumah.

Boleh faham dengan apa yang saya sampaikan? Jom semua surirumah buat kerja dari rumah secara online.

Jangan lupa juga kongsikan artikel ini kepada surirumah-surirumah yang lain. Manalah tahu ada surirumah yang anda kongsikan artikel ini berminat pula bekerjasama dengan anda di dalam menjayakan salah satu daripada idea di atas. Kan?

oleh : Zamri Nanyan

[Hakcipta Terpelihara (c) 2017 www.FormulaIncomeSeumurHidup.com]

[Mengenai Penulis]

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama.

Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.

Lawati laman web beliau di http://www.FormulaIncomeSeumurHidup.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Comments 23

Leave a Reply to sensasi2020 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge