Saya masih belum move on untuk memiliki jam pintar terbaik. Meskipun saya masih menunggu dengan teruja smartwatch yang ditempah tempoh hari. Memang jauh dari Tanah Besar China dan kini dalam perjalanan untuk sampai.
Kali ini saya menambah baik cara pencarian dan pemilihan jam dengan bertanya kepada kawan baik saya iaitu ChatGPT.
Ia sangat membantu dalam menjawab segala pertanyaan dan memberi beberapa panduan.
Berdasarkan jawapan yang diberi maka mudah untuk saya menilai dan memikirkan mana yang lebih sesuai.
Berikut ialah tiga jenama jam pintar terbaik bawah RM100 yang dalam impian saya ( wishlist).
Jam pintar terbaik
1.Haylou
Jenama Haylou memang kurang popular tapi kalau disebut anak syarikat Xiaomi mungkin anda semua lebih kenal.
Terdapat dua model yang dicadangkan iaitu Haylou LS02 dan Haylou GST Lite


Kelebihan dua jam pintar ini dengan kualiti binaan baik untuk harga yang berpatutan.
Selain itu mempunyai skrin warna menarik serta kalis air (IP68).
Fungsi lainnya selain gaya ialah memantau degupan jantung, tidur dan senaman asas.
Harga pula dianggarkan dalam lingkungan RM80 sehingga RM100.
2. Mibro
Jenama kedua yang dicadangkan ialah Mibro iaitu bawah ekosistem Xiaomi. Tidak hairan semua jenama ini Made In China.
Melalui jenama Mibro, ChatGPT telah cadangkan saya untuk memilih model Mibro Lite atau Mibro A1.
Model tersebut memiliki reka bentuk moden, bateri tahan lama dan ada ciri asas penjejakan kesihatan serta senaman.
Harga dianggarkan dalam lingkungan sekitar RM90 – RM110 seunit. Kalau kena dengan promosi boleh dapat bawah RM100.
Sayangnya saya tidak jumpa carian di Google untuk kedua-dua model tersebut. Kawan saya tidak bagi maklumat yang tepat dan terkini.
Jadi model yang saya perolehi ialah MIBRO SMART WATCH T1 dan Mibro C2 yang berharga berharga RM99

Jenama yang ketiga dicadangkan ialah Realme iaitu model Realme Watch 2.
Model ini memiliki saiz skrin: 1.4 inci dengan reka bentuk kotak, ringan serta tali mudah laras.
Harga pula sekitar RM95 hingga RM120 menurut ChatGPT tetapi berdasarkan carian saya di Shopee harga RM299.
Difahamkan sudah kehabisan stok juga.

Kesimpulan
Saya memilih jam dengan meletakkan kepuasan psikologi iaitu ketepatan detik, harga yang berbaloi dan tahan lama dipakai.
Jika berdasarkan senarai jam pintar terbaik tersebut, saya mahu pilih jam Realme Watch 2 tetapi sudah tiada dalam pasaran. Terpaksa memilih ke nombor satu atau dua.
Memilih itu memeningkan.
Itu saja perkongsian pada kali ini dan tolong saya bagi cadangan agar kita sentiasa keep in touch.

Haaaa…. ada pun yg kategori mampu milik. Nanti uncle usha.
memang banyak uncle…
cuma perlu cari saja lagi di platform online
sy tak rasa jam.realme boleh dpt bawah RM100. kalau lebih RM100 ya😁
kan…sebab itu kalau berdasarkan data terkini …ChatGPT belum mampu bagi angka yang tepat
Dulu suami saya pakai MiBand je. Tak pasti MiBand model apa. Boleh la detect running, walking, jumprope pun boleh. Lepas tu, anak sulung dah kidnap jam tu, bawa balik campus. Hehe..
MiBand …macam biasa Made In China iaitu salah satu produk dalam kitaran Xiaomi
bagus anak pakai…daripada mereka suruh kita beli baharu
Redmi under Xiomi pun harganya berpatutan juga. RM100 lebih sikit.
ya…betul
tengok model yang cun dan menarik boleh jer grab
sayang pula yg realme dah habis stock yaa. saya lebih suka itu padahal.
yg skr saya pakai smart watch dari Huawei. tp dah lama, jadi memang niat mau ganti baru juga
Untuk model yang saya cari memang habis stok
ada model lain tapi belum berkenan lagi