Imbas Kembali Best Blogger Network

Imbas Kembali Best Blogger Network…Mrhanafi tarik nafas lega.Rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT kerana diberi kemudahan untuk menjayakan misi membantu komuniti blogger melalui Best Blogger Network (#BBN).Kini jenama ini semakin bergerak ke hadapan dan berpotensi menjadi viral di media sosial.

Best Blogger Network

Mrhanafi amat terkesan dengan tindakan tuan Kamil yang sudi bekerjasama dalam  penubuhan group Whatsapp Best Blogger Network (#BBN).Kerja keras dan usaha beliau yang tegar untuk jemput ramai kenalan blogger amat mrhanafi puji.Memang terbukti tuan Kamil mempunyai network yang kuat dari kalangan blogger sendiri.

Kami bekerjasama dan berkomunikasi secara online.Tidak pernah untuk duduk semeja berjumpa secara bersemuka di alam nyata.Hakikatnya kami memang duduk berjauhan dan berdiri berasingan.Alhamdulillah tuan Kamil amat memahami situasi ini meskipun kami berdua memang sibuk mengurus kehidupan sendiri sebagai blogger separuh masa.Tu belum termasuk  urus hal ‘awek’ keliling pinggang.Gurau je tau!

Kouta untuk masuk Group Whatsapp Best Blogger Network masih ada.Sengnaja juga mrhanafi tidak war-war secara berlebihan kerana keahliannya berdasarkan minat dan kerelaan.Boleh masuk dan boleh tinggalkan group tanpa larangan.

Selang beberapa waktu kemudian ada juga ahli yang turut menubuhkan Group Telegram Best Blogget Network.Mrhanafi tak masuk sebab banyak komitmen.Malah media sosial seperti Wechat pun mrhanafi terpaksa uninstall untuk memberi laluan masa kepada group Whatsapp dan Facebook.

Sehinggalah ada juga ahli yang menyarankan agar buat Best Blogger Network juga dekat Facebook.Sekali lagi tuan Kamil tampil ke depan untuk menyahut cabaran sehingga tertubuhnya Kelab Best Blogger Network.Sehingga kini keahliannya semakin bertambah dan ia memberi petanda medium Facebook lebih dekat pada hati blogger.

Mengimbas kembali beberapa akitiviti ahli Best Blogger Network ada juga yang kurang sambutan.Misalnya projek review blog.Mrhanafi akur bahawa ada dikalangan ahli rasa khuatir untuk membongkar blog orang lain.Khuatir kerana bersalah dan takut rakan-rakan kecik hati jika review tersebut menguris perasaan.

Kebetulan juga mrhanafi telah mengurangkan masa untuk berblogging demi keperluan kerja dan keluarga.Kesannya ada blog yang tak sempat mrhanafi review berikutan halangan tersebut.Dengan komitmen mengurus beberapa beberapa blog sudah tentu mrhanafi amat terbatas juga masanya.

Alhamdullilah ada perkembangan terbaru yang amat mengujakan.Kini ahli Best Blogger Network ada laman blog bersama iaitu  >>> ww.bestbloggernetwork.com

Fungsi blog ini seperti laman ping entri.Setiap kali penerbitan artikel terbaru  para ahli maka akan keluar (thread) di blog ini secara automatik.Sudah pasti ia memudahkan para ahli untuk membuat blogwalking dan berpotensi menjadi sumber rujukan pencari maklumat di Google dan media sosial.

Sekali lagi mrhanafi amat terhutang budi kepada dua insan hebat disebalik kejayaan tersebut.Mereka adalah tuan Fakhrul yang sudi menaja domain dan tuan Alongxp yang menyedia hosting serta kepakaran teknikal.Tepukan gemuruh untuk mereka.

Bagi pihak admin Group Best Blogger Network mendoakan mereka dilimpahi rezeki duit melimpah ruah.Yang paling pentng usaha mereka mendapat rahmat Illahi di akhirat kelak.Sebab kami lakukan ini dengan nawaitu untuk membantu komuniti blogger supaya dapat manfaat bersama.Amin Ya Rabbil Alamin (artikel di tulis pagi Jumaat dan doa mustajab ketika ini)

(sekilas pandang)

Ada juga cadangan dari rakan blogger yang nak tubuhkan Best Blogger Network sebagai pertubuhan rasmi dengan pendaftaran ROS.Tu dah perancangan jauh.Perlukan kertas kerja dan mesyuarat dikalangan para ahli.Mungkin dalam pertemuan makan malam yang romantis hebat.

Terkini : Semalam baru berlangsung mesyuarat secara maya pelantikan ahli jawatankuasa dan posisi tertinggi BBN.Agak janggal tetapi cukup meriah.Laporan lanjut boleh baca kat sini

Biar mrhanafi buat imaginasi dulu.Bayangkan ia sudah menjadi pertubuhan yang berpengaruh.Ada pengerusi dan jawatankuasa yang mantap.Setiap negeri ada cawangan dan aktiviti yang hebat untuk ahlinya.

Jenama terus popular dan penajaan semakin meningkat dari pelbagai agensi dari sektor awam dan swasta.Para ahli yang berminat akan menjana pendapatan melalui advertorial,event,seminar dan bengkel.Malah Best Blogger Network boleh memberi  gaji kepada staff yang berkelayakan untuk tugas-tugas admin.

Dah jelas tergambar dalam fikiran mrhanafi nak lihat tuan Kamil Salleh sebagai CEO yang memeterai MOU pulak.

Ewah..ewah mrhanafi jauh mengelamun.Ingat cinta hati yang baru ke??.

Oh ya..lamunan terhenti di sini.Ada sesiapa lagi nak masuk group Whatsapp Best Blogger Network boleh PM mrhanafi di talian +6011-38228381 atau tuan Kamil di talian panasnya +6013-9995015

(Visited 12 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Imbas Kembali Best Blogger Network

  1. Tahniah atas penubuhan BBN ini.. 🙂

    Sedikit sebanyak ada juga tempak blogger cap ayam macam saya untuk rujuk jika ada berlaku masalah…

    Semoga BBN mampu memacu para blogger terus kehadapan… 🙂

    p/s: Tahniah bro dilantik selaku bendahari kehormat…ala2 matlan jawatan nie…jgn suruh blogger masak kat rumah laa heh… 😀

    • terima kasih bro…dan saya memang memgakui walaupun bro menggelarkan diri sebago blogger cap ayam tetapi hakikat sebenarnya jauh lebih baik dari tu..

      ok ape kalau blogger masak kat rumah…jimat belanja he..he..

  2. Salam MrHanafi dan rakan-rakan semua. Alhamdulillah…. berkat doa, komitmen dan rakan-rakan Best Blogger Network semuanya berjalan dengan lancar dan makin hari makin ada sinar untuk BBN bergerak ke hadapan.

    Tahniah dan jutaan tetima kasih buat semua terutama Tuan Fakhrul, MrHanafi, Alongxp, BestSham dan semua yang terlibat sehingga dapat menubuhkan AJK untuk Kelab Best Blogget Network.

    Saya doakan agar BBN terus berjaya dengan matlamatnya.
    sensasi2020 recently posted…Pemilihan AJK Best Blogger NetworkMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge