Keputusan sudah diumumkan. Senarai untuk jurulatih eUsahawan Sarawak edisi Kenyalang 2017 sudah diketahui.
Mrhanafi ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang terpilih sebagai jurulatih eUsahawan bertauliah dari MDeC.
Mereka yang tidak terpilih diharap menerima keputusan dengan hati terbuka.
Reda.
Paling penting sekali jangan berputus asa untuk mencuba peluang lain. Pasti ada peluang yang lain pula.
Satu pintu sudah tertutup maka ada sembilan pintu lagi ada terbuka untuk anda cuba
Jurulatih eUsahawan Sarawak
Mrhanafi difahamkan Jurulatih eUsahawan kali ini diberi penghargaan istimewa.
Sijil pentauliahan mereka akan disampaikan dalam majlis yang gemilang penuh bermakna.
Biarkan mrhanafi mengelamun sebentar.
Nama trainer dipanggil untuk naik ke atas pentas. Percikan flash kamera jurugambar tak henti-henti.
Mata tetamu yang hadir tidak berkelip untuk menatap wajah Trainer eUsahawan Sarawak.
Terdengar bunyi tepukan begitu bergemuruh sekali.
Beberapa orang Trainer yang baru ditauliah terus ditemuramah para wartawan media tempatan.
Cerita kejayaan mereka masuk akhbar.
Jelas terpamer senyum gembira biarpun menggalas amanah berat.
Mereka ada misi untuk membantu usahawan Sarawak melalui platform digital.
Dah.
Khayalan berhenti di sini.
Kita sambung kembali ke dunia sebenar.
Sebelum ini mrhanafi ada menulis dua artikel berkaitan eUsahawan.
Jika ada masa boleh baca melalui paotan di bawah.
1.Dua Lagi Langkah Untuk Jadi Jurulatih Bertauliah.
2.Tamat 7 Hari Kursus eUsahawan Trainer 2017
Kesimpulan.
Nampaknya rezeki mrhanafi tidak berpihak sebagai jurulatih eUsahawan. Mrhanafi tidak lulus ujian TOT yang berlangsung tempohari.
Maknanya mrhanafi tidak layak untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang ini. Mrhanafi tetap bersyukur dan reda dengan apa jua keputusan.
Mungkin rezeki saya dalam platform lain.
Rezeki kita tak tahu kan kecuali anda ceburi bidang netcommerce
Mrhanafi faham bahawa perancangan Allah itu lebih baik.
Jumpa lagi dan doakan mrhanafi sebagai trainer dalam lapangan yang lain pula.
“JUST MOVE ON”
- Kemas kini 1/7/2022
insyaAllah rezeki setiap orang tu dah ditentukan oleh Allah. Yang penting kite berusaha 🙂
thehaikal recently posted…Cara Beli Barang di Shopee Malaysia
in shaa Allah ..
usaha itu tidak pernah berhenti
Bagusnya kalau dapat join, busy bah..
Adnan recently posted…Renew Insuran Secara Online
tak pe..
perkara biasa.
busy maksudnya ada kerja
Tak apa ada rezeki lain menanti
mudah-mudah begitu..
aamiin
Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik…aamiin
aamiin dan terima kasih
takpe, boleh cuba lagi…jangan putus asa!!
siti hazreen recently posted…Tips Pemilihan Takaful
in shaa Allah saya boleh cuba platform yang lain pula..
sebab benda ini sekali sahaja..
tak de siaran ulangan.
terima kasih gan…
moga ada berhasilnya nanti.
wahh..lepas ni hang pun leh jadi jurulatih la plak.
titan recently posted…Buat Duit dengan ShushiVid
belum lagi bro..
saya jadi pemerhati jelah
ya..saya usahawan untuk tidak berputus asa..
hati mesti kuat.
brg kali yg lbh baik sdg menunggu…
ya..mudah-mudahan begitu hendaknya
Apa kata jadi jurulatih untuk syarikat konsultan sendiri 🙂
sabree hussin recently posted…Rungutan pengunjung restoran yang pengusaha Bisnes Restoran perlu tahu
saya belum sanggup tuan dalam masa yang terdekat
belum ada reputasi dan perlukan dana juga tu..
in shaa Allah dalam masa yang akan datang.