Kembara Dari Ibukota Ke Pinggiran Kota

Alkisahnya seorang lelaki hanya mahu dikenali sebagai Tuan H memulakan kembara pada pagi yang cukup indah.Beliau yang mengenakan baju kemeja petak-petak dan seluar jeans ketat bergegas keluar dari kediaman rasminya di ibukota.

Tekad beliau untuk sampai ke sebuah pinggiran kota.Satu tempat yang dikenal sebagai Kota Samarahan.Perjalanan mengambil masa kurang dari dua jam jika keadaan jalan tidak ada kesesakan yang mencekik.Tambang ke Kota Samarahan cuma RM3 sehala.Harga ini sama seperti 20 tahun yang lepas.

Beliau menggunakan perkhidmatan awam.Dari tempat tinggalnya Tuan H menggunakan van sewa ke ibukota,  dengan tambang cuma RM1.Nasib baik menyebelahinya kerana masa menunggu di hentian bas tidak begitu lama.

WAJIB BACA :   Pengertian orang tua, inilah penjelasan ringkasnya

Setiba di ibukota, kelihatan bas  belum ada untuk ke Kota Samarahan.Jam masih menunjukkan 7.45 pagi.Tanpa membuang masa Tuan H mencari tempat duduk betul-betul di bangunan Saujana.Dulu sangat terkenal bagi penduduk ibukota menjamu selera kerana banyak deretan gerai makanan yang sedap dan murah.

Tuan H melabuhkan punggungnya atas bangku besi untuk melegakan sedikit kegusaran yang singgah di sudut perasaan.Hatinya sedikit resah.Bimbang memikirkan kembara pada pagi tersebut.

Tuan H mengeluarkan buku dan terus leka  mentelaah naskah Tip Menjadi Penulis Seller karya Zamri Mohamad.Masa berlalu tidak begitu terasa.

Lama juga dia duduk di situ sambil membaca buku.Sekali sekala matanya tertacap pada skrin telefon pintar untuk membaca info dalam media sosial.

WAJIB BACA :   Kembali ke gym Samarahan lepas cuti Raya 2022

Sesekali  tumpuan Tuan H lari apabila mendengar perbualan rakyat marhean.Mereka pengguna pengangkutan awam dan ada juga yang terdiri dari pemandu van sewa.Tuan H pasang telinga.Mana tahu ada info penting tentang keluh resah dari hati mereka

Entah mengapa fokus Tuan H kini terganggu kepada seorang wanita yang berpurdah.Dia duduk bersebelahannya tetapi masih jauh dengan jarak sejengkal lengan.

Dia dan Tuan H saling memandang.Tersipu malu bagailkan kisah uda dan dara.Masing-masing menyampai mesej tanpa bicara.Cuba untuk bermesra namun ada halangan mencari titik bermula.

Kisah  tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja…

Akhirnya bas bernombor 10A tiba di perhentian.Tuan H tidak berlengah lagi.Lantas melangkah  gagah naik ke dalam perut bas.Dapat juga menikmati kesejukan penyaman udara sambil-sambil duduk meneruskan pembacaan buku yang dipegang erat.

WAJIB BACA :   Terasa Nikmatnya Sihat Ketika Sakit

Jam tangan bertali kulit hitam menunjukkan pukul 9.17 pagi.Oh. Masih awal getus hati Tuan H.

Tuan H memerhatikan sekeliling.Penumpang  tidak ramai.Mungkin ramai yang sudah balik kampung nak beraya dan Gawai.Jika berterusan begitu bagaimanalah syarikat bas untuk meneruskan operasi harian mereka.

Masa terus berlalu,Tanpa disedari  kembara Tuan H  sampai ke pinggiran kota sekitar jam 11.30 pagi,Terik panas terasa bahangnya,Tuan H tiada pilihan melainkan redah sahaja panas mentari untuk sampai ke destinasi dengan membetis untuk 15 minit.

Catatan kembara berhenti di sini.

Comments 21

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge