Kesan Perceraian Yang Memilukan Perasaan

Kesan perceraian cukup dahsyat.Kesan pada emosi kita tidak nampak.Namun mereka yang mengalami cukup tahu dan cukup faham.

Sebab itu perceraian adalah langkah paling akhir.

Selagi ada jalan perbincangan dan pintu kedamaian mengapa perlu melalui perceraian.

Lainlah kalau sebab perceraian itu melibatkan kes berat.

Soal agama, akidah dan akhlak.

Rata-rata punca perceraian hampir sama.

Tiada persefahaman. ( komunikasi tidak berkesan )

Masalah kewangan ( tak tahan hidup susah )

Masalah curang ( peranan orang ketiga )

Lafaz cerai atau talak tidak boleh main-main.

Perkara ini amat serius.

Natijah perceraian yang paling ketara kepada anak-anak.

Emosi mereka akan bergolak.

Bukan sehari dua.

Malah berbulan bulan dan mungkin sepanjang hidup mereka.

WAJIB BACA :   Lesen memandu boleh diperbaharui 10 tahun

Bekas isteri juga trauma.

Anak-anak bersama mereka.

Kehidupan akan berubah 360 darjah.

Memang ramai yang kata, saya kuat dan saya redha.

Namun dalam hati sanubari merintih sayu dan pilu.

Kos sara hidup siapa yang akan membiayai?

Bersyukur sekiranya menemui bekas suami yang bertanggungjawab.

Mereka boleh menanggung nafkah anak setiap bulan.

Malah boleh berjumpa setiap minggu.

Tetapi curahan kasih sayang ketika keluarga bahagia dengan keluarga yang bercerai amat berbeza.

Bagi pihak bekas suami kesan penceraian seperti minimum.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada kerjaya dan rupa.

Sungguhpun begitu jauh dalam hati mereka akan rasa menyesal kerana berpisah.

Lebih-lebih lagi perpisahan yang dipinta oleh bekas isterinya.

WAJIB BACA :   Cara Dapat Duit Cepat Guna Aplikasi Duit

Nak bersama hingga ke Jannah tetapi tidak kesampaian.

Sungguhpun begitu lumrah dunia.

Ujian kehidupan.

Tidak semestinya perceraian membawa derita.

Ada yang memberi sinar bahagia.

Mungkin bekas isteri hidup lebih aman dan selesa.

Pergerakan tidak terbatas dan boleh berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.

Bagaimana dengan anak-anak ?

Mereka tetap menjadi mangsa dari kecil sehingga dewasa.

Anak perempuan yang akan berkahwin perlu mencari wali yakni ayah kandung mereka.

Jika hilang dari radar bertahun lamanya mana lagi nak cari ….

Dalam persoalan ini pasangan yang bercerai akan berkata sudah tidak ada jodoh.

Mudah sungguh pulak bagi jawapan sedemikian.

Lebih sedih tanpa ada kesungguhan dan ikhtiar untuk bersama kembali.

WAJIB BACA :   Beza Bilik Sewa Dengan Rumah Sewa

Lebih kecewa jika tidak dberi peluang kedua.

Peluang untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Jangan apabila sudah terhantuk baru terngadah.

Andainya perceraian mampu diselamatkan melalui kuasa cinta, wajib baca panduan dalam buku Bawa Cinta Kita Ke Syurga

Comments 33

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge