Kembali angkat besi

Pada 1 Disember 2021, saya kembali angkat besi.

Sudah lama berehat dari aktiviti angkat besi atau main gym.

Sebab utama kerana PKP dan SOP.

Pelbagai larangan yang telah dikenakan ke atas sukan indoor untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Kini saya sudah kembali.

Misi kali ini bukan untuk sado atau badan berotot sana-sini.

Ironinya lebih kepada kesihatan, kecergasan dan networking.

Ya, sebagai ahli perniagaan membuat networking adalah rutin.

Dengan ada networking yang luas dan kuat, urusan peniagaan lebih padu dan maju.

Dalam gym, ramai yang datang kerana mementingkan kesihatan.

Selain membentuk tubuh yang kekar dan perkasa bagi jejaka, mereka ada kuasa membeli yang tinggi.

WAJIB BACA :   Kisah lelaki perut kempis yang ada dompet tebal

Ini potensi yang wajar dilihat oleh saya sebagai ahli perniagaan.

Saya hanya berkawan, bersembang dan berkongsi kebaikan.

Selebihnya terpulang kepada mereka untuk menerima atau menolak.

Jika tahu kelebihan dan manfaat, tiada alasan untuk penolakan melainkan bukan rezeki dalam perniagaan.

Semoga urusan untuk menyebar kebaikan ini dipermudahkan selain mengangkat besi sebagai gaya hidup sihat.

Akuilah sihat itu terlalu mahal nilainya.

Akhir kata jangan lupa lanjutkan bacaan —> Kisah pelanggan tak bayar air ?

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge