Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati

Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati-Dalam hari yang ketiga untuk Segmen Sukses Yang Ketiga, mrhanafi cuba nak menghuraikan konsep maaf dalam cabang ilmu Hukum Tarikan.

Konsep  mudah untuk diucapkan  tetapi agak berat untuk dilaksanakan.Mahu atau tidak mahu mesti mrhanafi praktikkan juga agar kehidupan yang mendatang lebih ringan.Tidak sarat dengan bebanan emosi yang belum dimaafkan.

Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati

Hati yang tenang semestinya tidak ada terpalit dengan luka kemarahan,dendam dan perasaan kecik hati.Mungkin ada orang buat silap.Mungkin ada orang buat salah.Tak kira kecil atau besar.Maka memberi kemaafan hendaklah ditunaikan.

Bukan setakat memberi maaf.Adalah lebih baik juga kita melupakan terus.Lupakan segala apa yang mereka pernah dibuat.Usah disimpan lagi.Nak simpan pun tiada gunakannya.Bersihkan memori agar dapat diisi dengan perkara baru yang lebih indah,menarik dan membahagiakan.

WAJIB BACA :   Teori Lelaki Berumur 40 Tahun

Oh ya.Biar juga mrhanafi nak selitkan beberapa perkara yang menarik berlaku pada hari kedua.Rutin harian mrhanafi berjalan dengan lancar.Tiada kelam kabut.Semuanya dalam suasana yang terurus dan terkawal.

Tidak dinafikan mrhanafi sudah menerapkan konsep bersangka baik pada hari pertama dan disusuli dengan konsep bersyukur pada hari kedua.Gabungan konsep yang mantap dan hebat ini ternyata memberi tarikan positif dalam kehidupan mrhanafi.

Dari pagi sehingga ke malam mrhanafi dapat rasakan keindahan hidup ini,Mrhanafi menikmati kehidupan dengan suasana yang tenang dan bersemangat untuk menanti hari yang ketiga.

Mungkin kesan Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati 

Ini tidak bermakna mrhanafi melakukan secara sempurna.Memang ada bisikan hati yang negatif datang bertandang.Namun mampu ditepis dengan mudah melalui konsep bersangka baik.Apabila dah berjaya, mrhanafi terus aktifkan perasaan bersyukur agar perkara tersebut tidak berulang atau berpanjangan.

WAJIB BACA :   Melayan panggilan seorang scammer di pagi hari

Mrhanafi bertambah yakin bahawa hidup ini mudah sebenarnya.Allah tak nak susahkan hambaNya.Lagipun setiap ujian yang Allah bagi pada hambaNya memang sesuai dengan tahap kemampuan kudrat dan daya seseorang.

Cuba kita perhatikan ayat 15 dalam surah al-Mulk “ Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang MUDAH dijelajahi, maka jelajahi di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya.Dan hanya kepadaNya kamu (kembali selepas) dibangkitkan.”

{sekilas pandang}

In shaa Allah pada hari ini dan hari seterusnya mrhanafi akan maafkan apa jua kesilapan yang pernah orang buat terhadap mrhanafi.Dalam masa yang sama mrhanafi nak minta maaf juga kepada mereka jika selama ini mrhanafi selalu buat silap,salah dan dosa sesama manusia.

WAJIB BACA :   Perasaan Jadi Orang Kaya Sangat Membahagiakan

Andainya mrhanafi boleh memberi maaf kepada orang lain maka alangkah indahnya orang lain pun boleh memberi kemaafkan kepada mrhanafi.

Barulah hati tenang dan dalam masa yang sama solatpun boleh khusyuk. In shaa Allah.

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca artikel Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati 

 

Comments 20

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge