Kenangan bayar zakat fitrah yang sukar dilupakan

Setiap kali tibanya bulan Ramadan maka kenangan bayar zakat fitrah pada lapan tahun yang lepas sering bermain dalam fikiran.

Pada tahun 2017 saya mencoretkan kenangan tersebut dalam sebuah artikel yang saya kongsikan di penghujung nanti.

Jalan cerita adalah kisah benar.Plot atau watak saya cuma reka semata-mata sebagai cara untuk melindungi identiti sebenar.

Namun pada kali ini saya dedahkan siapa watak dalam artikel tersebut secara terbuka.

Saya tidak mahu berselindung lagi.

lelaki hensem

Nawaitu pembongkaran ini bukan untuk membuka pekung di dada sendiri.

Sebaliknya sebagai cara menginsafi diri bahawa keazaman untuk berjaya tidak pernah padam.

“Obor cintaku padanya sentiasa menyala bagaikan sinaran mentari ufuk Timur” – bahasa jiwang

Saya pernah melalui zaman susah dan sukar.Bukan sekali malah berkali-kali.

Kesukaran dan kesusahan ini kata sifu motivasi saya dulu;

“Hidup susah itu untuk bina kekuatan dalaman.Bila sudah kuat maka diri sudah bersedia untuk menjadi orang kaya yang rendah hati.”

WAJIB BACA :   Pekena mi kampua sebagai sarapan pagi

Pesanan ini sudah hampir 10 tahun berlalu.Saya pegang sebagai azimat keramat.

Alhamdulillah.Saya sudah berjaya menuju jalan kejayaan.Dengar azan boleh ingat laungan kejayaan ini.

Saya dalam proses untuk kaya dengan harta benda dan wang ringgit berjuta-juta.Berkat di dunia dan akhirat.

Aamiin.

Namun saya tetap akui kaya dengan pengalaman demi pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan hidup ini.

tiada duit

Antaranya pengalaman saya membayar zakat fitrah ketika tiada duit dan pekerjaan.

Tidak semua orang ada peluang untuk menulis zaman silam mereka ketika belum berjaya.

Tapi saya ada sedikit kelebihan kerana saya tidak menunggu berjaya untuk menulis semula kisah pahit yang kini sudah dirasai manis.

“semanis senyuman dia yang mempersona sukmaku – bahasa orang lama”

Jom kita terobek ( throwback) kenangan saya lapan tahun yang silam.

Pada satu hari dalam bulan Ramadan yang mulia.

WAJIB BACA :   Layan Video Youtube Terbaru Adele

Ceh!..

Intro macam budak baru nak up la pulak.

Pada pagi itu saya gelisah.Puasa sudah memasuki 10 malam terakhir.

Zakat fitrah belum terbayar lagi.Wang tunai hanya cukup untuk bayar tambang bas ke bandar terdekat.

Lebih dramatik bukan wang kertas tetapi wang syiling yang saya kumpul segenap ceruk rumah.Dapatlah modal untuk bayar tambang bas.

Itupun sehala.One way ticket kata orang putih.

Betul la kata Bossku;

“Cash is king”

Saya hampir tidak terdaya bila lack of cash.

Inilah gara-gara selepas saya berhenti kerja ketika itu.Sebelumnya ada kerja sementara tetapi gaji tidak mencukupi.

Jangankan nak simpan.Nak beli seluar kecik orang tersayang pun tak lepas hehehehe.

Setelah puas duduk termenung, saya ambil keputusan untuk selongkar stor.

Terjumpalah satu set spring kereta kancil saya dulu.Kereta tersebut dah lama dilepaskan gara-gara tidak mampu ekoran masalah kewangan.

WAJIB BACA :   Adis Buan, mimpi ular dan gadis cantik

Apa yang tinggal besi spring original kerana kereta saya dulu sudah ditukar lower sport spring.

Gaya memang ada tetapi poket kosong tidak ada maknanya.Sama juga muka hensem tetapi minda kosong tidak ada ertinya juga.

Dipercepatkan cerita…

Saya ambil keputusan untuk menjual spring kereta di kedai potong.Sesiapa yang minat ubahsuai kereta tau la apa itu kedai potong.

Saya nekad dengan keputusan tersebut.

Saya hanya tahu mesti ada duit yang cukup membayar zakat fitrah pada tahun tersebut.

Sampai di bandar berdekatan saya memulakan misi hidup atau mati.

Sekiranya gagal menjual saya akan balik dengan tangan kosong dan berjalan kaki balik rumah bawah teriknya bahang matahari.

Duit tambang hanya untuk perjalanan sehala sebagaimana awal cerita tadi.

Jeng-jeng !

Kisah selanjutnya pembaca boleh ketahui dalam artikel berikut :

Comments 6

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge