Baru-baru ini saya ada mengikuti satu Group Coaching online bersama Tuan Zuhairi Nopiah. Tajuk yang dibincangkan amat menarik. Tak lain dan tak bukan tentulah berkaitan jodoh serasi.
Apakah itu jodoh serasi ?
Oh ya sebelum tu perlu faham bahawa jodoh serasi adalah salah satu bentuk rezeki yang amat didambakan oleh semua pasangan yang akan dan sudah berkahwin.
Kita teruskan..
Jodoh serasi ibaratkan padanan dua insan yang bergelar suami isteri. Mereka saling melengkapi dan saling memerlukan. Jika itu yang berlaku jodoh serasilah namanya.
Bagaimanakah untuk menemukan jodoh serasi?
Inilah persoalan yang telah dijawab dengan baik oleh Tuan Zuhairi dalam sesi group coaching tempohari.
Untungkan para pembeli terawal ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti. Kami dipakejkan dengan Group Coaching.
Ok. Berbalik kepada tajuk semula.
Jodoh serasi bukan dicari atau dikejar. Sebaliknya datang dengan dijemput oleh empunya badan.
Untuk menjemput jodoh serasi tersebut perlu tiga elemen berikut:
1.Perbaiki diri sendiri untuk jadi yang terbaik
Lelaki baik akan bertemu dengan perempuan yang baik. Begitulah sebaliknya.
Proses perbaiki diri sendiri memerlukan masa. Ada ketikanya sangat lama. Ada kemungkinan juga sangat cepat. Itu terpulang kepada diri sendiri.
Pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri. Mahu berubah atau kekal dengan keadaan sedia ada. Bak kata bos saya, usaha perlu ada. Usaha untuk berubah dan mengubah.
Apabila diri sudah berada pada kedudukan terbaik sama ada pada kewangan, agama dan sebagainya, tidak sukar untuk didatangi jodoh serasi.
Tepuk dada tanya iman. Tepuk kompang berserilah majlis itu nanti kan..
2.Memilih seseorang kerana Allah
Kami ditanya Tuan Zuhairi bagaimana cara paling sesuai memilih jodoh.
Memilih orang yang menyukai kita atau pilih orang yang kita sukai.
Jawapan saya ketika itu pilih keduanya iaitu saling menyukai. Eh !.Tamaknya saya.
Ada juga jawapan orang lain, pilih orang kita suka. Bahkan ada juga berpendapat pilih orang suka kita.
Semua jawapan yang kami nyatakan betul tetapi bukan tepat.
Jawapan yang tepat menurut Tuan Zuhari adalah pilih seseorang kerana Allah SWT.
Jika pilih kerana kacak, nanti dah tua akan berubah perasaan tersebut.
Jika pilih kerana cantik, nanti dah tua akan beralih pulak perasaan tersebut.
Begitu juga memilih kerana harta, pangkat dan darjat.
Bila semuanya sudah hilang, berlakulah dialog seperti berikut:
“ Abang senang kena sayang..Abang susah kena tendang… ”
Jadi cara yang sebaiknya pilih seseorang kerana Allah.
Syarat ini akan meletakkan seseorang yang kita pilih atau mereka pilih kita akan kekal sehingga akhir hayat.
Dalam ertikata yang lain, letakkan pilihan utama pada agama, takwa dan iman.
Cakap senanglah kan.
3.Mengamalkan asmaul husna “Ya Jaami”
Maksud Ya Jaami ialah Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul – Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
Jika dalam soal jodoh, akan menhimpun dua insan yang baik-baik dan serasi untuk dijodohkan secara bersama.
Ini kerja Allah. Hanya Allah yang Maha Menentukan.
Manusia sekadar berusaha. Tiada daya manusia untuk mengatasi ketentuan Allah.
Lantas kalau begitu pasrah sahajalah ?
Tidak juga. Usaha manusia. Ikhtiar manusia dan doa manusia. Selebihnya tawakal dan reda.
Antara usaha yang boleh dilakukan seperti berikut:
Baituljannah= Portal cari jodoh
Doa = Minta jodoh dengan Allah
Istighfar = Hapuskan dosa cepatkan jodoh
Selawat =Hajat jodoh diperkenan
Ya Jaami = Lancarkan urusan jodoh
Perkara tersebut boleh rujuk kepada mereka yang lebih arif tentang agama.
Saya bukan ustaz, saya baru nak start ( pinjam kata sifoo saya)
Sebagai kesimpulan jodoh serasi adalah anugerah terindah Allah kepada pasangan suami isteri.
Siapa yang dapat untung dunia dan untung akhirat. Siapa yang belum dapat, teruskan berharap kepada Allah.
Sebab Allah sangat suka mendengar hambaNya merintih dan merayu baik semasa solat lima waktu atau tengah malam yang sunyi sepi.
Jom sama-sama berharap dapat jodoh serasi dalam hidup ini.
Aamiin.
p/s: Jika rasa artikel ini menarik dan bermanfaat, tolong saya dengan satu button share.
p/s/s: Boleh juga menonton video di bawah untuk lebih memahami jodoh serasi
berusaha, InshaaAllah..akan dimakbul Allah swt..
in shaa Allah..
itu yang kita tengah usahakan tuan
Insyaallah akan cuba dihadam dan diamalkan. Manalah tahu bertemu seorang lagi jodoh super serasi!
Shubhi recently posted…Adakah anda bahagia dan apa yang anda faham tentang makna bahagia?
ya..terbaik kalau begitu tuan.
aamiin
Ya, kerana Allah itu penting. Tapi kadangkala lupa itu asasnya
sebab lupa tulah perlu diingatkan selalukan
Semoga masih ada jodoh untuk saya 🤭😂
aamiin..
jodoh pasti bertemu bro..
in shaa Allah
Aamiin
alhamdulillah
dah boleh dah tu bang amalkan…tak lama lagi makan kepak la…kepak kepak kebum kebum bunyi kompang
Snapbackpacker recently posted…Alatan Portable Smart Travel yang Berguna Ketika Travel
hahhaha..
lawak juga awak ni bro
musim Covid-19 mana boleh majlis macam tu dh
nice tips.Jodoh yang baik2 akan datang kalau kita sentiasa perbaiki diri dan jaga hubungan dengan Allah.
ya…
itu yang sebetulnya.
moga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan
Nice sharing… Point-point yang di kongsikan sangat bagus… teman pun ada buat entry seperti ini. Teman kongsikan linknya di sini ya…
Tips untuk mengenal pasangan
wow..besst juga tu.
boleh saja bro…
untuk kebaikan pembaca
insya’Allah…mudah2an tuan juga ketemu jodoh yang serasi…ameen
aamiin..
terima kasih atas doa yang berkah dan hebat.
doa seorang wanita mudah diangkat ke langit hehhee
tq mr h atas perkongsian
sama-sama.
moga iannya bermanfaat untuk pembaca yang memerlukan di luar sana
Doakan sy jumpa jodoh yg serasi
aamiin..in shaa Allah ada nanti.
jangan risau okay
Setuju dengan point yang diberikan . Berjodoh dengan siapa kena terima . Baik buruk kekurangan sama2 kena perbaiki .
kalau sudah ada pemikiran begitu senang la…
saling melengkapi dan memahami