Isteri berpantang suami menahan geram

Ada sebab isteri berpantang selepas bersalin. Inilah sebab yang amat kuat untuk didedahkan kepada umum. Pihak suami wajib tahu kondisi isteri mereka semasa berpantang. Tidak boleh tidak.

Istilah sains perubatan moden untuk tempoh berpantang ialah puerperium. Tak perlu hafal.Tiada dalam ujian. Cukuplah untuk sekadar untuk tahu.

Semasa dalam proses puerperium, suami dihendaki berpuasa dari melakukan hubungan badan. Pengorbanan kedua belah pihak amat dituntut sejajar dengan konsep pantang bersama suami dalam Islam.

Jangan khuatir.

Jarak masa berpantang paling minimum enam minggu. Ada juga yang mahu bersama suami selepas pantang 44 hari. Namun begitu, lagi lama lagi baik untuk memastikan organ peranakan isteri dapat pulih sepenuhnya.

Tetapi janganlah sampai dua tahun. Kesian juga kepada sang suami yang geram tidak bertempat ‘melepas’ nanti. Jangan pula suami beralasan untuk curang.

Untuk makluman, informasi ini saya perolehi dari buku Pena & Picagari hasil tulisan Tuan Dr Khairul Hafidz. Jangan kata saya menulis syok sendiri pulak. Soal kesihatan dan isu penting begini tidak boleh buat main-main.

Isteri berpantang atas sebab berikut

Isteri berpantang

1.Penyembuhan saluran peranakan

Rahim koyak semasa proses bersalin. Ada luka dan ada jahitan. Dalam masa isteri berpantang, rahim perlu mengecut pada kedudukan asalnya.

WAJIB BACA :   Ada Apa Dengan Softsell..?

Proses penyembuhan mengambil masa dan ketika ini memang tidak wajar suami melakukan aksi yang boleh mencederakan tempat tersebut.

Boleh bayangkan tak ?

Saya yang menulis ini rasa ngeri dan ngilu tau !

2.Risiko jangkitan kuman

Dalam tempoh berpantang, apa-apa sentuhan ke alat sulit isteri ada risiko. Jangkitan kuman boleh migrasi ke kawasan tersebut melalui alat kelamin suami, jari, lidah atau sebagainya.

Untuk keselamatan elakkan juga teknik ringan-ringan semasa pantang.

Lebih baik cegah sebelum terjadi. Kalau terjadi apa-apa ,proses penyembuhan lebih lama dari yang sepatutnya. Ingat inilah kesan bersetubuh dalam pantang.

Siapa yang susah ?

Tentulah mereka dan keluarga mereka.

Saya tak tahu sebab saya solo sekarang ini. Hehehehe

WAJIB BACA :   Kisah kejayaan Alieff Irfan beli McLaren 720S

3.Libido isteri menurun

Rasa sakit bersalin telah menghilangkan libido isteri. Pada masa ini suami perlu faham bahawa hormon kelamin isteri hampir tiada.

Libido isteri perlu dipulihkan dalam masa berpantang sehingga enam bulan. Ada juga sehingga setahun untuk betul-betul ada keinginan tersebut.

Suami bijak mampu mengelakkan hubungan badan ketika mana isteri tiada libido. Inilah peranan suami ketika isteri berpantang.

4.Pemulihan rasa trauma

Isteri berpantang

Isteri baharu sahaja bersalin. Sakitnya semasa bertarung nyawa ketika isteri melahirkan zuriat suami hanya mereka yang tahu.

Ada yang masih trauma melalui detik tersebut. Kalaulah kesakitan bersalin boleh share together dengan suami ada ke yang sanggup terima ?

Jika tidak sanggup maka wajar suami berpuasa agar kesihatan mental dan emosi boleh pulih perlahan-lahan dari trauma bersalin.

5.Isteri cepat penat

Proses penjagaan bayi baru lahir cukup genting. Dengan keadaan ibu yang perlu menumpukan perhatian penuh kepada bayi bagaimana mana pula untuk melayan suami.

WAJIB BACA :   Kebiasaan baharu menjelang akhir Ramadan

Malam dan siang menjaga bayi baru lahir memang menyebabkan isteri cepat penat. Isteri memang tidak cukup tidur ketika bayi menyusu badan. Apatah lagi bayi menyusu tidak kira masa.

Dah penat tentu tiada mood untuk melayan suami ketika pantang.

Sebab itu toleransi amat dituntut lebih-lebih lagi menjalani pantang bersama suami selepas bersalin Caesar.

Jangan pula terbalikkan keadaan. Pantang tengok terus on.

Penutup

Isteri berpantang merupakan tempoh kritikal kepada kesihatan isteri. Ada tanggungjawab suami ketika isteri berpantang yakni memberi sokongan emosi.

Hanya suami isteri yang saling memahami akan membentuk keluarga bahagia. Hargai isteri kerana mereka ada pengorbanan besar melahirkan zuriat biarpun selepas ini kasih sayang isteri sudah beralih arah untuk anak pula.

Dah nama lumrah kehidupan yang mesti dilalui kita semua kecuali kepada mereka yang masih solo.

Itu sahaja perkongsian kali ini dan semoga ianya bermanfaat kepada semua.

Jangan lupa teruskan bacaan ke artikel : Ayat pikat wanita yang wajib lelaki cuba

  • kemas kini 17/8/22

Comments 22

Leave a Reply to Sehatku ID Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge