Kelebihan Guna Dua Kad Sim…Ini cerita biasa.Bukan perkara yang luarbiasa.Dah ramai yang guna dua kad sim.Sebab telefon pintar sekarang ini memang menyedia dua slot untuk kad sim.Itu lebih baik dari dua telefon yang setiap satunya mempunyai kad sim tunggal.
Entah mengapa.Satu hari tu penyedia perkhidmatan telco ada mengalami gangguan.Mrhanafi cuba untuk online.Tak dapat.Pada masa itu memang urgent dan mesti juga online.Tidak boleh tidak.Jika tidak pekerjaan yang mrhanafi akan terbengkalai.
Dalam situasi yang begitu genting ada satu kad sim penyelamat keadaan.Kebetulan dan sudah semestinya kad sim ini sudah bersedia untuk digunakan secara tiga serangkai.Jangan fikir penyakit sahaja yang ada tiga serangkai.
Kad sim kedua ini memberi data,panggilan dan sms untuk mrhanafi.Jangka hayat kad sim ini selama 100 hari.In shaa Allah selepas habis 100 hari mrhanafi nak melanggan jangka hayat sehingga 365 hari.Kos yang diperlukan cuma RM38.
Ada yang berpendapat mempunyai dua kad sim besar kosnya.Pengiraan mudahnya iaitu setiap kad sim perlu direload RM30 maka sebulan perlu berbelanja RM60.Jika setahun berjumlah RM720.Oh alangkah bagus kalau disimpan dalam bank yang ada dividen.
Ia tidak praktikal sekiranya anda memang kaki media sosial.Lainlah dunia anda tidak perlu berhubung dengan orang lain.Anda duduk sorang-sorang.Lebih manis lagi kalau duduk atas pokok.Berumah atas pokok.Kes begini kalau ada boleh masuk Guinnes Book Of Record.
Apabila ada dua kad sim maka secara automatiknya anda mempunyai dua nombor.Satu nombor untuk kegunaan peribadi dan satu lagi untuk kegunaan bisnes.Teknik ini boleh mengelakkan dari syak wasangka dari pasangan masing-masing.
Tentu tidak seronok menyembunyi sesuatu dari pasangan anda.Kejujuran itu lebih memberi ketenangan.Jadi pesan mrhanafi kepada pembaca semua jadikan kejujuran itu asas untuk kebahagiaan hidup.
Soal bisnes atau soal kerja jangan dicampur dengan urusan peribadi.Boleh bikin kepala pening.Bila dah pening semua kerja serba tak sempurna.Buat itu tak kena.Buat ini tak jadi.Solusinya gunakan dua kad sim.
Terpulang la kepda anda nak guna Celcom,Onexox,Digi atau apa sahaja.Janji bahagia.Tidak stress.Kalau stress boleh baca tip hilangkan stress dengan paling mudah di <SINI>
Dipendekkan cerita.Mrhananfi nak bagi saranan sahaja.Apa kata pembaca yang berminat untuk memiliki kad sim yang kedua boleh la cari kat kedai yang berdekatan.
Segala info lanjut boleh kita kongsikan secara online menggunakan aplikasi tersebut.Jimat belanja dan jimat masa,
Terima kasih kerana sudi membaca.
Walaupun pada salah satu HP saya boleh menggunakan 2 simkad dlm satu masa… Tapi saya lebih selesa menggunakan 2 simkad pd 2 telefon yg berbeza.. sebab kalau anak saya main game pada salah satu HP, saya masih boleh menggunakan satu lagi HP untuk hantar sms atau membuat panggilan..
anuar recently posted…Giveaway Carian Homestay Malaysia
bagus tuan…itu cara yang terbaik juga kerana ada kemampuan lebih
Betul tu, better ada 2 sim. Saya pun guna 2 sim, tapi reload selang-seli, atau ikut keperluan. Kad top-up ekstra sentiasa ready dlm beg sebab biasanya guna digi utk calling (ibu & adik-beradik semua guna digi), tapi utk whatsapp,dll, pula guna maxis.
cara tu memang menjimatkan…reload secara selang seli..
Ada bagusnya juga kalau pakai 2 sim kad, lebih praktis dan jimat. Takpayah ada 2 hp, hihihi
bagi yang mampu boleh juga pakai dua..cuma rasa macam membazir je..
kdg kala 1 untuk urusan rasmi dan 1 untuk rakan-rakan..huhu
ya..betul cara yang saya rasa memang bijak
Saya juga guna hp dengan 2 simkad. Satu untuk internet jika perlu dan satu lagi untuk urusan biasa.Malas nak pakai 2 handphone.
baguslah kalau macam tu..ada cara yang menjimatkan masa dan bajet
Satu tuk skandal satu lagi official.. kahkahkah
Afif Rayyan recently posted…Tonton Dan Download Ustaz Korea Sebelah Rumah
yang skandal jangan buat..etika kurang baik he..he..
memang tak la nak pakai 2 sim sebab skrng ni pun pakai bill. huhu
saya dari dulu lagi guna jenis prepaid..
minat juga, tapi iphone ni tak boleh 2 sim
Raihanah Ahmad recently posted…Kolagen Bantu Pulihkan Ligamen Putus
jawapan yang mudah..sedekah yang lama dan beli yang baru..
sedekah sahaja telepon pada mak atau ayah kat kampung.
ciktom pun guna 2 simkad utk 2 hp..tapi ikutkan ciktom tak berapa gemar bawak 2 hp..berat handbag..hihi
berat dan leceh kan….
Boleh x kongsikan cara nak check msg ke…wssp ke utk no kedua dlm tepom mksd sy sim kedua..sy ni daif cma tahu dkt pggilan shj kita blh pilih utk guna no tel mn yg kita nak mksd sy sim 1 @ sim 2…klau nk check apa2 dkt sim 2 mcm mn?
ya…rasanya boleh.
saya dapatkan info dahulu baru dapat tulis..
in shaa Allah kalau kesempatan