kegunaan vitamin c

Kegunaan vitamin c untuk jadi cantik seperti dia tu…

Kegunaan vitamin c diketahui umum untuk kesihatan dan kecantikan.Tidak hairan penjualan produk tersebut laku keras baik di farmasi maupun oleh pengedar syarikat kesihatan semasa pandemik corona virus melanda dunia.

Baru-baru saya membeli di farmasi vitamin C  500mg.Itupun sebelumnya berapa kali tanya.

Asal tanya sahaja sudah kehabisan stok.Nak beli secara online tetapi wang sudah dikeluarkan secara tunai.

Demi vitamin C saya cuba lagi dan akhirnya terbeli juga di farmasi berdekatan.

Kita teruskan.

Dalam bahasa mudahnya vitamin C adalah vitamin cantik.Dah cukup ke atau nak saya tambah lagi informasinya.Tentulah nak kan.Kalau tak buat apa nak datang singgah ke blog ini.

Baiklah.

Untuk menulis artikel ini saya merujuk kepada 10 artikel yang berkaitan.Jadi sesiapa yang terjumpa artikel ini sangat beruntung.

Saya sudah buat kompilasi info.Macam lagu pun ada.

hehehhe

Apalagi jom kita lihat satu persatu info berkaitan:

Kegunaan vitamin c

kegunaan vitamin c

1.Sinar harian

Portal ini menulis vitamin c untuk menghasilkan kulit yang cantik dan penghasilan kalogen untuk kaum wanita.Kulit wanita akan mulus, bersih dan wow ( tak tahu apa istilah yang sewaktu dengannya)

Selain itu Vitamin c dikatakan mampu mengatasi masalah jangkitan kuman.Bahkan Vitamin C diakui ramai untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal.

Pada masa sekarang lagilah penting kegunaan vitamin c sebagai benteng terakhir ketika wabak Covid-19.

2.Hello doc

Portal dari Indonesia telah membincangkan vitamin C sama seperti portal yang pertama.

Pertambahan info cuma untuk kegunaan antioksida, rawat radang kulit dan organ dalaman badan seperti jantung serta hempedu.

Secara ringkasnya baik untuk kesihatan luar dan dalaman.

3.Alo docter

Ia merupakan portal dari Indonesia serta masih mendominasi informasi tentang vitamin c.

Maklumat yang dikongsikan sama juga seperti portal kedua.

Pertambahan cuma kepada kegunaan vitamin C dalam menurunkan risiko kanser dan merawat kerosakan kulit akibat pancaran matahari.

“Tapi kalau pancaran api cintamu saya masih steady lagi.#gurau”

4.Alo docter

Artikel yang berlainan untuk portal yang sama.Ternyata artikel ini lebih saintifik kerana membincang Vitamin C secara menyeluruh.

Ada jadual lengkap berapa banyak vitamin C yang perlu kita ambil setiap hari berdasarkan umur dan jantina.

Malah pembaca usah khuatir kerana informasi yang disediakan oleh para doktor.

kegunaan vitamin c

5.Merdeka com

Informasi yang dikongsikan sama seperti portal-portal sebelum ini.Pertambahan cuma kepada kawalan untuk penderita kencing manis.

Selain itu vitamin C turut dilaporkan untuk mengurangkan risiko demensia atau nyanyuk ataupun kelemahan fungsi meningat.

“ Ingat si dia tak pulak ada masalah.Segar sahaja dalam memori.Kesan cukup vitamin C kot “

6.My health

Satu portal yang saya percayai kerana ianya dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Penulisan artikel kesihatan ini bersandarkan kepada 7 sumber yang sahih.

Info tambahan yang saya perolehi dari portal tersebut ialah manfaat vitaman C untuk mengurangkan tahap keterukan selsema.Selain itu boleh memendekkan kesan selsema kepada seseorang.

Vitamin C juga dilaporkan bagus untuk mengurangkan jangkitan penglihatan mata golongan berumur.

7.Hello Sehat

Info dalam portal ini sangat ringkas.Penerangan pula khusus kepada kegunaan Vitamin C untuk kulit.

Dinyatakan vitamin ini boleh mengurang kesan buruk ultraviolet, kulit berkedut dan kering.

Malah dikatakan vitamin C cepat menyembuhkan luka di kulit

“luka di hati hanya diubati dengan menemui pengganti”

8.Dokter Sehat

Ada 15 kegunaan vitamin C untuk kesihatan manusia.Rata-rata info yang ditulis hampir sama dengan portal yang sebelum ini

Pertambahan info cuma kepada perbaiki mood, kurangkan hipertensi dan atasi masalah stroke.

Pada dasarnya semua penyakit ada kaitan dengan kelancaran aliran darah.

9.Doctor On Call

Saya suka informasi dalam portal ini ada soal jawab dengan doktor.

Pesakit boleh bertanya dan dijawab secara profesional oleh pengamal perubatan.Konsep begitu agak praktikal selain dari terus berkonsultasi secara terus.

Malah disertakan juga dengan video bagi mereka yang kurang gemar membaca.

10.Remaja my

Satu kupasan informasi yang santai tentang kegunaan Vitamin C.

Lebih menarik disertakan sekali dengan produk suplimen vitamin C yang ada di pasaran.

Artikel tersebut turut mendedahkan jenis-jenis Vitamin C yang boleh kita beli di pasaran.

Memang sungguh bermanfaat.

Penutup

Kegunaan vitamin C jelas untuk kesihatan dan kecantikan.

Sumber vitamin boleh didapati dengan mudah dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jika sukar untuk mendapatkan makanan segar baharulah beralih kepada suplimen vitamin C yang ada dijual dalam bentuk tablet atau cecair.

Pesanan saya jangan guna suntikan Vitamin C kerana ia tidak dibenarkan di negara ini.Janganlah gara-gara nak cantik dan menawan sanggup mengambil risiko yang berbahaya.

Semoga ianya bermanfaat dan jangan segan-segan untuk terus membaca artikel yang saya pilih khas untuk pembaca seperti di bawah ini.Ada diceritakan dengan pengambilan vitamin c beliau telah pulih dari positif Covid-19. Rugi tau kalau tak baca.

Pengakuan bekas pesakit Covid-19 ini amat mengejutkan

Jumpa lagi dan salam 19 Ramadan 1441H.

4 thoughts on “Kegunaan vitamin c untuk jadi cantik seperti dia tu…”

Leave a Reply to Sunah Sakura Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: