Kereta Sport Lotus Exige Cup 380

Kereta Sport Lotus Exige Cup 380…Mrhanafi akan ternaik hormon adrelin apabila ternampak kereta sport mewah.Sambil memejamkan mata,mrhanafi membayangkan untuk memiliki kereta sport sebegitu.

Kereta Lotus antara jenama yang menjadi pilihan mrhanafi selain Posche 911,Jaguar,Ferrary dan Lamborgini.Terdapat model Lotus terbaharu iaitu  Lotus Exige Cup 380 boleh berada dalam senarai impian.

Lotus Exige Cup 380

Kereta ini tersangat ringan dan laju sehingga boleh dikatakan roket dibumi.Beratnya dalam 1057 kg.Agak-agak dalam satu tan.Mrhanafi biasa dengar lori 3 tan.Itu berat besi.

Badan jentera mewah ini diperbuat dari fiber karbon yang selalunya dibuat untuk kereta Formula One.Bumbung boleh dibuka dan kerusinya memang reka bentuk sport yang terbaik dalam dunia.

WAJIB BACA :   Perbezaan Jutawan App Dengan Program FI$H

Kelajuan boleh mencecah 282km/j yang dikuasakan dengan enjin superchange 3.5 liter V6.Mrhanafi kadang-kadang sahaja memandu kereta dalam 100km/j.Tak mahu laju-laju kerana belum bersedia untuk mati awal.Lagipun belum tercapai hasrat untuk kahwin dua.( gurau semata-mata)

Daya tujahan jentera mewah ini adalah 0-100 mph  dalam 3.4 saat yang dipadukan dengan gear manual 6 kelajuan.Mungkin ada yang kurang suka dengan kereta gear auto maka Lotus Exige Cup 380 boleh menjadi pilihan.

kereta mewah gear manual

Keluaran kereta mewah Lotus Etige Cup 380 cuma 60 buah sahaja untuk seluruh dunia.Mungkin sebuah akan berada Malaysia.Sebab orang kaya Samarahan sudah tempah sebuah daripadanya sebelum pra pelancaran.(itu impian sahaja kerana impian percuma..hehehe)

WAJIB BACA :   Beli Rumah Murah Mesra Rakyat

kereta terpantas

Kelebihan jenama kereta Lotus ini kerana pernah dikaitkan dengan Proton suatu ketika dahulu.Malah sehingga sekarang mrhanafi belum terjumpa secara langsung orang kaya guna Kereta Lotus.

kereta sport paling ringan

Rasanya setakat ini dulu.Mrhanafi nak maklumkan harga dalam pound sterling iaitu anggaran atas 100,000k.Itu cuma harga kasar yang cuma dianggarkan selepas memasuki pasaran nanti.

kereta teringan

{pesanan blogger}

Memetik kata CEO Jean Marc Gales bahawa memiliki kereta sport mewah  Lotus Exige Cup 380 bukan untuk menunjukkan kemewahan tetapi membuktikan kita boleh menang dalam apa jua persaingan untuk meraih kejayaan.

Mungkin  terjemahan tersasar kot kerana mrhanafi bukan terer sangat bahasa orang putih.

Dalam erti kata yang lain kereta sport mewah ini boleh digunakan dengan selamat sampai ke rumah walaupun spefikasinya adalah kereta lumba di jalanraya biasa.

WAJIB BACA :   Baju Raya Lelaki 2017 Yang Terakhir

p/s : Penulisan artikel adalah untuk menunggu pelancaran rasmi produk Formula Income Seumur Hidup (FISH) yang akan  bermula tidak lama lagi.

p/p/s: Hadiah utama kereta Axia dan bukannya kereta Lotus Exige Cup  380.

*Kredit gambar : AFP Relaxnews

Comments 4

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge