Inilah cara scammer buat kerja

Cara scammer buat kerja memang licik. Mereka ada pelbagai teknik bersifat tipu daya untuk menjerat mangsa. Yang sedihnya, mangsa bukan calang-calang orang.

Kebanyakan mereka golongan pesara, profesional dan banyak duit.

Kalau mangsa tak de duit, buang masa jer scammer nak tipu mereka.

Betul tak ?

Tau tak bagaimana cara scammer buat kerja penipuan ini ?

Cara scammer buat kerja

cara scammer buat kerja

Berdasarkan pembacaan, modus operandi geng scammer hampir sama.

Mereka memperdayakan mangsa yang lurus bendul, hati suci dan orang jujur.

Kesian orang baik menjadi ‘makanan’ orang jahat.

Salah siapa ?

Salahkan diri sendiri kerana kurang info dan firasat hati mereka kurang cekap detect perkara yang kurang betul.

WAJIB BACA :   Jom Aplikasi Istighfar Untuk Cipta Keajaiban

Scammer akan menawarkan perkara yang mudah dan senang.

Contoh giveaway.

Masuk sahaja confirm menang.

Apabila mangsa sudah menang, proses menebus hadiah adalah umpan paling bergaya untuk membuat penipuan.

Pada waktu inilah scammer akan menjaja nama LHDN, Kastam dan sebagainya.

Kini kes terbaharu mereka menjaja nama Shopee dan Lazada untuk memerangkap mangsa.

Hadiah giveaway yang sepatutnya kita dapat akan ditahan sebelum scammer meminta duit kita secara halus.

Antara alasan yang diberikan ialah kos penghantaran.

Realitinya hadiah memang tidak ada tetapi kita sebagai mangsa akan menghadiahkan duit untuk mereka.

Ada yang selamba jer hulur RM50 untuk urusan penipuan tersebut.

cara scammer buat kerja

Selepas dapat RM50 dari mangsa, mereka akan meminta jumlah wang yang lebih besar lagi.

WAJIB BACA :   Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Kejayaan scammer banyak bergantung kepada keadaan mangsa.

Jika mangsa belum sedar, mereka akan menipu habis-habisan sehingga wang selicin-selicinnya kena kikis.

Mereka menipu dengan cara halus dan tanpa berputus asa.

Mangsa hanya akan sedar tertipu setelah menyerahkan duit kepada scammer.

Sayangnya sudah terlambat.

Nasi sudah jadi bubur.

Mahu atau tidak, mangsa hanya menangis di bucu katil sambil menyesali apa yang sudah berlaku.

Kalau begitu keadaannya jom baca Koleksi video motivasi diri 2021

Dapat juga tenangkan jiwa dan damaikan minda dengan nasihat motivasi saya tu hehehe

Saran saya, jangan percaya perkara yang sangat mudah dan soo good.

Jika serius nak dapat duit adalah lebih molek sertai affiliate

WAJIB BACA :   Tiada Perasaan Cinta Pada Suami [kemas kini 2022]

Itu bukan scammer tapi betul-betul punya.

  • kemas kini 19/8/22

Comments 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge