3 Tip Hadapi Kemelesetan Ekonomi Malaysia

Adakah benar kemelesetan ekonomi Malaysia sedang berlaku sekarang.Berani sungguh saya bertanya begitu.Saya berani kerana pertanyaan saya tidak akan memberi apa-apa kesan kepada sesiapapun.

kemelesetan ekonomi Malaysia

Saya bukan pakar.

Saya cuma insan biasa yang sedaya upaya untuk meluahkan kebimbangan terhadap apa yang berlaku sekarang ini [ketika konten ditulis]

Dua perkara yang saya fahami.Selebihnya saya tak faham.

1.Hutang negara tinggi.
2.Nilai ringgit rendah.

Dua perkara tersebut amat signifikan dalam menentu keadaan ekonomi.Saya tak mahu ulas lanjut.

Tiada keupayaan saya kerana kepakaran saya bukan dalam bidang ekonomi.

Masa sekolah dulu pun ujian ekonomi pun tak lulus. [hehehe pecah rahsia]

Namun demikian saya cuba berkongsi dengan pembaca dari sudut lain.

Saya nak kongsikan tip untuk diri kita sebagai rakyat Malaysia dalam menghadapi kemelesetan ekonomi.

Logiknya kita tidak mampu mengubah keadaan diluar sana.Kita cuma mampu mengubah diri sendiri.

Inilah 3 cara yang boleh kita sandarkan sebagai kalis ekonomi ke atas diri sendiri serta keluarga.

Menambah pendapatan daripada pelbagai sumber

Zaman dulu gaji kecik masih boleh selesa.

Zaman sekarang gaji sederhana sudah sengsara.

Kita sudah tiada pilihan selain menambah pendapatan.

Ya Betul.

Bagaimana caranya:

1.Buat kerja partime.

Saya tak kata buat overtime kerana ekonomi yang gawat berisiko untuk syarikat mengeluarkan kos operasi tambahan.

Pembaca boleh mencuba kerja-kerja partime.

Siapa yang ada minat dan bakat menulis boleh menulis blog.

Cari duit dengan menulis.Jadi affiliater dengan Involve Asia.

Misalnya promosikan iPad 4 with WiFi +Celular 128GB

ipad 4 mini

Banyak lagi.Itu contoh yang terdekat.

Siapa yang ada minat dan bakat fotografi boleh sediakan servis ambik gambar.

Ambik gambar

Kerjaya utama buat.

Kerja parttime pun boleh buat selepas waktu bekerja.

2.Buat bisnes Online

Alamak.

Dah ramai yang buat.

Bagi saya tak cukup ramai sebab pasaran dalam dunia online bukan di Malaysia.

Mungkin Asia.

Mungkin dunia.

Potensi pasaran kepada 1.7 Bilion orang bukanlah jumlah sikit.

Giler punya ramai.[Fakta sumber dari Facebook.]

Saya nak bagi contoh.

Saya jual Turbo Gel Manggo secara offline.Pasaran saya kepada penduduk sekitar tempat saya tinggal.

Yasir [bukan nama sebenar] pun jual produk yang sama tetapi melalui online.Pasaran Yasir ke seluruh dunia.

Setiap pelosok tempat ada memesan produk Turbo Gel Manggo.

turbo gel manggo

[INFO LANJUT]

Sekarang saya tanya soalan mudah.

Siapa lebih kaya?

Saya atau Yasir.

Tentulah Yasir kerana dia jual secara online.

Mungkin ada 100K orang macam Yasir tetapi pasaran masih dalam berjuta-juta orang.

3.Kerja di luar negara

Jom bekerja diluar negara.

Inilah cabaran yang mesti disambut dengan hati terbuka.

Jika rasa susah hati nak berada terlalu jauh boleh mencuba kerja di Singapura,Brunei atau Australia.

Lokasi negara tersebut tidak begitu jauh dari Malaysia.

Yang popular bekerja di Singapura.

Berita baiknya !

Ada suprise.

Tengok bawah ini.

“Panduan untuk bekerja di Singapura boleh dibaca dalam ebook Panduan Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura”

Kerja di Singapura-Sumber-

Bekerja diluar negara yang ambik upah tinggi.

Ambil peluang untuk menyimpan duit sebanyak yang mungkin.

Duit yang tinggi nilainya bawa ke Malaysia dan buat pertukaran wang asing.

Contohnya berikut.

Kita ada $1000 Dolar US dan ditukar kepada ringgit menjadi RM4000.[anggaran kasar]

Ada rasa kaya tak ?

Boleh la kan.

Mengurangkan perbelanjaan tidak patut

Tanyalah sesiapapun manusia yang normal,mereka pasti suka shopping termasuk saya.

Sewaktu shopping kita kekadang membeli barang yang tidak perlu.

Konon-kononnya shopping sebagai cara untuk menghargai kejayaan.

Cara begini ada bahayanya.Kita mudah berbelanja terlebih bajet.

Itu tentang shopping.

Ada yang lebih perlu lagi seperti berikut.Kita mudah lupa dan mudah anggap tidak apa-apa.

1.Bil Air 

Kalau biasa bayar bil air RM50 sebulan dan sekarang cuba untuk mengurangkan pembayaran menjadi RM25 sahaja.

Jimatkan penggunaan mana yang perlu.

Boleh atau tak boleh?

2.Bil elektrik

Saya biasa buat begini.Mana-mana bilik atau tempat yang tiada berpenghuni saya tutupkan suis lampu.

Boleh tutup kipas atau aircond  jika dah rasa sejuk.Bukalah tingkap seluas yang mungkin.Namun pastikan keadaan sekeliling selamat.

Cara begini boleh jimatkan elektrik.

Kalau hendak seribu daya,kalau tak hendak seribu dalih.

3.Barangan dapur

Saya biasa buat.Saya masak dengan kuantiti yang boleh dihabiskan dengan cepat.

Fahamkan maksud saya.Masak jangan banyak.

Makan sikit lebih sedap dari makan banyak.Kesihatan pun terjaga.

Apa yang lebih penting jangan membazir sehingga nasi dan lauk pauk terbuang begitu sahaja.

Tip Bonus

Saya faham mempraktik tip yang saya kongsikan di atas memang sukar dan mencabar.

Sebab itu saya sertakan satu TIP BONUS supaya kita ada kekuatan untuk melaksanakannya.

Dalam kemelesetan ekonomi yang kian mencengkam berbelanja tanpa disiplin bukan tindakan bijak.

Biarpun pendapatan kita sederhana namun jika diurus dengan bijak akan menghasilkan baki positif.

Ya, Baki positif  sangat besar manfaat.

Baki positif wajar diurus dengan bijak melalui caruman takaful.

In shaa Allah dengan takaful kita mendapat 3 perkara asas dalam instrument kewangan.

1.Pelindungan

2.Simpann

3.Pelaburan.

Maklumat lanjut boleh whatsapp brader takaful

Kesimpulan:

Kemelesetan ekonomi Malaysia tidak begitu ketara namun sudah mula dirasai.

Deria rasa orang yang terlibat dengan bisnes sudah ‘trigger’.

Mereka sudah bersedia.

Pembaca pula bagaimana?

Sekian.Jumpa lagi.

-mrhanafi-

p/s: Amat digalakkan untuk join group Whatsapp,like Facebook Fanpage,share artikel atau komen untuk artikel saya.Jutaan terima kasih kerana sudi membantu saya.

(Visited 97 times, 1 visits today)

22 thoughts on “3 Tip Hadapi Kemelesetan Ekonomi Malaysia”

  1. Walaupun bekerja diluar negara banyak keuntungan tapi tak semestinya kelebihan.hujan emas dinegara orang,hujan batu dinegara sendiri.lebih baik dinegara sendiri.pengalaman kehilangan insan tersayang semasa di kejauhan merantau menginsafkan saya.

    1. saya kalau muda-muda lagi..

      memang mahu tetapi sekarang saya dah nampak cara nak buat duit tanpa pergi ke luar negara..

      blog la jawapnya

  2. Gaji saya pun sebenarnya agak rendah jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya saya. Sepatutnya saya kena tukar kerja supaya dapat demand gaji lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi biasalah kerja yang gaji yang lebih tinggi memerlukan pergorbanan yang tinggi juga. Antaranya kerja yang banyak, jarak yang jauh & sebagainya. Disebabkan keutamaan saya adalah keluarga terutamanya anak & bukannya karier, saya memilih untuk bertahan lagi dengan kerja sekarang. On paper, gaji nampak dah macam tak cukup. Tapi kalau diuruskan dengan baik & yakin dengan Allah SWT, InsyaAllah segala urusan dipermudahkan.

    1. tak pe…

      bersyukur dengan apa yang ada.

      lagipun si isteri bukan pencari rezeki utama..

      kira bonus la kalau isteri bekerja..

      suamikan ada..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge