Jika nak berjimat biarlah bertempat

Saya suka berbelanja.Sukar pula untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat.

Ini tidak bermakna saya suka membazir.Cuma bila berbelanja saya fikirkan nilai wang yang dibelanja.Malah dengan berbelanja saya dapat aktifkan minda sedar seperti orang kaya.

Orang kata, kalau nak kaya mesti ada perasaan dan fikiran seperti orang kaya.Tidak perlu berfikir ada atau tidak ada duit.Cukup atau lebih.Yang pasti rasakan duit itu sentiasa banyak dan tidak akan habis.

Persoalannya bagaimana untuk mendapat perasaan begini jika tidak mengalami sendiri.Cukupkah sekadar berangan dan tersenyum sendiri.

Terpulang.Masing-masing ada pendapat dan pendirian yang berbeza.

Baru-baru ini saya masuk ke kedai yang ekslusif.Order kopi yang istimewa.Sebagaimana kebiasaannya saya tidak melihat harga terlebih dahulu.

WAJIB BACA :   Pengalaman di Klinik Kesihatan Jalan Masjid

Apa lagi saya order ikut sedap mulut dan rasa seperti orang kaya.Ketika di kaunter pembayaran baru sedar harga secawan kopi tersebut dalam RM17.00.

Saya agak terkejut kerana tidak sangka kopi yang diadun cokelat dan disumbat aiskrim boleh berharga mewah.Cuma jauh dalam sudut hati mengapa tidak terfikir banyak kali sebelum nak melangkah kaki ke situ tadi.

Inilah dinamakan perasaan kaya menguasai diri.Adakah saya seorang yang pemboros atau sukar untuk berjimat.

Saya pun keliru nie.hehehehe

Jika berkualiti memang kena dengan harganya.

Jika berjenama memang kena dengan prestijnya.

Persoalannya kini, mampukah kita sentiasa berperasaan seperti orang kaya sekiranya fikiran berjimat tidak bertempat terus membelenggu fikiran setiap hari.

WAJIB BACA :   Akhirnya G Shock hitam berjaya dimiliki

Jimat-jimat juga tetapi jangan pula langsung tidak berbelanja sekiranya mampu berbuat demikian.

Bisnes akan merosot jika semua tidak mahu berbelanja pada tempat yang betul.

Ekonomi dalam negara akan suram jika semua mengamalkan tabiat menyimpan semaksima mungkin dan berbelanja seminimum mungkin.

Tak perlu nak fikir banyak.

Jom berjimat dan berhemah pada tempat dan masa yang betul.

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge