Kereta merupakan satu keperluan kepada mereka yang sudah berkeluarga.
Untuk orang bujang mungkin sebagai persediaan apabila sudah berkeluarga.
Tujuannya untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar atau mengangkut barang keperluan dapur dan sebagainya.
Ya, inilah objektif serta tujuan ada kereta.
Bukan saja-saja melainkan memang kita sudah kaya dan pendapatan lebih daripada mencukupi.
Berbalik semula kepada cerita saya..
Diizinkan saya sudah kaya.
Saya pun terfikir untuk membeli kereta idaman.
Mungkin kereta yang menjadi kegilaan ramai.
Sebab ramai yang pakai dan menjalar di jalan raya.
Betul tak ?
Apakah kereta tersebut ?
Sudah tentu Axia 1.0 E Manual.
Kereta yang terbaik dalam kelasnya.
Harga = RM25,367 ( Sabah/ Sarawak)
Sudah tentu mampu beli.
Orang kaya katakan.
Beli secara tunai.
Kalau pihak pengedar tidak mahu, kita cari pengedar yang suka dengan jualan tunai.
Gaya
Memang ada gaya.
Kereta yang kompak.
Laju meluncur di jalan raya.
Lagipun bukan untuk berlumba.
Bolehlah kalau sekadar bawa 70km/h atau 90km/h.
Kecil-kecil cili padi Axia nie.
Bayangkan kalau Axia block kereta Merc, BMW, Mustang, Lamborghini, Porsche, Bentley dan banyak lagi..
Boleh lepas tak ?
Confirm tak lepas dan sebab itu jangan pandang sebelah mata kereta Axia ini.
Ada sesiapa yang sama impian dan minat dengan saya untuk dapat kereta idaman…AXIA 1.0 E MANUAL ?
Kalau ada kita GENG..
Kalau nak geng jom baca wasiat berguna dari team leader Siber Sukses.
kereta axia pun dah cukup selesa dah
betul tu…
kereta kecil untuk dijadikan kereta yang kedua.
sangat praktikal untuk digunakan di kawsan bandar