Jangan kejar wanita jika nak pikat mereka…ini sebabnya !

Ingat la ya jangan kejar wanita jika nak pikat mereka.Percayalah cara ini kurang gentlemen. Saya percaya ramai wanita di luar sana kurang suka dengan cara begini.

Prinsip ini saya dengar dari pakar cinta melalui Youtube. Jujurnya saya tidak mahu untuk mencuba kerana saya sudah berpunya dengan isteri idaman.

Jangan kejar wanita

Jangan kejar wanita

Kalau sudah berpunya buat apa nak mengatal lagi.

Betulkan ?

Baiklah saya jelaskan kewajaran mengapa lelaki tidak perlu kejar wanita untuk pikat mereka. Kalau kejar wanita, sudah pasti mereka lari.

Sekarang tukar mindset.

Wanita pula kejar lelaki. Inilah rahsia para lelaki idaman yang cukup bijak menawan hati wanita. Hanya berbekalkan kata-kata manis dan janji-janji mengoda ramai wanita yang cair. Sekarang wanita pula kejar mereka.

WAJIB BACA :   Cerita Orang Makan Di Bulan Puasa Yang Mengejutkan

Adakah lelaki yang dikejar wanita ini terlalu hensem atau sangat berada.

Sudah pasti tidak.

Mereka cuma bermodalkan keyakinan yang mantap. Selain itu pembawaan karakter tersendiri. Dari cara begini akan terserlah keunikan seorang lelaki yang hebat.

Lelaki jenis ini sangat bersahaja dengan wanita. Mereka seolah-olah tidak nampak wanita sama ada mereka itu cantik atau sebaliknya.

Tindakan lelaki begini akan mencabar ego wanita. Faham-faham sahaja wanita perlu perhatian. Kena pula dengan lelaki yang selamba dan tiada perasaan.Memang la wanita tercabar untuk mendekati si lelaki begini.

Dengan pendekatan begini, wanita akan ambil peranan untuk menarik perhatian lelaki pula. Sebab itu lelaki tidak wajar mengejar wanita.  Sekarang bagi peluang untuk wanita mengejar lelaki pula.

WAJIB BACA :   Rahsia 3S yang bikin rezeki melimpah-ruah

Jangan kejar wanita

Bagaimana?

Adakah terlalu pelik ?

Sudah semestinya tidak kerana lelaki yang hebat akan mengawal perasaan dan emosi agar tidak terpengaruh dengan keadaan.

Bagaimanapun teori ini tidaklah tepat untuk semua lelaki atau wanita. Ikut kesesuaian dan keadaan. Saya bagi satu contoh senario. Ya senario skema yang mudah kita fahami.

Terdapat sekumpulan lelaki hensem di hentian LRT. Mereka berlima. Duduk sembang kosong. Tiba-tiba melintas gadis ayu yang cantik menawan. Hampir semua lelaki yang ada di dunia ini inginkan wanita begitu.

Empat orang lelaki hensem tadi tertoleh dan mula menunjukkan aksi untuk mengurat.Namun seorang daripada mereka tidak berbuat demikian.Aksi dia bersahaja dan selamba.Pendek kata seperti lelaki tiada rasa dan jiwa.

WAJIB BACA :   Menanti Hari Sebelum Balik Mukah

Pada pandangan anda sebagai wanita cantik tadi, lelaki hensem mana yang anda minat untuk dekati.

Jawapan saya tentulah lelaki hensem yang selamba badak atau selamba dek tersebut.

Rasionalnya kerana lelaki ini betul-betul menampilkan sifat lelaki hebat. Dia hanya biarkan wanita mengejar dia dan bukan dia mengejar wanita.

Kesimpulan

Sekarang sudah faham tak, mengapa jangan kejar wanita jika nak memikat mereka dengan secara terhormat. Hanya lelaki hebat mampu mengawal diri daripada terpesona dengan kecantikan wanita yang bukan miliknya.

Adakah pembaca setuju dengan jangan kejar wanita jika nak pikat mereka. Jawapan kita boleh bimcang  di bahagian komen.

Jangan lupa untuk lanjutkan bacaan anda untuk artikel Rahsia untuk pikat hati wanita.

  • Kemas kini 18/5/22

Comments 28

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge