Syukur sangat-sangat, saya sudah temui kembali jaket saya yang sudah hilang tempoh hari.
Kehilangan sementara mungkin salah letak walaupun saya tidak yakin saya buat demikian.
Hilang pada 26 Julai 2021 dan ditemui semula pada 30 Julai 2021.
Betullahkan, kalau sudah rezeki tak akan ke mana-mana atau rezeki tidak pernah salah alamat.
Cerita kehilangan jaket tersebut telah saya tulis dalam artikel berikut:
Saya tidak mahu ulas panjang lagi. Yang penting baju sudah kembali ke tuannya.
Kita bawa ke cerita yang lain pula.
Ini tip menarik untuk usha awek yang cun. Boleh dicuba atau dipraktik kepada mereka yang masih single.
Sebelum itu, saya buat penafian.
Saya tak buat lagi kerana sekarang saya lebih fokus untuk kemajuan Siber Sukses.
Beginilah dialognya :
Anda: Nak ke mana tu ?
Awek: Tak de ke mana pun.
Anda: Kalau macam tu, awaklah jodoh saya.
Awek: Kenapa pulak?
Anda: Kan selalu orang kata..kalau dah jodoh tak akan ke mana.
Awek: Tiber..
Anda: ….( wajib senyum sahaja )
Akhir kata selamat datang bulan Ogos, bulan kemerdekaan untuk negara Malaysia.
Cuma sekarang kita belum merdeka kerana dihantui pandemic Covid-19 yang semakin hari menjadi-jadi.
Sebagai persediaan dan langkah-langkah berjaga-jaga saya telah mengambil halia hitam sebagai suplimen wajib.
Kesihatan tiada kompromi dan wang boleh dicari.
Sekirannya berminat untuk dapatkan info lanjut tentang halia hitam saya sudah sediakan link Whatsapp untuk pertanyaan secara percuma.
Alhamdulillah sudah jumpa jaket.
Saya suka juga lelaki buat lawak bijak sedikit.
alhamdulillah..
rasanya kalau nak bijak banyak perlu serius
Kita berusaha, namun DIA juga yang menentukan. Saya sekeluarga pun sejak pendamik ini mengambil vitamin C untuk kesihatan.
Ntahlah bila pendemik ini akan berakhir. ‘Letih’ dah berkurung.
sweetie recently posted…Sampai Bila…
saya doakan moga kita semua sihat dan selamat…aamiin
kalau dah rezeki.. akan kembali semula
Mus recently posted…8 Jenis Kopi Tenom Yit Foh Di Negeri Sabah Yang Popular
alhamdulillah bro…
masih rezeki saya lagi rupanya
Alhamdulillah dapat kembali jaket kesayangan . Sempat lagi tu buat pickup line ye. Boleh lah jejaka lain mencuba nasib. Untung untung dapat jodoh.
ya…
mudah-mudahan ada manfaat untuk mereka nanti
aamiin
rezeki x salah alamat oo… sesat sekejap jak.. hehehe
aok kak…nasib dapat jumpa balit