Keajaiban silih berganti

Sebelum ini saya ada menulis tentang kehidupan dilingkari keajaiban.Dalam artikel ini saya sekali bercerita keajaiban yang saya alami.

Bagaimana boleh dapat keajaiban ini?

Saya boleh simpulkan dengan tiga perkara berikut:

1.Hati yang tenang
2.Fikiran yang lapang
3.Sedekah setiap hari.

Tiga perkara ini biasa kita dengar.Boleh dikatakan setiap hari orang mewar-warkan di sana sini.

Alhamdulillah.Sekarang ramai yang ambil peduli dan tahu akan kesannya.

Berikut tiga keajaiban yang saya alami baru-baru ini.Pada saya ianya cukup besar dan cukup bermakna.

1.Membeli beg laptop

Saya sudah lama memasang impian untuk membeli laptop yang baharu.Bila ada laptop baharu tentulah ada pakej dengan beg yang baharu juga hehehe.

Entah bagaimana niat saya untuk membeli laptop baharu tidak menjadi.Saya cuma upgrade laptop sedia ada dengan menukar harddisk yang baharu dan Window 10.Kini laptop cukup laju dan berprestasi jauh lebih baik dari sebelumnya.

WAJIB BACA :   Adis Buan, mimpi ular dan gadis cantik

Saya seronok dan puas hati.Namun saya masih menyimpan hasrat untuk membeli yang baharu juga suatu hari nanti.

Niat saya beralih pula untuk menukar begnya.Tambahan pula beg asalnya sudah lusuh dan uzur.

Saya mula berfikir di mana tempat yang sesuai untuk membeli.Mungkin di kedai biasa atau gedung membelah yang gah.Dalam hati terus memutuskan untuk pergi sahaja ke gedung membeli belah yang dimaksudkan.

Pusing punya pusing akhirnya terjumpa beg berwarna hitam.Tanpa perasan dengan jenama dan harga, saya berminat dan terus pula ke kaunter untuk membuat bayaran.

Pada mulanya saya cuma sedar ada potongan 70 peratus dan sebab itu berani untuk membeli.Rupa-rupanya beg tersebut berharga RM299 dan saya terbeli dengan harga RM89.70

Alhamdulillah.Saya sudah ada beg laptop baharu walaupun bukan laptop yang baharu.

2.Tambang Grab percuma

Senario ini bukan terlalu ajaib sangat kerana setiap awal bulan selalunya ada promosi tambang percuma dari Grab.

Cuma pada hari tersebut saya terkejut kerana tidak sangka dapat naik Grab secara percuma.Yang sebetulnya tidak terlintas langsung untuk tahu promosi begini biarpun saya adalah pengguna Grab yang setia.

WAJIB BACA :   Mengapa Telur Ayam Bebas Antibiotik Menjadi Pujaan Hati

Dapatlah pada hari yang bahagia tersebut saya dapat penjimatan yang terbaik.

Inilah dinamakan keajaiban yang sangat diingini untuk ditemui setiap hari.Soalnya bukan tentang penjimatan duit tetapi yang lebih utama rasa gembira mendapat kejutan yang tidak disangka.

3.Dapat wang tunai

Saya yakin pembaca teruja bila mendapat tahu perkara yang berkaitan wang tunai.Saya lagilah teruja kerana wang tunai ada nilai yang tersendiri ketika kita memerlukan wang tersebut.

Sebelum kejadian, saya ada melakukan satu kejutan kepada seorang penjual buah pisang.

Saya beli pisang berharga RM3.00 seikat.Lantas saya membayar dengan harga lebih sehingga menyebabkan penjual tadi terpinga-pinga terkejut.Untuk meredakan keadaan saya cuma kata “keep the change”.Itupun dia masih terkejut kerana budaya “keep the change” terlalu asing di bumi ini kot.

Kisah itu saya hentikan.

Untuk ke pejabat saya menggunakan Grab.Semasa membayar harga tambang Grab saya juga melakukan perkara yang sama dengan si penjual pisang tadi.

WAJIB BACA :   Cerita Ketika Solat Tarawih Betul Betul Berlaku

Cuma kali ini pemandu Grab tidak terkejut kerana dia biasa dengan budaya “keep the change”.Yang pasti dia dan saya sangat gembira dan seronok menikmati saat tersebut.

Saya sampai ke pejabat untuk mesyuarat lebih awal.Tidaklah rasa tertekan dan tergesa-gesa.

Diringkaskan cerita, habis mesyuarat saya dipanggil mengadap bos besar.Dalam fikiran tidak terfikir apa-apa melainkan rasa tenang dan gembira.

Sembang punya sembang tentang kerja, lalu bos menghulur sejumlah wang sebagai wang saku.Jumlahnya 50 kali ganda dengan jumlah yang saya sedekahkan kepada si penjual pisang dan si pemandu Grab.

Penutup

Sekali lagi saya harap pembaca dapat memahami mesej yang ingin saya sampai.

Bukan menunjukkan saya seorang pemurah tetapi apabila kita berbuat kebaikan maka balasan segera boleh kita dapat tanpa selang masa yang lama.

Beranilah bersedekah.Tenangkan hati dan lapangkan fikiran.Selebihnya biar Allah bantu kita menjalani kehidupan ini dengan bahagia dan gembira.

Jika rasa bermanfaat sila kongsikan kebaikan kerana “sharing is caring”.

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge