Stori Kejayaan Pemilik Jenama aL-ikhsaN

Jenama aL-ikhsaN tidak perlu diperkenalkan lagi.Ramai dah orang tahu.Cukup popular bagi peminat barangan sukan.Jenama ini semakin gah dan terus mencipta kejayaan di negara ini.Lebih membanggakan aL-ikhsan milik 100 peratus orang bumiputera.

Pemiliknya ialah  tuan Ali Hassan Mohd Hassan.Beliau memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM50.Bayangkan dengan jumlah permulaan modal yang sebegitu kecil tetapi sekarang ini telah memartabatkan jenama aL-ikhsaN sebaris dengan jenama hebat yang lain.

Ini storinya yang admin petik dan ubahsuai dari portal online theRakyat.com

Pada ketika itu beliau masih belajar UTM Skudai.Beliau menjual barangan sukan kepada kawan-kawan dan pensyarahnya.Dari situ beliau belajar membina kemahiran berniaga.

Admin sangat suka cara beliau berkongsi stori kejayaan sehingga kita kenal beliau sebagai tauke barangan sukan yang sangat berjaya.Sudah tentu beliau tergolong sebagai orang kaya.

Semasa belajar di universiti beliau terpaksa bekerja sampingan untuk menampung kos pengajiannya.Wang biasiswa yang diperolehi  diserahkan kepada kedua ibubapanya yang ketika itu hidup susah.

Habis pengajian di universiti tuan Ali Hassan tidak menyambung belajar biarpun mendapat tawaran ke luar negara.Beliau meneruskan minatnya untuk berniaga.

Pada tahun 1993 tuan Ali Hassan membuka kedai kecil di Angsana Plaza di Johor Bahru.Semenjak itu beliau terus mengorak langkah dalam bisnes sehingga kita kenal jenama aL-ikhsaN.

Ada tiga formula kejayaan beliau yang suka dikongsinya untuk kita semua.Formula ini sudah diamalkan beliau dari dulu sehingga ke hari ini.

1.Tidak meninggalkan solat 5 waktu

Solat 5 waktu  adalah tiang agama.Semua orang tahu.Namun tidak semua berpegang teguh kepada syariat ini.Namun testimoni tuan Ali Hassan sudah membuktikan bahawa dengan solat akan memberi kejayaan,kemenangan dan kekayaan buat beliau.

” keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita perlu percaya dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya, kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat” – Ali Hassan pemilik aL-ikhsaN

2.Jaga ibubapa sebaik mungkin

Admin sangat faham dan percaya.Orang yang sentiasa menjaga kebajikan orang tuanya akan mendapat keberkatan dalam hidup.Orang yang buat bisnes maka bisnes akan maju jaya.Orang yang bekerja maka pekerjaannya mudah dan mendapat kenaikan pangkat.Hidup senang dan bahagia bersama keluarga.

3.Bersedekah kepada orang susah

Jangan berkira dalam membantu orang yang dalam kesusahan.Sedar atau tidak mereka yang adalah ‘tiket’ untuk kita bersedekah dan berjariah.Jadi pesan tuan Ali ..  “berikan sedekah dan bantu mereka yang susah”.Semudah itu untuk menjadikan kita kaya dengan izin Allah.Percayalah amal baik yang kita lakukan akan diberi ganjaran berlipat ganda dari Allah SWT.Antaranya sudah pasti kekayaan yang sangat kita impikan dalam dunia yang fana ini.

Penutup

Admin suka stori ini kerana formula yang dibentangan oleh tuan Ali Hassan tidak sukar untuk diamalkan sesiapa sahaja.

Semua orang boleh melakukan dengan syarat bersabar,ikhlas dan lakukan kerana Allah SWT.Sudah pasti dengan ramainya insan yang berhati mulia seperti pemilik aL-ikhsaN bertambah  juga jumlah orang kaya di Malaysia.

Jangan lupa setiap pertambahan rakyat sebetulnya bermula dengan pakej fotografi perkahwinan 

16 thoughts on “Stori Kejayaan Pemilik Jenama aL-ikhsaN

Leave a Comment

CommentLuv badge