Kebaikan berjogging yang perlu kita tahu

Kebaikan berjogging memang ada. Bukan sikit tapi banyak. Sayangnya kebaikan berjogging ramai yang tidak kisah dan tidak ambil peduli.

Saya memang suka berjogging sejak zaman sekolah lagi.

Cuma tidak istiqamah.

Kadang-kadang ada dan selepas itu berbulan-bulan tiada.

Berikut adalah kebaikan berjogging yang boleh saya kongsikan.

Mana tahu selepas ini ramai lagi bermotivasi untuk berjogging dan bersenam.

Kalau bukan orang lain, tentulah diri saya sendiri.

Kebaikan berjogging

Kebaikan berjogging

1.Aktiviti mengeluarkan peluh

Saya akui ramai yang kerja sedap-sedap duduk di pejabat.

WAJIB BACA :   Mencari cinta pandang pertama

Ada penghawa dingin dan suasana kerja yang sangat selesa.

Masa bekerja memang tidak berpeluh.

Sekiranya demikian carilah aktiviti sukan seperti berjogging

Dengan berjogging bolehlah mengeluarkan peluh.

Tak banyak sedikit pun jadilah.

2.Sukan yang murah

Baru-baru ini saya membeli peralatan untuk sukan jogging.

Beli kasut, seluar sukan dan stokin yang sesuai.

Kebaikan berjogging

Bajet tidak sampai RM100.

Berjogging di taman atau jalan raya yang sunyi tidak dikenakan bayaran.

Peralatan berjogging juga murah.

Tiada alasan untuk tidak berjogging.

Bahkan berjogging sekitar rumah boleh mengeratkan silaturrahim dengan anak dara jiran yang cantik hehehehe,

3.Bagus untuk kesihatan jantung

Berjogging memerlukan pergerakan yang aktif.

Tubuh badan bergerak dari atas ke bawah.

WAJIB BACA :   7 Hari Sebelum Tibanya Tarikh Kes Perceraian

Aktiviti ini membolehkan aliran darah lancar ke seluruh badan.

Otot jantung akan bekerja lebih efektif.

Berjogging mengurangkan risiko kita terkena penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok.

4.Menurun berat badan

Sejak kebelakangan ini berat badan saya semakin naik.

Mungkin kesan PKP dan juga keaktifan saya semakin berkurangan.

Saya memilih untuk berjogging sebagai kaedah membakar kalori.

Tak akanlah nak panggang dalam oven pulak.

Malu juga diakui pertambahan berat badan ini saya menjadi saya lebih segak dan sedap mata memandang..(naik lift tekan sendiri )

5.Memperkuatkan tenaga batin

Kebaikan berjogging

Wah kebaikan yang ini memang best dan win kepada para suami.

Berjogging dikatakan boleh meningkatkan libido dan kemampuan atas ranjang.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Doa Yang Sangat Baik

Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr James White dari Universiti California.

Entah betul ke tidak, tiada jaminan.

Ikut logik akal, jika seseorang cergas dan bertenaga memang atas ranjang juga terlihat kehebatannya.

Nak tahu tanyalah orang yang suka berjogging dan bergelar suami.

Tanya saya, no komenlah jawapnya

Kesimpulan

Saya rasa cukuplah lima kebaikan berjogging ini.

Banyak lagi sebenarnya untuk kesihatan.

Namun jika hanya dibaca dan pembaca tak mencuba untuk berjogging maka ilmu ini sekadar dalam minda.

Mulakan aktiviti jogging hari ini juga.

Selamat berjogging dan semoga berjaya.

Mohon share jika rasa bermanfaat untuk orang lain juga.

  • Kemas kini 18/9/22

Comments 16

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge