Kerja Part Time Di Rumah Pasang Barang Kilang

Kerja part time di rumah pasang barang kilang adalah tipu.Puas saya cari.Tak jumpa-jumpa.Saya cari bukan nak keja.Saya cari sekadar nak tahu.Kalau tahu senang nak bagitahu kepada kawan-kawan.

Mungkin ada.

Mungkin tiada.

Kalau ada tolong beritahu saya.Sebab saya nak tulis dalam blog.

Mana tahu ada orang betul-betul perlu kerja sambilan di rumah.

Ini pengalaman peribadi.

Saya pernah kerja kilang hampir 15 tahun.Pelbagai kilang pernah saya kerja.

Kilang kecil.

Kilang besar.

Kilang  multinasional.

Semua kilang tersebut mempunyai sistem kerja yang hampir sama.Barang yang ada di kilang tidak boleh dibawa pulang.Biarpun bahan buangan seperti lebihan dan sebagainya.

Sebab itu saya muskil kalau ada kerja seperti tajuk artikel yang saya tulis tu.

Berikut adalah sebab mengapa kerja dari rumah untuk kerja pasang barang kilang tidak sesuai.

Alasan tidak perlu ada kerja pasang barang dari kilang

kerja part time pasang barang dari kilang

1.Bekerja tanpa pengawasan

Kalau di kilang mesti ada penyelia atau supervisor.Mereka memantau disiplin dan cara kita bekerja.

Bekerja di rumah siapalah yang hendak mengawal semua ini.Entah-entah barang reject dicampur dengan barang bagus.

Tak boleh tu.

Kerja tipu.Gaji tak berkat.

2.Kos logistik tinggi

Secara logiknya tidak praktikal.Barang-barang yang belum diproses akan diserahkan kepada pekerja sambilan.Proses penghantaran dari kilang ke rumah dan dari rumah ke kilang membakar petrol.

Kos tinggi.

Kos untuk hantar barang yang dah siap adakah pekerja part time sanggup tanggung ?

Bahasa mudahnya tidak menguntungkan syarikat dan pekerja itu sendiri.

3,Penggunaan mesin secara meluas

Sekarang dunia teknologi.Penggunaan mesin telah mengantikan tenaga manusia.Jadi tidak wajar untuk guna khidmat pekerja terutama pekerja sambilan.

Kos penyelenggaraan mesin mahal namun sangat efektif berbanding manusia walaupun dibayar murah.

Kerja yang boleh dibuat dari rumah untuk pasang barang dari kilang

kerja part time di kilang

Sungguhpun begitu saya tidak menafikan masih ada pekerjaan yang boleh menggunakan sistem yang kita bincangkan ini.

Antaranya seperti berikut:

1.Pasang labucci pada kain baju

Setakat ini mesin belum mampu menghasilkan jahitan labucci pada pakaian.Jika ada kilang kain yang ingin mengeluarkan baju ada labucci maka pekerja part time memang diperlukan.

2.Menjahit karpet jenis handmade.

Setahu saya ada di negara dunia ketiga  masih menggunakan tenaga manusia untuk menjahit karpet.Kerja ini memang memerlukan ketekunan yang luarbiasa.Kesabaran pula yang tidak terbatas.

Saya akur hanya orang yang betul-betul terpaksa untuk hidup sahaja sanggup buat.

Saya memang surrender awal kerana saya mesti memfokuskan perniagaan dalam talian.

3.Memasang barang mainan kanak-kanak

Cara kerjanya lebih kepada pembungkusan atau mencantum bahagian tertentu.Kerja ini nampak mudah tetapi tugasan tidak berbaloi dengan hasil kerja.

Jika anda sanggup dibayar dengan harga rendah tetapi boleh melakukan kerja yang super banyak,silalah menawarkan diri.

Saya dah no comment.

Pilihan untuk kerja part time

kerja part time

Zaman sudah berubah.Anda boleh memohon pekerjaan secara online.

Saya menulis penuh lebar dan dan senyum lebar artikel bertajuk ” 7 Kerja Sambilan Di Rumah Yang Paling Popular

Belum baca.

Jom la baca.

Kesimpulan

Kerja part time di rumah pasang barang kilang kalau adapun jangan percaya bulat-bulat.

Semak dulu.

Check kat Google.

Tanya kawan-kawan yang dah tahu.

Khuatir kalau kena tipu.

Sekarang nak check amat mudah.

Post dekat Facebook berdesup orang nak bagi komen.Kalau kita dah popular di Facebook senang nak buat kerja atau buat bisnes.

Mana tahu selepas ini buat bisnes online secara part time pulak.

Boleh baca dan kaji dalam ebook Tip tip Promosi Online & Offline

Ebook niaga

Sekian.

Jumpa lagi.

Jangan lupa follow blog saya rapat-rapat.Pintu untuk follow blog saya dah saya buka luas-luas.Boleh rujuk pada bahagian bawah sekali.

Terima kasih.

(Visited 313 times, 1 visits today)

22 thoughts on “Kerja Part Time Di Rumah Pasang Barang Kilang

  1. Setuju dengan Mr Hanafi. Rasa tak wujud la keje part time pasang barang kilang. SIRIM dan Quality Check cmner nanti. Kan Mr Hanafi. huhu.

  2. Mmg ok sgt kerja mcm ni.. boleh buat kat rumah dgn selesa. Tiasa supervisor nak pantau2 buat kerja mcm kat kilang. Janji smpi masa siap spt yg dijanjikan.

  3. dulu banyak iklan data entry..tp ade bayaran tersembunyi..kadang kadang perlu hati hati dengan iklan kerja di rumah..kene banyakkan survey dan boleh rujuk cara bekerja dengan tuan Hanafi..

Leave a Comment

CommentLuv badge