Kejayaan Mengajak Kawan Masuk Bestmobile

Kejayaan Mengajak Kawan Masuk Bestmobile…Saya akui bukan mudah nak suruh orang masuk dan buat seperti yang kita buat.Kalau kerja ini mudah sudah tentu ramai yang dah kaya-raya terutama melibatkan bisnes networking.Dalam pada itu ada juga memang senang-senang dapat buat kerana kemahiran dan kuasa pujukan

kawan lama

Saya ada offday sehari.Kesempatan ini saya gunakan untuk membuat kerja pemasaran secara offline.Kawan yang saya tu agak jauh dari tempat tinggal saya sekarang ini.Perjalanan boleh mengambil masa sejam termasuk jalan sesak.Kawan punya pasal saya sanggup luangkan masa lapangkan untuk beliau.

Biasalah lama tak jumpa.Sesekali berjumpa tu memang terasa seronoknya.Saya kenal kawan saya ini sejak tahun 2009.Itupun melalui bisnes networking yang saya sertai suatu ketika dahulu.

Sebenarnya dah lama saya juga saya ceritakan kebaikan Bestmobile untuk beliau.Saya guna telefon dan cara ini tidak sebaik kalau jumpa secara bersemuka.Dengan jumpa bersemuka kita dapat ‘tranfser aura’ kesungguhan kita untuk membantu beliau.

Ingatlah wahai pembaca semua.Proses prospekting yang berkesan adalah kita memfokuskan apa kebaikan,manfaat dan pertolongan yang kita boleh kita bagi untuk mereka.Dalam soal ini lupakan kepentingan diri buat seketika.

Berbekalkan laptop cambuk saya ini saya bentangkan presentation untuk beliau.Saya terangkan kebaikan Bestmobile berbanding syarikat telco yang lain.Pesanan saya jangan pulak kutuk syarikat lain.Sebab orang lain akan kutuk syarikat telco yang kita sertai  dengan teruk lagi.Siapa yang akan susah kalau tidak diri kita sendiri.

Selepas itu beritau juga cara dan kaedah yang boleh kita bantu untuk beliau kembangkan perniagaannya.Cuma jangan sesekali menabur janji kosong.Natijahnya kita menjadi orang yang kurang dipercayai.

Dipendekkan cerita kawan saya bersetuju dan menjadi ahli Bestmobile tak rasmi.Bila dah buat pembayaran barulah diberi ID untuk menaja orang lain pula.

[admin]

Pertemuan saya dengan kawan lama bukan sekadar untuk Bestmobile semata-mata.Jika ditanya sudah pasti saya jawap nak kekal hubungan persahabatan sampai bila-bila.

Bestmobile cumalah alat bantu untuk mengukuhkan talian silaturrahim.Lagipun  apalah salah kita berkongsikan kebaikan dan peluang untuk mengubah kehidupan orang lain.

Nak sertai rangkaian saya bolehlah hubungi 011-228381 atau PM inbox FB di https://www.facebook.com/mrhanafibest

Sekiranya nak mendaftar online boleh lakukan di SINI.

(Visited 6 times, 1 visits today)

16 thoughts on “Kejayaan Mengajak Kawan Masuk Bestmobile

Leave a Comment

CommentLuv badge