Kata motivasi untuk diri sendiri

Lama betul saya tak membebel kata motivasi untuk diri sendiri .Itupun sejak kehilangan blog saya yang satu lagi.Saya tidak renew domain walaupun saya sayang blog tersebut.

Saya sayang kerana niche motivasi.Saya suka kata motivasi sebagaimana orang mengantuk disorongkan bantal.

Terlalu mengantuk, habis kertas kerja saya kotor akibat air tertumpah.

belum berjaya

Apa akan jadi.

Kita tidur dan kita lena diulit mimpi.

Tersedar dari mimpi.Rupanya mimpi buruk.

Oh.Inilah kehidupan.

Sedih dan terkilan.

Nak nangis!!

Tapi saya hanya boleh nangis pada bahu seseorang.

“i need your shoulder”

Tapi bahu wanita sahaja.Wanita pun bukan sebarangan.

Wanita itu sah sebagai isteri.

Fikir balik.

WAJIB BACA :   Bila blogger menulis curahan hati

“Laki-laki mana boleh nangis”

hahahaha.

Ini cerita lama.

Saya belum berjaya untuk mempertahankan apa yang saya ada.

Kini.

Saya cuma ada satu blog sahaja.Dengan blog yang satu ini saya nak merangka hala tuju yang baru.

Penulisan sama tetapi isi berbeza.

Berbeza segmentasi.

Berbeza lakaran cerita.

Belum berjaya bukan berakhirnya impian.Mungkin kejayaan tertunda yang akan diberi pada suatu masa nanti.Harap bersabar dan mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat.

Tak banyak.

Sikit sikit pun jadi.Kecil-kecilan pun jadi.

Itu baru dinamakan kejayaan.

Secara realiti kita ada kejayaan kecil.Hari-hari kita melalui kejayaan kecil.

Sayangnya kita melupakan kejayaan kecil kerana teruja memikirkan kejayaan besar yang belum tercapai.

WAJIB BACA :   Artikel Tanpa Sentuhan Actionable SEO

Lantas kita kecewa.Bimbit-bimbit putus asa mula berputik dalam hati.

Baca-baca betul. Bukan mati putik.Bukan juga mati pucuk.

Hebatkan orang dahulu.Masalah manusia dikaitkan dengan tumbuhan.

Kasihan pada tumbuhan.

Ok.

Kita balik pada topik artikel ini.

Saya akan menulis artikel blog yang lebih fokus.Tujuan untuk saya lebih faham sesuatu topik kerana tuntutan kerja saya berbuat demikian.

Terdapat pelbagai bentuk penulisan telah saya cuba.

Sebelum ini saya nak menulis tentang Storytelling.

Ala macam satu cerita.

Kita baca.

Kita syok.

Tak menjadi sangat.Sentuhan kecundang.

Selepas itu saya menukar topik kepada copywriting.

Ya agak menjadi.

Ramai yang wasap untuk minta tunjuk ajar.Saya bukan pakar.Belum pun buat sales giler-giler kentang.

WAJIB BACA :   Belajar Buat Blog Yang Power SEO

Nak cakap pun segan.Takut cakap tak serupa bikin.

Sekarang macam >> nightmare.

Kalau.

Kalau..

Kalau…

Ya.

Kalau impian jadi eUsahawan Trainer tak kesampaian maka saya redha.

Adalah hikmah dan adalah sebabnya.

Itu sebab kita perlu duduk tepi padang sambil muhasabah diri.

belum berjaya sangat

Kesimpulan.

Saya nak jadi diri sendiri.Saya nak jadi penulis blog yang memberi inspirasi kepada diri sendiri.

Kalau untuk orang lain pun apa salahnya.

Nanti sekejap!

Ada tak, pembaca nak sarankan saya untuk tulis topik apa?

Itu sahaja.

Tak perlu share.Tak penting sangat.

Boleh sahaja Follow Page Mohd Hanafi Abdullah seperti di bawah :

Comments 23

Leave a Reply to Mazni Azmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge