Kerjaya Blogger Tak Kejar Glamer

Saya akui kerjaya Blogger tak kejar glamer. Dalam pengetahuan masyarakat umum kerjaya seorang blogger bukan sesuatu yang istimewa.

Ia tidak sebagaimana profesional yang lain.Blogger hanya penulis blog dan menulis idea,informasi dan ilmu melalui blog masing-masing.

Blogger bukan kerjaya glamer. Meskipun nama mereka dan jenama blog mereka boleh menjadi viral di media sosial.

Masyarakat umum masih meletakkan blogger seperti insan biasa yang hampir sama dengan mereka. Kita tak boleh salahkan mereka. Itu hak masing-masing.

Blog adalah wadah dan sumber maklumat.Blog adalah aset harta intelek bagi blogger. Blog yang disayangi ramai ialah blog yang sarat dengan  maklumat yang berfungsi menyelesaikan masalah.

WAJIB BACA :   Daftar Blog Untuk Kembali Blogging

Sebab itu penulisan blog yang mempunyai niche kesihatan,masakan dan pelancongan menjadi tumpuan. Kata kunci dalam blog menjadi buruan sepanjang masa.

Dalam pada itu tidak ramai yang tahu bagaimana sisi gelap kehidupan sseorang blogger.Ada yang sanggup bersengkang mata untuk berkarya.

Tak kurang juga ada yang sanggup ke sana ke mari mengejar event untuk bahan penulisan mereka.Mereka juga rela berhabisan duit kerana blog.

Namun tujuan blogger bukan nak kejar glamer.Mereka buat kerana mereka suka menulis dan suka berkongsi informasi untuk orang lain.

Atas usaha dan jerih payah akhirnya mereka mendapat habuan berbentuk pendapatan melalui event,advertorial,affiliate dan pengiklanan.

Blogger boleh buat duit senyap-senyap. Blogger tak perlu glamer untuk mencipta nama. Blogger sudah cukup dihargai jika ilmu dan informasi memberi manfaat kepada orang lain.

WAJIB BACA :   Punca Kepada Sindrom Kurang Idea

Sebab itu ada blogger yang sanggup melabur wang dan masa untuk membina blog Buku Online.

Pendapat ini sekadar luahan hati blogger ini  yang telah mengabdikan diri dalam dunia blogging sejak 3 tahun yang lalu.Jangan ditanya apa yang saya dapat sebaliknya tanyalah apa yang pembaca dapat setelah pembaca mengikuti penulisan saya sebelum ini.

Saya tidak mengharapkan glamer.Saya mengharapkan agar saya terus diberi semangat dan kekuatan untuk terus menulis blog.Tak glamer pun tak apa janji kepuasan jiwa itu kian terasa.

Malah  sepanjang menjadi blogger saya telah membina jaringan dengan rakan –rakan blogger yang sealiran.

Mereka sangat komited dan sehingga kini masih aktif menulis blog tanpa walaupun tak la glamer mana.

WAJIB BACA :   Cabaran Segmen Ketiga Sukses 21 Hari

Namun tidak wajar saya sebutkan satu persatu.Biar nama mereka kekal mekar dalam jiwa dan terpahat kukuh dalam minda saya.

*Kemaskini  13 Julai 2020

Comments 29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge