Kesan Harga Minyak Kepada Rakyat

Kesan Harga Minyak Kepada Rakyat…Mrhanafi sudah menjangka.Harga minyak petrolium  terus turun.Ada baik dan ada buruk.Yang baiknya boleh memberi penjimatan kepada rakyat.Yang buruknya syarikat yang berasaskan sumber ini akan terjejas.Kos oprerasi meningkat atau kekal tetapi perolehan keuntungan boleh berkurangan.

harga minyak

Sebagai rakyat biasa,mrhanafi anggap ia sebagai masa untuk berjimat dalam bajet minyak.Kalau boleh minyak masak turun.Begitu juga minyak wangi dan apa jua jenis minyak yang boleh dikomersial.Ini termasuk minyak rambut.Kalau ada minyak pengasih pun boleh.Awas minyak pengasih boleh dikatakan syirik jika diyakini berkuasa sebagaimana kuasa Allah SWT.

Ekonomi dunia belum pulih sepenuhnya.Kalau nak difikirkan memang pening.Elok tak perlu fikir sangat.Nanti fikiran bikin pusing.Sebagai langkah pencegahan lebih baik berusaha mencari rezeki lebih.Buat dua kerja dalam satu masa.Lebih kurang kerja Partime atau Kerja overtime.

Sungguhpun harga minyak seperti indikator ekonomi semasa,jangan percaya atau obses pula.Keyakinan orang Islam bukan pada prestasi harga minyak.Kami yakin bahawa Allah SWT sahaja yang memberi mudharat atau manfaat kepada kehidupan kita.

WAJIB BACA :   Sarawak Kini Dilanda Musim Landas

Baca juga : Petua Dapat Rezeki Yang Berkat

Perkembangan semasa menunjukkan rakyat masih seronok kerana menikmati duit BR1M.Restoran tempat mrhanafi bekerja menerima kunjungan pelanggan yang ramai.Masing masing bawa keluarga.Ada yang belum berkeluarga bawa pasangan kekasih.Oh terasa bahagia melihat orang bahagia.Teringin pulak nak macam mereka.

Baca juga : Hebatnya Cinta Sejati Seorang Lelaki

Dalam pada itu jangan lupa dengan kisah-kisah tragis apabila harga minyak naik suatu ketika dahulu.Hampir semua rakyat di negara ini menjadi marah.Kutuk sana dan sini.Hentam parti politik dan pemimpin negara.Lagaknya seperti terer dalam serba serbi.Mrhanafi gelarkan mereka seperti tin kosong.Bunyi sahaja lebih tapi isi tiada.

Penangan harga minyak memang hebat.Harga turun senyap je.Apabila harga naik maka rakyat pun naik semangat.Sayangnya semangat ini untuk membebaskan aura negatif.Akibat  tindakan emosi ini boleh menggerakan ramai rakyat menjadi pejuang media sosial yang boleh menghakimi seseorang hanya berlandaskan buah fikiran.

WAJIB BACA :   Cara Hack Admin Grup Whatsapp

(sekilas pandang admin}

Mrhanafi bukan baik sangat pun.Cuma etika sebagai blogger telah mendisiplin mrhanafi supaya bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

Kalau boleh menulis dengan niat untuk menyebarkan manfaat kepada pembaca.In shaa Allah kerjaya sebagai penulis blog boleh menjana pendapatan pasif.

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge