5 kerja lepasan SPM gerenti dapat

Mungkin ramai yang ingin tahu mengenai kerja lepasan SPM yang gerenti dapat. Saya teringat zaman ketika habis sekolah atau selepas tingkatan lima. Peristiwa ini berlaku puluhan tahun yang lalu.

Saya dengan kawan minta kerja kontrak atau buruh kasar.

Alhamdulillah, memang dapat. Tak perlu tunjuk sijil. Janji mahu dibayar RM16 sehari.

Walau bagaimanapun saya hanya sempat kerja dalam tiga bulan sahaja kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sejujurnya lepasan SPM lebih mudah dapat kerja berbanding lulusan universiti.

Saya berani berkata demikian kerana jawatan untuk lepas SPM lebih banyak. Cuma imbuhan dan gaji sahaja tidak setinggi lepasan ijazah.

Rata-rata majikan juga suka mengambil lepasan SPM disebabkan kos upah rendah walaupun bentuk dan cara kerja mereka tidak jauh berbeza dengan lulusan universiti.

Tetapi tidak semua sektor pekerjaan sedemikian. Di peringkat pengurusan memang perlu kepakaran dan kemahiran tinggi. Ia kurang sesuai untuk lepasan SPM.

Kerja lepasan SPM

1.Minta kerja restoren

kerja lepasan SPM

Restoren paling banyak menyediakan pekerjaan untuk lepasan SPM.

Kerja biasanya pelayan, juruwang dan pembantu dapur.

WAJIB BACA :   Isteri berpantang suami menahan geram

Gaji memang tidak tinggi tetapi banyak kemudahan yang ramai tidak sedar.

Makanan dan tempat tinggal biasanya sudah ditanggung oleh pihak majikan. Malah tidak perlu belanja untuk pengangkutan kerana tinggal di hostel yang sudah disediakan majikan.

Banyak penjimatan kos hidup jika makanan, tempat tinggal dan pengangkutan semuanya percuma.

Duit gaji boleh simpan atau hantar dengan orang tua di kampung,

Syarat untuk dapat kerja juga mudah dan proses pengambilan pekerja tidak serumit kerja kerajaan.

2.Mohon kerja kilang

kerja lepasan SPM

Kelayakan dan syarat untuk dapat kerja kilang hampir sama dengan kerja restoren. Peratusan untuk mendapat kerja tersebut juga sangat tinggi.

Halangan utama antara mahu dengan tidak sahaja. Gaji dan pelbagai imbuhan lebih banyak.

Kerja kilang boleh dapat elaun lebih masa, subsidi makanan, kemudahan klinik, pakaian seragam dan asrama serta pengangkutan percuma.

Bukan itu sahaja kerja di kilang dengan kelayakan SPM boleh menikmati kenaikan pangkat tanpa mengira tahap pendidikan.

Yang penting cara kerja yang cemerlang, ada bakat kepimpinan dan sikap yang terbaik berbanding pekerja yang lain.

Dengan menjawat jawatan yang tinggi sudah pasti gaji juga lumayan sebagai mana lepasan universiti.

Saya boleh kasi gerenti, ada masa depan kerja kilang dengan syarat bekerja tahap terbaik dan boleh menguasai pelbagai kemahiran tambahan tentang pekerjaan tersebut.

WAJIB BACA :   Jom Aplikasi Istighfar Untuk Cipta Keajaiban

Apabila majikan sayang maka kenaikan pangkat dan jawatan lebih pantas tanpa merit yang ketat.

3.Kerja buruh kasar

kerja lepasan SPM

Maafkan saya kerana mengklafikasikan pekerjaan tersebut sebagai buruh kasar.

Secara realitinya, kerja ini memang kasar.

Angkat simen, besi dan kayu di kawasan pembinaan. Bukan itu sahaja, perlu siap sedia untuk kena maki-hamun dan tengkingan dari penyelia pekerja.

Kerja ini sangat istimewa kerana lepasan SPM boleh memohon hanya dengan pejam mata.

Gerenti dapat disebabkan memang banyak kekosongan. Kalau tidak masakan majikan terpaksa menggunakan pekerja asing untuk mengisi pekerjaan tersebut.

Buruh kasar termasuk dalam kategori 3D iaitu dirty, dangerous and difficult.

Tapi jangan hairan kerja buruh kasar yang berkemahiran tinggi boleh dibayar atas RM200 sehari.

Menariknya lepasan SPM boleh menceburi bidang dengan syarat hati kental dan jiwa kuat serta fizikal lasak.

Mungkin tidak perlu bersenam lagi sebagai mana kisah wanita yang ditulis dalam artikel “Ini rahsia wanita jadi awet muda dengan bersenam

4. Jadi penghantar barang

kerja lepasan SPM

Istilah lainnya jadi rider untuk Grabfood, Food Panda, penghantar persendirian dan sebagainya. Pekerjaan ini memerlukan lesen memandu, kenderaan sendiri dan juga telefon pintar.

Ramai anak muda lepasan SPM jadi penghantar barang kerana mereka suka bekerja outdoor. Setidak-tidaknya ada pekerjaan dan tidak hanya duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

WAJIB BACA :   Lagu Rock Lama

Sungguhpun begitu pekerjaan ini amat menuntut tahap disiplin yang tinggi, sikap yang baik dan daya tahan yang luar biasa.

Mana tidaknya, terpaksa berpanas dan berhujan di jalan raya untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Pendapatan boleh tahan lumayan jika sudah tahu selok-belok dan strategi yang betul.

5.Buat bisnes netcommerce

Berbanding empat pekerjaan yang saya telah nyatakan di atas, yang ini lebih menarik dan lebih mudah. Tanpa kelayakan khusus dan ia menjanjikan pendapatan empat hingga enam angka sebulan.

Maaf, bukan janji bulan dan bintang. Tetapi janji berusaha, berikthiar dan bertindak maka hasil tidak akan mengkhianati anda. Pendek kata, orang berusaha pasti kejayaan dalam genggaman.

Bisnes netcommerce mudah dikuasai. Lebih-lebih lagi dengan lepasan SPM yang memang cakna teknologi dan mahir IT.

Saya sebagai ahli perniagaan memang menyarankan lepasan SPM rebut peluang ini tanpa berlengah lagi.

Jika rasa sangsi dan belum pasti sila baca artikel Bagaimana untuk menjadi ejen Volten International ?

Penutup

Kerja lepasan SPM sangat banyak dan kurang persaingan. Cuma jangan memilih kerja dan jadikan pekerjaan ini sebagai batu loncatan untuk menjadi ahli perniagaan yang kaya, berjaya dan bahagia suatu hari kelak.

Tuah ayam siapa yang tahu dan tuah manusia terpijak tahi ayam hehehehe

  • kemas kini 28/12/22

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge